Persediaan majlis pertunangan agak berbeza dengan majlis perkahwinan. Tempoh untuk persediaan majlis pertunangan kadang kala berlaku secara tiba-tiba dalam tempoh yang terdekat. Ini menyebabkan pasangan sukar untuk mendapatkan perkhidmatan dekorasi pelamin kerana kebanyakan bridal tidak menerima tempahan last minute, tambahan pula jika tempahan untuk tarikh ‘panas’ iaitu pada cuti persekolahan. Begitulah situasi yang dialami oleh pasangan ini, Fakhruddin Ahmad dan Nurizzati Suhaimi sehingga membuat keputusan untuk menghias pelamin  sendiri (DIY) dengan menggunakan beberapa barangan terpakai, dan salah satunya adalah batang paip.

Backdrop pelamin DIY batang paip

Menurut Fakhruddin, dia memilih untuk menghasilkan pelamin sendiri (DIY) dengan menggunakan kreativiti beliau dan rakan baiknya Hafiz Hassan. Setelah konsep telah dipilih dan lakaran telah dibuat, mereka menggunakan paip sebagai backdrope, pelamin ini juga dihiasi dengan bunga hiasan, dan beberapa barang terpakai sahaja.

Dengan Hanya Menggunakan Batang Paip, Tak Sangka Pelamin Tunang Ini Nampak Grand

IKLAN

Pelamin DIY ini sangat jimat dan indah mata memandang. Bajet yang diperlukan sekitar RM250 sahaja termasuk sewa pentas dan bunga. Bagi menghasilkan backdrop batang paip seperti ini anda hanya perlu membeli 5 batang paip dengan harga serendah RM5 setiap satu batang dan rod besi yang berharga RM7.

Dengan Hanya Menggunakan Batang Paip, Tak Sangka Pelamin Tunang Ini Nampak Grand

IKLAN

Pada asalnya kerusi pelamin ini berwarna kelabu, dan mereka telah membalutnya dengan kain velvet yang berharga RM12/semeter dan ianya hanya memerlukan 2 meter kain sahaja.

Dengan Hanya Menggunakan Batang Paip, Tak Sangka Pelamin Tunang Ini Nampak Grand
Selain itu, antara tip yang dikongsi olehnya jika anda hendak membeli barangan hiasan pelamin, anda perlu tetapkan konsep yang anda inginkan. Ini bagi mengelak daripada pembaziran kos perbelanjaan. Pemilihan kod warna amatlah penting, pastikan anda tidak memilih lebih daripada 3 warna. Seperti pelamin ini, Fakhruddin memilih kod warna white, gold, dan green. Warna putih menampakkan pelamin anda suci bersih manakala warna hijau ia akan membangkitkan kesegaran mata memandang dan gold pula menampilkan sedikit sentuhan kemewahan.

IKLAN

Dengan Hanya Menggunakan Batang Paip, Tak Sangka Pelamin Tunang Ini Nampak Grand

Dengan Hanya Menggunakan Batang Paip, Tak Sangka Pelamin Tunang Ini Nampak Grand

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI