Hakikatnya, kita semua pasti akan diuji dengan pelbagai dugaan. Kalau bukan sekarang, mungkin masa-masa akan datang hinggalah sampai ajal. Dilepasi satu ujian, akan datang pula ujian yang lain dan begitulah seterusnya. Ramai mana di antara kita yang mampu bersabar dan kuat menghadapi ujian-ujian ini.
Wanita cekal bernama Mardiana Muhammad ini bersyukur, saat dirinya diuji dengan penyakit, Allah hantar seorang lelaki yang benar-benar boleh menjaganya hingga kini mereka bergelar suami isteri.
Saat saya sakit Allah hantar awak jumpa saya
My dear husband…
Di saat ‘orang’ buang saya lima tahun lepas, awak sorang je yang sudi kawan dengan saya. Ye la sapa yang nak kawan dengan orang sakit (hepitatis B). Saat saya lost, takde semangat, malas pergi kelas. Tuhan hantar awak, even kita satu kos, satu batch selama 5 sem kat UiTM kita tak penah kenal each other.
Saat saya sakit Allah hantar awak jumpa saya, (sem 6). Time tu kekawan saya pujuk pergi kelas pon saya dah tak heran, family saya tak tahu pon saya tak pegi kelas. Tiba-tiba je awak muncul dalam hidup saya, nak kawan dengan saya. Saat saya bagitahu saya sakit, awak makin rapat dengan saya. Hari hari awak pujuk saya pergi kelas, ajak saya pergi library, study sama-sama, makan nasi bungkus share sebungkus share dua orang. Sampai saya tak ingat saya ni sakit. Tiap kali waktu kena makan ubat, awak datang kolej suruh saya makan depan-depan awak. Kalau tak, saya buang dalam sinki. Pointer awak dengan saya naik mendadak kan masa part 6. 3. something.
Ads
Mana mungkin saya tak jatuh cinta dengan awak. Saat saya ada monthly checkup awak yang teman saya, time tu saya nak uji awak je. Ayah pon heran kenapa la saya kata ayah just hantar pergi hospital pastu suruh ayah balik, biasanya memang saya tak boleh kalau ayah takde. Tapi sebab saya nak uji awak saya suruh ayah balik, saya suruh awak mai. Subuh subuh awak datang hospital naik moto. Saya nampak awak mengantuk, sejuk tapi awak gigih mai teman saya check up.
Lepas saya keluar dari bilik doktor muka awak nampak resah sangat, saya senyum. Awak tanya doktor cakap apa. Saya hulur kertas (negatif hep B). Ya Allah time tu awak raup raup muka awak then cakap alhamdulillah kuat sangat, saya nampak awak happy.
Takde istilah lepas kawin baru tahu perangai sebenar pasangan
Banyak sangat kenangan kita tak tertulis rasanya. Tapi hubungan mana yang selalu manis? Tipu lah. Saat kita tunang setahun lima bulan, waktu yang sangat sangat kritikal. Memang boleh kata awak kuat saya pon kuat, kalau tak kuat kita tak boleh sampai tahap sekarang. Banyak sangat ujian Allah bagi. Ujian yang tak penah saya mengadu kat familyor sape-sape. Hanya Tuhan je yang tahu.
Ads
Semoga kita terus kuat menghadapi ujian dalam berumah tangga pula. Saya tahu akan ada ujian yang hebat lagi lepas ni, semoga kita sama-sama kuat. Bagi saya, takde istilah lepas kawin baru tahu perangai sebenar pasangan, lepas kawin baru tahu langit tinggi ke rendah.
Saya tak setuju, setiap orang akan diuji cuma cara kita berbeza. Bagi saya kita kena bijak handle masalah, jangan penah dengar kata kata orang lagi lagi yang negatif. Takde yang sempurna dalam dunia ni, takde istilah kentut time couple wangi time kawin busuk. Same je timecouple pon dah memang busuk kentut suami saya ?
Ads
Paling tak suka orang yang negatif post macam-macam pasal hal kawin, aibkan suami sendiri. Abe Long saya pesan bahasa mudah dia kata “peja majikan, adik pekerja”. Kalau bos cakap oke Mardiana hari ni awak kena pos barang pukul 3 petang maka pukul 3 petang lah kena pos kan? Samalah macam suami kena sentiasa ikut arahan dia sebab tanggungjawab dia galas sangat besar, syurga ada pada dia. Jangan pernah ingkar arahan dia.
Eh panjang pulak bebel. Hahaha. Semoga kasih sayang kita akan berpanjangan. Saya tak penah kisah orang orang negatif yang nak mengata elehhhh baru kawin dua minggu boleh laa sweet sweet. Tengok la lepas ni macam mana. No! Saya kenal suami saya. Dah kalau suami awak macam tu takyah nak libatkan orang lain. Setiap orang tak sama. Dia bukan jenis seorang yang puji pasangan, dia tegas dari dulu lagi. Kalau salah, salah. Salah dia marah. Salah dia tegur. Gemuk dia cakap gemuk hudoh takdenya kalau aku gemuk dia cakap cantik sayang. ‘Udoh laa mekna beci ngelih ehhh.’ Hohoho.
Sebelum kawin pon sejuta kali dia tanya “betol ke nak kawin ni awak tahu perangai saya macam mana kan?” Mana mungkin saya ragu-ragu dengan orang yang sambut saya saat orang lain buang saya.
I love you my dear husband jojel kaki panjang ?
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam-diam ubi berisi. Begitulah perumpamaan bagi pasangan pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail yang akhirnya selamat bergelar suami isteri.
Kisah cinta mereka tidak diwar-warkan. Sama ada Nad Zainal mahupun Ungku Ismail, lebih selesa mendiamkan diri. Semuanya terungkai apabila masing-masing memuat naik status tentang pernikahan mereka.
Menerusi Instagram miliknya, Nad Zainal memuat naik beberapa keping foto bersama Ungku Ismail dalam persalinan serba putih.
Nad atau nama lengkapnya Farah Nadia Zainal Abidin, 32, menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 berserta gelang tangan emas daripada pengantin lelaki. Kedua-duanya disatukan sebagai suami isteri iaitu pada 23 Januari lalu bersamaan dengan 1 Rejab 1444 Hijrah.
Pasangan ini mula menjalinkan hubungan rapat dengan selepas sama-sama terlibat menerusi drama Cina Buta. Hubungan itu kemudiannya berlanjutan sebagai rakan kongsi menjayakan program berbentuk travelog dalam saluran YouTube milik pelakon drama Teman Lelaki Upahan itu.
Keintiman Nad Zainal dan Ungku Ismail semakin dapat ‘dihidu’ apabila Ungku Ismail dilihat setia di sisi Nad sepanjang dramatis itu berada dalam situasi kesihatan kritikal akibat masalah paru-paru pada November tahun lalu.
Nad turut mengakui menyayangi lelaki itu apabila memuat naik satu hantaran berbaur cinta ingin kekal selama-lamanya mencintai Ungku Ismail.
Pasangan pelakon, Beego dan Linda tidak mensia-siakan peluang yang ada, selepas berjaya menyelamatkan perkahwinan mereka selepas hampir musnah Mac lalu.
Kata Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 43, persefahaman antara kedua-dua pihak adalah punca utama hubungan mereka kembali pulih walaupun sudah berada dalam fasa perceraian.
Beego Dan Linda Tak Siakan Peluang
“Apabila dalam keberantakan, saya menjauhkan diri manakala Linda tidak ke mana-mana. Jadi, dia minta saya untuk kembali waktu itu.
“Bukan isu siapa menang, kalah atau ego. Linda ada cakap sesuatu membuatkan saya sedar untuk beri peluang kepada perkahwinan.
“Dua tangan kami pegang keluarga manakala anak-anak di tengah-tengah, jadi tiada sesiapa yang boleh pisahkan. Kalau kita tidak buat, siapa lagi mahu lakukan,” katanya.
Masalah Komunikasi Jadi Punca
Kongsinya lagi, punca perkahwinan mereka goyah bukan disebabkan konflik orang ketiga mahupun berhadapan kesulitan wang tetapi disebabkan masalah komunikasi.
“Dalam rumah tangga semua ada masalah. Saya pula dengan Linda berkahwin ketika berusia 33 tahun, tidak matang lagi dan sekarang baru 10 tahun berkahwin.
“Satu dekad pertama adalah cabaran dan Alhamdulillah kami lalui bersama, macam Linda cakap bukan orang ketiga atau masalah kewangan, mungkin ada benda terpendam,” ujarnya.
Ambil Iktibar Daripada Apa Yang Berlaku
Sementara itu, pelakon filem KL Menjerit 1 itu belajar banyak perkara sepanjang isu terbabit berlaku dalam rumah tangganya.
“Iktibar daripada kisah yang terjadi saya lebih banyak berkomunikasi dan menjadi lebih penyayang.
“Dua-dua mengalah dan tolak ego. Kami bagi peluang kepada masing-masing,” tuturnya.
Sebelum ini, pasangan tersebut pernah bercerai pada 27 Mac lalu namun jodoh masih panjang apabila mereka rujuk semula ketika masih dalam tempoh edah pada 9 April.
Terdahulu, Beego dan Linda mendirikan rumah tangga pada 7 Jun 2013 dan dikurniakan tiga orang cahata mata iaitu Jelita Clarissa, 9, Anggun Cassandra, 8, dan Indah Camelia, 4.
Perkahwinan pelakon dan penyanyi itu merupakan kali kedua buat Beego yang sebelum ini pernah bergelar suami kepada Intan Shahira Mohd. Shahru pada 2008.
Menjalinkan hubungan cinta lebih 2 tahun, pasangan sama cantik bak pinang dibelah dua Uyaina Arshad dan Raja Syahiran kini sah bergelar suami isteri dengan hanya sekali lafaz tepat jam 9 pagi tadi. Majlis pernikahan diadakan di Colony Star Boulevard, KLCC, Kuala Lumpur dalam suasana ringkas yang hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat.
Kredit Foto: Project Two-Pi
Kredit Foto: Project Two-Pi
Uyaina dan Raja Syahiran berkenalan pada awal tahun 2019 di sebuah program terbitan Astro manakala majlis merisik adalah pada Julai 2019.
Dinikahkan oleh abang kandung, Mohd Attaful Uzair Arshad, pelakon dan pengacara jelita yang nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad memilih angka 29 tahun untuk mengakhiri zaman bujang. Penyatuan dua jiwa ini disaksikan oleh Pendaftar Pernikahan Penceraian adn Rujuk Orang Islam Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Kredit Foto: Project Two-PiKredit Foto: Instagram Uyaina Arshad
Biarpun terpaksa menempuh pelbagai cabaran, Uyaina menzahirkan kesyukuran kerana segalanya berjalan lancar. Menurut Uyaina, majlis pernikahan tersebut sebenarnya telah dirancang sejak beberapa bulan lalu namun berlaku banyak perubahan dari segi perancangan majlis bukan hanya dari dari SOP dan sentiasa berubah bahkan kejadian banjir beberapa hari lalu.
Di majlis pernikahan, Uyaina menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin dan gelang tangan emas daripada Syahiran Raja Azhanrianshah, 28. Dimaklumkan tiada pertukaran dulang hantaran antara kedua belah pihak. Manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan atas persetujuan kedua keluarga.
Kredit Foto: Project Two-Pi
Seramai 100 tetamu hadir ke majlis pernikahan Uyaina-Raja Syahiran. Mereka juga masih belum merancang bilakah majlis resepsi akan dilangsungkan.
#URS menjadi tanda pagar rasmi bagi walimatulurus pasangan ini yang bermaksud ‘Uyaina Raja Syahiran’ serta singkatan bagi perkataan ‘Yours’ dengan sebutan sama. #HinggaAkhirWaktu turut menjadi tanda pagar simbolik kepada sebuah lagu ciptaan Raja Syahiran bersama Uyaina khas buat ibu Uyaina iaitu Siti Noor Farah yang dipanggil Ummi.
Kredit Foto: Instagram Uyaina Arshad
Pasangan ini memilih Eropah sebagai destinasi bulan madu. Namun hasrat itu ditangguhkan seketika memandangkan penularan COVID-19 masih belum reda.
Untuk rekod, Uyaina merupakan Juara Puteri Muslimah Asia 2018 (Indisiar) dan Juara Pencarian Nona Manis 2015 (TV3).
Kredit Foto: Instagram Uyaina ArshadKredit Foto: Instagram Uyaina Arshad
Selamat Pengantin Baru, semoga Uyaina dan Raja Syahiran berbahagia sampai syurga!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!