Demi Pertahankan Rasa Cinta, Lakukan 7 Cara Ini Agar Hubungan Terus Mekar & Bahagia!

Share

Dalam memastikan hubungan cinta terus mekar dan bahagia, setiap pasangan perlu menyemai rasa kasih dan sayang dalam hubungan yang dibina. Ini penting bagi membentuk hubungan yang kekal sejahtera dan harmoni.

Setiap pasangan mempunyai peranan yang sangat penting dalam mewujudkan keharmonian dan kasih sayang yang berterusan. Demi mempertahankan rasa cinta yang dibina selama ini terus mekar, beberapa cara dan langkah perlu diikuti agar ia terus mekar dan bersemi.

Jom kita lihat 7 cara tersebut!

1. KOMUNIKASI

Dalam setiap perhubungan, komunikasi memainkan peranan yang amat penting. Komunikasi yang baik merupakan kekuatan dalam menjamin keharmonian dan kebahagiaan sesuatu hubungan. Anda seharusnya berusaha untuk selalu berbincang dan berkomunikasi dengan baik segala hal yang berlaku dalam perhubungan anda. Jangan sesekali membiarkan masalah dan perasaan yang menguasai diri anda, jangan hanya pendam tanpa berbincang.

2. SENTIASA MEMAAFKAN

Setiap manusia pasti akan melakukan kesalahan. Jadi sebagai pasangan yang baik, jangan sesekali mengulang atau mengungkit hal yang telah lepas. Contohnya dengan menceritakan kepada pasangan tentang percintaan anda dengan bekas kekasih lama sewaktu belajar dahulu.

Hal ini akan melukakan hati pasangan dan membuatkannya cemburu serta menimbulkan pelbagai anggapan negatif lain.
Selain itu, bersedialah untuk memaafkan dan tidak harus ada sikap dendam dan merancang untuk membalas kesilapan tersebut.

3. MELUANGKAN MASA BERSAMA

Perasaan bosan dan jenuh yang wujud diantara pasangan biasanya kerana tidak ada hal atau perkara baru pada hubungan itu sendiri. Untuk mengatasi rasa bosan dan jenuh itu, pasangan disarankan untuk melakukan perkara-perkara dan mencari suasana baharu untuk mengatasi masalah bosan itu. Cuba untuk luangkan masa bersama, bercuti bersama-sama supaya dapat mengeratkan hubungan cinta antara pasangan.

4. SENTIASA MEMOHON RESTU IBU BAPA DAN KELUARGA

Restu kedua-dua ibu bapa dan mentua sangat penting. Begitu juga dengan doa mereka. Jadi, setiap kali berjumpa dengan mereka, mohonlah mereka agar mendoakan kebahagiaan rumahtangga agar berpanjangan dan dirahmati Allah SWT. Tanpa restu dan doa, pasti kehidupan sebuah perkahwinan itu lebih sukar dan susah.

5. JAUHI PERBUATAN YANG MENYAKITI PASANGAN

Hormatilah pasangan dengan menjauhkan perkara yang menyakiti perasaannya. Jika pasangan anda tidak menyukai sesuatu yang anda lakukan dan perbuatan tersebut sememangnya tidak berfaedah, belajarlah untuk meninggalkannya demi kebahagiaan pasangan.

6. PEGANG PADA KOMITMEN

Komitmen adalah salah satu perkara yang paling penting dalam mengekalkan sesuatu hubungan. Komitmen juga berupa janji-janji yang harus ditunaikan dan ditepati bersama untuk kebahagiaan hubungan.

Jika ditakdirkan sesuatu terjadi kepada hubungan anda, atau perasaan mulai pudar, disaat itu, cuba mengimbau kembali komitmen-komitmen bersama yang pernah dilakukan selama ini. Kerana ianya dapat mengajar anda untuk mencintai pasangan kembali dan membantu anda untuk mempertahankan hubungan dengan pasangannya.

7. SENTIASA BERSAMA

Menjalani kehidupan bersama-sama dalam suka dan duka menjadikan kehidupan berumahtangga itu lebih bermakna. Keraplah melakukan aktiviti seharian bersama, seperti memasak, mengemas rumah bahkan menonton TV bersama-sama.
Jika berkemampuan, pergilah bercuti bagi mengeratkan kemesraan dan menambahkan lagi kefahaman antara satu sama lain.

Jangan biarkan pasangan melakukan hobi dan aktiviti kegemarannya bersendirian, dan jangan biarkan pasangan menghabiskan masa gembiranya bersama kawan-kawannya atau anak-anak. Sekurang-kurangnya, sertailah pasangan menonton perlawanan bola sepak walau anda sendiri tidak meminatinya.

Published by
Fadhli Ismail