Bila sebut saja tentang hantaran kahwin, kita semua pasti akan teringat persalinan baju, kasut, beg, jam yang kebanyakannya barang berjenama. Maklumlah hendak dijadikan hantaran, tetamu yang datang akan menilik jadi kenalah barang yang elok dan hebat sikit.

Tapi menurut penulis buku kewangan Azizul Azli Ahmad hantaran sebegini walaupun mahal tapi sebenarnya sudah pun ketinggalan zaman, bukan trend terkini. Pengantin yang masih menyediakan barangan ini ternyata tak up to date. Kenapa? Sebab menurut Azizul semua barang ini adalah barang kehendak. Hantaran kahwin terkini yang sepatutnya disediakan bakal pengantin adalah barang keperluan lepas kahwin!

Dengan Modal RM15,000 Hantaran Kahwin Tu, Rumah Boleh Dapat, Kahwin Pun Dapat

Ads
  1. Bila ada yang marah dan hentuk kepala bila saya kata “Kenduri Kawin Bukan Duit Hantaran Lelaki”, izinkan saya beri cadangan.
  2. Jika hantaran kita RM15,000, adakah kita habiskan dengan sewa khemah, tempah baju, makan tetamu dan bayar juru foto sahaja?
  3. Semua itu tiada dalam rukun nikah sebenarnya. Lebih tidak malu duit itu habis dalam sehari, lepas kenduri duduk rumah sewa atau balik rumah mertua.
  4.  Tidur atas tilam lipat, pelamin sewa semua sudah tidak ada. Belum kira hutang yang berjela-jela.
  5. Tetamu makan tidak habis buang merata-rata. Bakal suami kumpul duit RM15,000 sampai hendak terkeluar biji mata, minum air suam digerai itu dah biasa.
  6. Belajar rasa malu guna duit orang lain untuk bermewah dan bermegah. Kenduri itu ‘kewajipan’ ibu bapa atas rasa syukur anak kita telah diijabqabulkan. Jika tidak mampu kata Ustaz Kazem, buat makan nasik lemak sahaja.
  7. Cadangan saya, jadikan hantaran itu sebagai deposit rumah pertama. Bagaimana caranya?
  8. Beli rumah flat di Bangi, Kajang dan Damansara Damai. Masih ada rumah bawah RM100 k lagi.
  9. Deposit yang kita perlukan cuma RM10,000 sahaja (10 peratus).
  10. Bayaran peguam, jurunilai, setem hasil sekitar RM3,700 sahaja. Jumlah semua RM13,700 dan masih ada baki RM1,300 lagi.
  11. Pujuk abah atau wali jika abah dah tidak ada lagi mintak tambah RM 700 bagi jadi      RM 2,000.
  12. Beli nasi ayam madu yang harga RM 5 untuk 200 tetamu kita. Pacak satu khemah pun tidak mengapa. Buat dua jenis air panas dan sejuk saja. (RM1,000)
  13. Jemput sedara terdekat, ahli surau kita dan jiran tetangga dekat. Kita bukan orang kaya hendak jemput 1 Malaysia.
  14. Tetamu yang datang dapat yasin bercetak cuma RM0.70 senaskah baru RM140 sahaja.
  15. Masih ada baki RM860 boleh gunakan untuk sewa baju pengantin, jika bijak buat baju melayu yang boleh pakai raya nanti.
  16.  Dengan modal RM15,000 hantaran kawin, rumah dapat kawin pun dapat. Jangan ‘poyo’ sangat kata itu semua sumbangan calon suami, ikut kami mahu buat apa.
  17. Masyarakat Kelantan Terengganu sudah buat lama, kita saja buat buat terkejut atau saja tinggal duduk rumah sewa lama. Saya lagi suka.
  18. Rancang duit hantaran buat apa bukan hendak bermewah lepas tu upload dalam instagram, ramai yang tengok dan gelak sahaja.

Dengan Modal RM15,000 Hantaran Kahwin Tu, Rumah Boleh Dapat, Kahwin Pun Dapat

Ads

 

Ads

sumber : Facebook Azizul Azli Ahmad

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI