Kira-kira jam 1 petang tadi, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengadakan satu sidang media khas di Bangunan Perdana Putra berkaitan wabak Covid-19 yang sedang melanda negara Malaysia.

Demi meringankan beban kos sara hidup akibat impak wabak Covid-19, para pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berumur 55 tahun dan ke bawah dibenarkan untuk mengeluarkan wang simpanan mereka menerusi akaun 2 dengan jumlah maksimum RM500 sebulan selama 12 bulan bermula 1 April 2020.

Demi Meringankan Kos Sara Hidup, Pencarum KWSP Dibenar Keluar RM500 Sebulan

Inisiatif ini dijangka akan memberi manfaat kepada 12 juta pencarum KWSP, dengan anggaran pengeluaran RM40 billion.

Ads

Tambah Perdana Menteri, dengan inisiatif itu, ditambah dengan kadar caruman yang telah dikurangkan sebanyak empat peratus bermula April 2020, ia akan membolehkan para pekerja mempunyai lebih wang poket untuk membeli barang-barang keperluan harian.

Demi Meringankan Kos Sara Hidup, Pencarum KWSP Dibenar Keluar RM500 Sebulan

Ads

“Nasihat saya kepada anda semua yang akan menerima manfaat ini, gunalah wang ini sebaik mungkin. Beli barang-barang yang perlu sahaja dalam waktu yang agak sukar ini. Yang penting, pastikan setiap hari ada makanan di atas meja untuk seisi keluarga.

Ads

“Mungkin juga wang ini sebahagiannya boleh digunakan untuk menampung bayaran bil air atau bil elektrik atau sewa rumah mengikut keperluan masing-masing,” katanya lagi.

Semoga inisiatif yang diberi oleh kerajaan ini dapat membantu golongan yang memerlukan.

Sumber: Astro Awani

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI