Kecantikan

Dengan Hanya Menggunakan 3 Bahan Dapur Ini Boleh Kecutkan Jerawat Anda!

Share

Muka dah licin tiba-tiba muncul jerawat. Habis rosak mood. Lagi-lagi kalau nak dekat majlis perkahwinan anda sendiri. Apa perasaan anda? Mungkin jerawat timbul oleh kerana persekitaran dan pemakanan anda sendiri.

Sebab itu kalau majlis nak dekat kena jaga semua dari atas sampai bawah. Tapi jangan risau anda tak perlu susah-susah nak pergi buat rawatan muka mahal-mahal sebab pakai bahan daour je boleh. Mudah je, jom tengok!

1. Pes serbuk kunyit

Titiskan sedikit air pada sesudu serbuk kunyit dan sapu pada jerawat beberapa minit. Biarkan kering dan basuh bersih. Lakukan sehingga hilang jerawat.

2. Jus buah lemon

Perah sedikit jus lemon. Celupkn sedikit kapas, tekap pada jerawat selama 20 minit dan bilas. Lakukan dua tiga kali sehari untuk kesan yang cepat.

3. Bawang putih

Potong dua bawang putih dan tekap pada jerawat sehingga terasa jus bawang putih melekat pada jerawat. Bawang putih mengandungi sulfur yang merawat jerawat dengan cepat.

Published by
NanyRahman