Jika anda sudah mencuba pelbagai tip untuk menurunkan berat badan namun masih belum berhasil, jangan sesekali berputus asa. Teruskan amalan anda itu dan dalam masa yang sama, tambahkan cara ini sebelum anda tidur agar impian untuk menurunkan berat badan dapat direalisasikan.
Menurut kajian Fred Turek, seorang ahli fizik dari Universiti Northwestern, diet dan senaman yang bersungguh-sungguh tidak akan membuahkan hasil jika kualiti tidur seseorang itu berada pada tahap yang tidak memberangsangkan.
Pastikan anda mula enam cara ini sebelum tidur malam nanti.
Jika anda ingin menurunkan berat badan, pengambilan makan malam awal sangat penting. Jangan sesekali makan lewat malam dengan alasan jika anda makan awal perut anda akan lapar kembali menjelang tidur. Dengan mengambil makan malam awal, sistem pencernaan tubuh dapat membantu sistem penghadaman sekali gus membuatkan kadar metabolisme berfungsi dengan baik ketika anda berehat ataupun tidur.
Jika anda gemar mengunyah snek sebelum tidur, gantikan sahaja dengan makanan atau minuman berunsurkan protein seperti yogurt atau susu. Khasiat protein itu akan menggalakkan otot untuk dirawat sepanjang malam. Lebih banyak otot yang terbina, lebih banyaklah kalori yang akan dimusnahkan ketika tidur. Malah protein ini juga akan membantu anda untuk tidur lebih lena.
Sebelum anda ingin melelapkan mata, pastikan anda memadam segala gajet atau barangan elektronik di bilik tidur. Kajian dari Manchester University mengatakan short-wave length cahaya biru yang dipancarkan daripada tablet atau telefon pintar boleh mengganggu penghasilan melatonin yang ada di dalam tubuh anda selain mengganggu metabolisme dalam badan.
Dalam satu kajian yang dijalankan menerusi Journal of Pineal Research mengatakan jika anda berada di dalam ruang yang 99 peratus gelap tanpa sebarang pencahayaan, tubuh akan menghasilkan hormon melatonin. Ia bukan sahaja membuatkan anda lebih mudah untuk tidur, dalam masa yang sama membantu untuk menghasilkan pembakaran kalori lemak coklat.
Tidur di dalam suhu bilik yang sejuk akan membantu anda untuk membakar kalori sepanjang malam. Ini kerana mekanisme pertahanan semula jadi badan dibina supaya jika anda rasa lebih sejuk, badan akan membakar lebih banyak kalori untuk memanaskan badan. Walaupun mungkin jumlah pembakarannya tidaklah banyak namun ia masih boleh membantu anda untuk membakar kalori.
Menurut penulis buku “The Hormone Diet” iaitu Dr. Natasha Turner, jika tidur tanpa pakaian, badan seakan-akan menekan butang reset kepada hormon fat loss dengan cara merembeskan hormon yang boleh membina sel di dalam tulang, kulit dan otot ketika tidur sekali gus menggalakkan penurunan berat badan. Menurutnya lagi, keadaan badan yang tidak berbaju akan membuatkan badan anda sejuk di mana ia sangat bagus untuk rembesan hormon tersebut. Malah cara ini juga akan mengurangkan hormon kortisol yang menyebabkan anda stres serta memelihara tenaga di dalam badan anda ketika tidur. Emmm…. Pelik bukan?
Usahakanlah untuk mendapatkan tidur yang berkualiti dan mencukupi selama tujuh hingga lapan jam sehari. Selesaikan tugas seawal mungkin dan elakkan daripada berjaga sehingga larut malam. Tidur malam yang baik dan berkualiti boleh meningkatkan kesejahteraan pada tubuh badan. Apabila kurang tidur, metabolisme badan anda akan terganggu dan menjadi perlahan pada siang hari. Ini akan menyebabkan anda cenderung untuk makan banyak sekali gus menambahkan berat badan. Oleh itu ubahlah tabiat tidur anda dari sekarang.