Bakal pengantin sekalian, adakah anda sudah membuat persiapan untuk majlis perkahwinan? Pasti ramai yang masih lagi tercari-cari idea atau ilham untuk memilih design pelamin kahwin yang paling best setakat ini. Pelamin kahwin yang menarik dan best adalah tidak memakan kos yang besar, anda harus kreatif dalam memilih pelamin paling best untuk dijadikan kenangan seumur hidup anda.
Jangan terkejut sekiranya design pelamin paling best ini tidak langsung anda fikirkan! Ia mungkin satu dalam seribu yang ramai pengantin tidak pernah realisasikannya. Jom lihat design pelamin kahwin 2019 dari Fahrenheit69 paling best untuk pilihan anda!
Sumber: Fahrenheit 69.
Sumber: Fahrenheit 69.
Persada persandingan tidak akan tampil sempurna sekiranya tidak dihias bersama sebuah pelaminan yang tersegam indah.
Sumber: Fahrenheit 69.
Sumber: Fahrenheit 69.
Dengan warna asas yang digunakan putih dan sedikit daun kehijauan, tambah cantik diolah dengan biasan warna lighting untuk ubahan warna.
Sumber: Fahrenheit 69.
Sumber: Fahrenheit 69.
Dekorasi yang berkonsepkan bunga terapung dan beralun sesuai dengan penggunaan bunga sakura, hydrangea, dan flower holder yang diubah menjadi beralun menaikkan seri deko pelaminan tersebut. Fokus pada bunga seakan beralun ombak terawang-awang di atas kepala menjadi terlalu indah lantas diabadikan hingga ke akhirnya.
Sumber: Fahrenheit 69.
Sumber: Fahrenheit 69.
Pereka Pelamin, Fahrenheit 69 turut menyediakan dekorasi perkahwinan bermula RM 5500 untuk pakej di sebuah dewan perkahwinan.
Sumber: Fahrenheit 69.
Sumber: Fahrenheit 69.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Majlis Nak ‘Happening’ Tapi Pasang Lagu Buat Tetamu Menyampah!
Memang sebagai tuan rumah, tentu sekali apa yang diharapkan ialah kemeriahan pada hari besar itu. Tetapi ada ketikanya hendak terlalu meriah dan ‘happening’ majlis boleh jadi huru-hara.
Tambahan pula, pilihan seleksi hiburan perlu dibincangkan dengan pasangan dan keluarga. Bukan itu sahaja, lagu dan irama yang dipilih haruslah sesuai dengan tema majlis ataupun lagu tersebut merupakan pilihan anda berdua.
Selalunya pilihan yang dimainkan adalah lagu kesukaan kedua pasangan, jadi dapat bangkitkan cinta antara anda berdua.
Ikuti perkongsian dari Dr Syahr Musafir tentang pandangnya terhadap pemilihan lagu yang salah di majlis perkahwinan.
Singgah di sebuah majlis perkahwinan, macam biasa ada muzik dipasang memeriahkan majlis dan saya bertegur-sapa mengucap tahniah kepada pengantin dan keluarganya.
Saya bergerak untuk ambil makanan, satu lagu ‘berkumandang’ dengan lirik, lebih kurang, “Dibiarkan begitu saja terikat namun tak bertali la la la la, terputus jua… Tergantung sepiiiii..”
Saya duduk makan, sembang-sembang dengan orang sebelah. Tanya khabar, kerja mana, bla bla bla walaupun tak kenal.
Habis lagu ‘sepi’ tadi dan sebuah lagu suara penyanyi perempuan, saya bangun pergi buang pinggan kertas, cuci tangan, ambil gelas nak minum air – mula lagu baru, “Ku tertawa kau menangis, engkau tertawa aku menangis….” Ini lagu saya pernah dengar.
Saya duduk nak minum, lagu pun makin berkumandang hebat, “Ku ingin ku dibenci olehmu, agar kenangan manis, terus terpadam selamanya…”
Saya terus bangun dari kerusi, jumpa tuan rumah dan beredar. The End. Habis kisah saya.
Nak pasang muzik dalam majlis pernikahan, siapalah saya untuk bantah atau hentikan. Tetapi satu perkara seboleh-bolehnya, muzik atau lagu, biarlah berSESUAIan.
Majlis pernikahan adalah majlis menyambut kebahagiaan, kegembiraan dan penyatuan antara dua hati – dua orang pengantin disatukan dengan ikatan pernikahan dan perkahwinan, seharusnya diraikan dengan kegirangan.
Gembira!
Jadi, kenapa pula ada lagu putus cinta, kasih tak kesampaian, sedih kerana pasangan curang, nak padam sejarah kita, jiwa kacau tak berkesudahan?
Saya faham saja tak semua orang nak pasang lagu selawat ke, nasyid ke, bacaan al-Qur’an ke. Nak pasang lagu-lagu kontemporari pun, tiada silapnya jika tidak melampau.
Tetapi agak-agak jugalah. Dah namanya kahwin, pasanglah lagu berkonsep kebahagiaan pernikahan, seronoknya bercinta, yang bersesuaian.
Saya pernah dengar lagu “Anugerah Terindah” nyanyian Black untuk isteri, sedap didengar, sesuai dengan tema majlis kahwin.
Kalau betul nak lagu komersial sebegini, pilihlah yang sesuai dengan majlis kahwin. Boleh juga pasang lagu saya minat tajuknya “Bidadari Syurga” nyanyi Ustaz Jefri al Buchory dari Indonesia – sesuai dengan tema nikahnya. Eh, macam promoter pula saya ni.
Tak payahlah lagu muzik berputus cinta bagai pula masa dua orang pengantin tu baru nikah beberapa hari – lagu jiwa kacau begini macam mendoakan depa bercerai-berai pula?
Kalaulah lagu-lagu tu dipilih oleh si wedding planner, bolehlah pecat si wedding planner tu.
Tak layak jadi wedding planner tu, sekalipun pelamin yang dia design sangat cantik, murah, mampu menukar keadaan rumah tak cantik jadi pelamin angan-angan yang indah megah. Kerana lagu, takut nanti jadi Pelamin Anganku Musnah pula nanti. Hoho.
Sumber: Dr Syahr Musafir
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sediakan Hantaran Sebulan Sebelum Majlis Kahwin, Supaya Tiada Yang Tertinggal
Tips memilih barang hantaran
1.Anda perlu bincang dengan pasangan berapa dulang yang disediakan dan senarai barang hantaran kedua-dua belah pihak. Kalau boleh jangan bercadang nak buatkan kejutan untuk pasangan, silap hari bulan langsung si dia tak suka kejutan yang anda berikan. Bincang, pilih dan beli bersama-sama.
2.Tetapkan kombinasi jumlah barang hantaran kedua belah pihak, yang sedikit pihak lelaki dan lebih pihak perempuan, sebaiknya biarlah mengikut adat dengan angka ganjil. Jika perempuan 9 lelaki balas 7 la. – Ini sekadar contoh sahaja.
3.Jika boleh elakkan jumlah dulang hantaran yang terlalu banyak. Tetapi jika anda bercadang ingin memberi barangan yang banyak dan melebihi jumlah dulang yang dirancang, gandingkanlah barangan yang sesuai diletakkan dalam satu dulang. Sebagai contoh, Al-Quran+sejadah, Buah +coklat, Kasut+bag tangan).
4.Diingatkan dalam senarai barang hantaran perlu ada kelengkapan pakaian, set penjagaan diri, makanan, buah tangan (contoh pihak lelaki bagi sepasang baju kurung atau baju yang rasanya menutup aurat, kasut, beg tangan, set minyak wangi, kek, buah, coklat) setidak-tidaknya ada juga manisan atau buah tangan untuk ahli keluarga pengantin.. orang kata nak memikat si anak perlulah ambil hati keluarganya.
5.Semasa pemilihan barang anda kena sesuaikan dengan tray yang anda guna. Pastikan anda tahu saiz tray jika tidak semua barang tak muat untuk digubah. Lebih menarik jika anda memilih tray dari jenis yang sama untuk kesemua dulang hantaran.
6.Elakkan dari membeli barang-barang hantaran yang terlalu besar pasti sukar nak mengubahnya kerana kebanyakkan tray dalam saiz yang sederhana dan kecil. Contohnya pilihlah saiz beg tangan sederhana atau kecil.
7.Sireh junjung merupakan hantaran yang wajib bagi set hantaran pertunangan, anda juga boleh menggantikannya dengan tepak sireh. Untuk hantaran perkahwinan sireh junjung bukan lagi kemestian, terpulang pada anda tapi jika ada lebih baik.
8.Pilih warna barang hantaran anda mengikut tema warna hantaran. Ini penting untuk menampakkan keserasian warna dengan barang hantaran.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Perancang Perkahwinan MatBvnga Punyai Sentuhan Tersendiri
Tanpa bunga yang menghiasi segenap ruang dewan , maka hilang seri atau aura majlis perkahwinan. Bunga dalam sebuah majlis perkahwinan bagaikan saling melengkapi , tanpanya suasana kelihatan suram. Begitu juga dekorasi yang melengkapi sebuah tema perkahwinan yang dipilih oleh pengantin.
Namun segala-galanya tidak dapat direalisasikan tanpa sentuhan magis mereka yang pakar dalam bidang dekorasi dan gubahan bunga pada sebuah majlis perkahwinan. Berkenalan dengan Ari Abdullah @matbvnga jejaka yang berasal dari Kedah ini pengalamannya dalam bidang perkahwinan sudah sebati dengan jiwa anak muda ini.
“ Karier saya bermula sejak dari umur 18 tahun di mana saya bekerja sebagai pembantu butik interior, ditugaskan untuk memasang pelamin dan menggubah bunga untuk planner pada masa itu. Setelah beberapa tahun, saya mula untuk mencuba nasib dengan membuka perniagaan sebagai perancang perkahwinan dan “floral artist”. Saya cuba untuk melakukan sesuatu di luar jangkaan dan memberikan apa yang terbaik buat pelanggan,”jelas Ari.
Pernah berkhidmat dan masih berkhidmat sebagai penggubah bunga untuk beberapa nama yang agak besar dan dikenali ramai seperti Kayangan Gallery, Glamweddings by Rizalman dan beberapa nama lagi. Akui Ari banyak ilmu yang dimanfaatkan sepanjang berkhidmat dengan yang telah lama dalam industri ini. Ucapan terima kasih dihulurkan buat Rizalman dan Puan Noor dari Kayangan Gallery yang tidak pernah kedekut untuk memberi ilmu dan tunjuk ajar padanya selama ini.
Kreativiti Ari & Team
Konsep pelamin yang ditampilkan ini ialah “Hollywood Glam” di mana permainan rona gelap dan terang seperti hitam, kuning, midnight blue, keemasan dan kelabu yang diolah sempurna seperti yang terhasil.
Idea selalu datang tanpa diduga. Setiap idea ada motif dan hala tuju untuk apa idea itu dikeluarkan contohnya bila menemui pengantin dan pengantin meluahkan apa yang mereka minat seperti batu permata, hobi mereka atau budaya yang digemari… dari situ banyak idea yang dapat kita ambil dan lahirlah sesuatu idea yang baru dan segar.
“Bagi majlis perkahwinan ini, idea asas dari saya, pengantin berikan “hint” seperti candelier dan perincian yang diinginkan seperti mood cahaya, lilin dan kadang-kadang jenis bunga yang digemari. Agak kelakar rujukan pelamin tersebut dari kipas tangan dan french window,” cerita Ari.
Bagi menyerikan suasana dekorasi majlis ini, bunga-bunga menyempurnakan hiasan dalaman dewan. Antara jenis-jenis bunga yang digunakan ialah golden shower dari Taiwan, bunga mawar dari India dan China, hydrangea dan Tulip dari Holland, Mokara Orkid dari Thailand dan beberapa bunga tempatan. Daun Eucalyptus Nicholi juga dibawakan dari Holland. Kebanyakan bunga yang diimport menjadi pilihan Ari. Cerita Ari tidak banyak kesukaran yang dilalui cuma perlu berjaga-jaga dan bekerja dengan agak pantas, disebabkan keseluruhan dekorasi menggunakan seratus peratus bunga segar.
“ Elemen surprise yang cuba saya berikan datang dari pengacara majlis untuk malam tersebut iaitu Hardy Arbi. Dia antara pengacara yang saya cadangkan pada pengantin dan kebetulan ibu pengantin berminat dengannya. Abg Hardy melamar saya untuk memberi jalan pada Ruffedge untuk “crash the wedding” pada malam tersebut untuk dijadikan video klip lagu single terbaru mereka yang bertajuk “Seperti Mereka”… adalah satu kejutan buat pengantin, keluarga pengantin dan semua tetamu pada malam tersebut di mana saya mengambil risiko untuk bersepakat menjayakan kejutan itu dan sebagai hadiah untuk pengantin dan semua. Kepuasan bagi saya adalah bila pengantin dan keluarga tampak bahagia pada keseluruhan majlis malam itu,” ceritanya.
Mengakui dirinya amat meminati penggubah bunga luar negara iaitu Jeff Leatham dan berhasrat untuk menjadi seperti beliau. Tidak dilupakan juga kepada “Team Matbvnga” dan keluarganya yang merupakan tulang belakang sepanjang kariernya sebagai MATBVNGA sehingga sekarang.
Ari mahu menjadikan bidang ini hingga ke satu tahap di mana setiap perancang perkahwinan boleh memberikan hasil dekorasi di luar jangkaan. Moga terus sukses Ari dan juga team.
Instagram: @matbvnga
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI