Kira-kira sebulan yang lalu, Zulin Aziz membuat kejutan dengan melangsungkan ikatan pertunangan dengan rakan kongsi perniagaannya, Farhan Norzaini,35. Hari ini, Masjid Negara Kuala Lumpur menjadi saksi pasangan ini selamat dinikahkan sekitar jam 9.20 pagi tadi.
Majlis pernikahan telah berlangsung dalam suasana mengikut prosedur operasi standard (SOP). Abang pengantin perempuan, Shah Rezza Abdul Aziz telah bertindak sebagai wali untuk Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz. Pasangan ini dinikahkan oleh Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Ehsan Mohd Hosni.
Pada majlis tersebut, Zulin atau nama sebenarnya, Farah Azleenda Abdul Aziz menerima wang hantaran berjumlah RM30,000. Pengantin lelaki turut menyerahkan mas kahwin RM80 dan lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak pengantin perempuan.
.Usai majlis pernikahan, Zulin yang pernah bergelar penyampai radio ini berharap kehidupan bersama suami waktu mendatang akan dipermudahkan lantaran mengetahui fasa perkahwinan juga pasti akan ada cabarannya.
“Saya sering digambarkan dengan cinta sejati selama ini. Begitu juga dengan fantasi dunia kartun Disney yang membahagiakan antara dua karakter kartun.
“Namun sebelum dua karakter kartun itu bersatu, pelbagai dugaan juga ditempuhi. Di alam realiti juga, saya sendiri melalui pahit getir dalam mencari cinta sejati.
Ads
“Kehadiran suami dua tahun lalu bagai magis yang mengubah persepsi baru. Alhamdulillah, hujung tahun lalu ketika mengerjakan umrah, dia melamar saya di Madinah,” kata Zulin usai majlis nikah. Zulin menyifatkan kesungguhan dan keluhuran hati Farhan telah berjaya menambat hatinya. Ketika ditanya mengenai keistimewaan Farhan, ini jawapan Zulin.
“Dia seorang yang bertanggungjawab dan pandai mengambil hati keluarga. Dia juga seorang pendengar yang setia. Saya selesa bersama dengannya dan boleh meluahkan apa sahaja kepadanya.
“Tiada rahsia antara kami. Dia menerima saya seadanya sewaktu zaman saya berisi dan kini berjaya menurunkan berat badan. Saya percaya dialah yang akan membimbing diri ini ke jalan diredai dan menjadi bapa kepada bakal anak kami kelak. Insya-Allah,” katanya yang pernah menjadi tetamu untuk ruangan Sembang Kahwin Pesona Pengantin yang bercerita mengenai perjalanan kisah cintanya. Ketika itu, Zulin masih lagi dalam fasa mengenali hati budi Farhan.
Ads
Mengenai anak dan bulan madu, Zulin berkata, dia dan suami belum dapat memberi kata putus dan terbuka menerima apa saja rezeki mendatang.
“Soal cahaya mata, baik saya dan suami terima saja rezeki yang Tuhan berikan. Saya pun lagi tujuh tahun nak menginjak usia 40 tahun.
“Saya dan suami beruntung kerja dalam bidang sama iaitu perniagaan Sambal Tujuh. Jadi sambil bekerja selitlah mana sempat nak berbulan madu. Rancangnya macam nak ke Turki, tapi situasi semasa pandemik Covid-19 pun membimbangkan. Belum ada kata putus,” katanya.
Sementara itu, Farhan atau nama penuhnya, Mohd Farhan Norzaini melihat Zulin sebagai wanita yang mempunyai hati tulus dan ikhlas serta pandai mengambil hati keluarganya.
Ads
“Alhamdulillah, bersyukur Allah satukan kami selepas dua tahun kenal bermula sebagai kawan, seterusnya bercinta dan kini jadi suami dan isteri. Perasaan bercampur baur sebab ini antara hajat dan doa daripada arwah ibu, rakan dan semua yang mengenali kami.
“Kami masing masing pernah melalui fasa dikecewakan, turun naik kehidupan serta perhubungan. Dia turut bersama saya di saat mengharungi detik paling hitam dalam hidup iaitu ketika kehilangan arwah ibu pada Oktober tahun lalu.
“Di situ saya tahu wanita inilah yang saya mahu sehidup semati. Malah arwah ibu pernah berpesan jika mahu memilih calon isteri, pilihlah wanita yang boleh menjaga saya seperti mana arwah menjaga saya. Dan Zulin ada ciri-ciri lengkap semua itu,” katanya.
Malam ini, pasangan sama padan sama cantik itu akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi di premis acara, Magica Grand Hall, Shah Alam. Zulin tampil anggun di majlis pernikahan dengan mengenakan busana serba putih hasil sentuhan Ezuwan Ismail.
Pasangan ini bertunang pada 28 Januari lalu.
Sumber: Instagram Zulin Aziz & Farhan Norzaini
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nampaknya usia perkahwinan Zain Saidin dan Rozita Che Wan bakal menginjak ke angka 10 tahun tidak lama lagi. Namun begitu, pujian harus diberikan kepada Rozita Che Wan yang lebih mesra di sapa Che Ta ini kerana berjaya membuktikan penampilan dirinya tidak banyak berbeza dari penampilannya 10 tahun yang lalu ketika mula bergelar isteri kepada Zain Saidin.
Saban tahun, Che Ta mempunyai cara tersendiri meraikan ulang tahun perkahwinannya bersama suami tersayang. Che Ta memperingati hari istimewanya dengan upacara bersanding semula bagi menyemarakkan lagi kasih sayangs ebagai suami isteri.
Semalam telah berlangsung Malam Berinai 2022 Zain Saidin dan Rozita Che Wan bertempat di Glam Hall Damansara Perdana. Majlis yang diatur istimewa oleh Anas Zahrin yang merangkap ‘tuan rumah’ untuk majlis tersebut dihadiri oleh rakan selebriti, kaum keluarga Che Ta dan Zain Saidin serta rakan media. Ia merupakan hadiah istimewa dari Anas Zahrin untuk seorang sahabat, kakak serta orang yang sangat rapat dengan dirinya. Untuk rekod, Che Ta dan Anas telah ersahabat sejak 12 tahun yang lalu.
Seperti biasa, penampilan Che Ta pasni mencuri tumpuan para tetamu yang memuji kejelitaannya yang menawan dan anggun walaupun selepas 10 tahun berkahwin! Anggun dalam busana perkahwinan sememangnya sesuatu yang wow!
Memilih konsep perkahwinan tradisional untuk Malam Berinai 2022, pereka fesyen Man Kajang sekali lagi diberi tanggungjawab menatarias Che Ta dan Zain untuk majlis tersebut.
Sememangnya persalinan songket tradisional sentiasa menjadi pilihan mempelai. Songket sentiasa relevan dan tak lapuk dek zaman. Nilainya yang sentimental dan evergreen menjadikan penampilan Zain Saidin dan Che Ta tampak lebih eksklusif.
Man Kajang sentiasa membuatkan dunia perkahwinan tidak pernah sunyi. Hasil rekaannya begitu klasik dan tampak segar biarpun dalam persalinan yang sopan. Pesona Pengantin sempat bertemu Man Kajang dan bercerita mengenai busana songket mewah yang digayakan oleh Zain Saidin dan Che Ta di Malam Berinai 2022 Zain Saidin dan Rozita Che Wan itu.
“Sempena majlis pada malam ini,konsep klasik tradisional menjadi pilihan dan dan sememangnya menjadi ‘makanan’ saya. Baju songket tersebut polos tetapi Man memberi penumpuan terhadap aksesori. Jika dilihat, Che Ta menggayakan empat lapisan cucuk sanggul untuk memberi impak lebih wow untuk Che Ta.
Selain itu, kali ini Man memberi tumpuan terhadap penggunaan rantai 3 lapis dan tidak menggunakan kerongsang. jadi penampilan Che Ta nampak begitu elegan dan eksklusif,” ujar Man Kajang ketika ditemui di majlis tersebut.
Bagi anda yang sukakan konsep klasik namun masih ada elemen kontemporari, sudah pasti anda berpuas hati dengan rekaan Man Kajang.
Kata orang, classic yet elegant! Kemasan fabrik bekilau dengan benang emas pada songkat asli menghidupkan lagi aura raja sehari di pelaminan. Istimewanya lagi, tradisi Melayu kekal utuh dalam majlis serba moden. Cantiknya seorang pengantin itu bukan hanya pada wajah bahkan pada pakaiannya juga. Bagi pengantin perempuan bayangkan jika anda dapat menyarung busana pengantin idaman di hari bahagia tentu ia meninggalkan detik paling manis dalam hidup anda.
Dengan peredaran masa kini maka banyak jugalah yang kita dapat lihat antara corak dan rekaan busana pengantin. Pelbagai jenis fabrik yang digunakan oleh fashion designer. Namun, ramai juga yang memilih songket sebagai tema majlis perkahwinan mereka. Sebenarnya cantik sangat songket ini dipadankan masa kahwin.
Selain busana pengantin, Man Kajang turut menyediakan busana cantik yang digayakan oleh anak-anak Che Ta di majlis tersebut. Lihat sahaja penampilan Aaisyah Dhia Rana yang anggun dalam persalinan rona marron lengkap dengan aksesori cucuk sanggul. Sememangnya majlis malam berinai ini memngembalikan nostalgia buat semua pengantin untuk menyemarakkan lagi usia perkahwinan dengan kejutan-kejutan indah. Jadi, boleh la merancang kejutan untuk pasangan anda pula!
Foto: Koleksi blackpepperproduction
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sudah hampir lima tahun menjanda, pelakon Jue Aziz kahwin lagi selepas bertemu jodoh dengan seorang lelaki dikenali sebagai Ridwan.
Mereka melangsungkan pernikahan pada 18 Ogos lalu di Masjid Abu Al-Darda, Nilai, Negeri Sembilan yang hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak dan kenalan rapat.
Jue Aziz Kahwin
Menerusi Kosmo!, Jue atau Juliana Abdul Aziz, 40, berkata, dia dan suaminya sudah lama mengenali di antara satu sama lain sebelum memutuskan untuk berkahwin.
“Sejak bila kami kenal biarlah rahsia tetapi, kami sudah lama kenal dan bukan mudah mengambil keputusan berkahwin.
“Sepatutnya kami rancang nak bernikah hujung tahun ini tapi dipercepatkan bagi menunaikan permintaan ibu saya yang sudah berusia.
“Apa yang penting adalah restu keluarga dan anak saya sekarang ada papa baru,” katanya kepada media.
Berjodoh Dengan Suami Muda
Menerusi majlis berlangsung, Jue yang cukup dikenali menerusi drama rantaian, Manjalara menerima mas kahwin sebanyak RM222 berserta seutas gelang dan sebentuk cincin.
Enggan terlalu bercerita tentang peribadi suami, Jue bagaimanapun memaklumkan Ridwan seorang lelaki yang sentiasa memberi sokongan terhadap kerjayanya.
“Umur dia pun rahsia. Tetapi dia lebih muda daripada saya.
“Suami seorang yang sentiasa memberi sokongan dan faham akan kerjaya saya,” ujarnya.
Jue sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pemuzik asal Indonesia bernama Bayu Praman pada Mac 2014 dan bercerai pada Januari 2019.
Hasil perkahwinan tersebut tidak dikurniakan cahaya mata namun mereka mempunyai seorang anak angkat iaitu Darwish Naufal, 11.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
MarriottxWAF2019 ialah sebuah a gabungan seni, gaya dan inspirasi yang berlangsung di GMBB, Kuala Lumpur sebuah pusat membeli-belah pertama untuk peruncit artisanal dan kreatif.
Pertunjukan palingdinanti-nantikan ialah persembahan Fesyen Rangkaian Bridal yang menakjubkan yang memaparkan musim-musim terbaru dalam pakaian pengantin. Pertunjukan GALA Koleksi Perkahwinan Musim Bunga 2020 Galia Lahav yang disampaikan oleh jenama The Proposal, Singapura, dan gaun perkahwinan oleh Lusan Mandongus dan Estee ‘Couture Bridal yang disampaikan oleh rangkian pereka pakaian Pengantin Kuala Lumpur. Juga beralih kepala adalah label pakaian lelaki Sacoor Brothers ‘siap untuk memakai koleksi dan Koleksi pakaian pengantin Bells Wedding, yang berdua mengagumkan.
Turut memaparkan 60 vendor terkemuka, termasuk beberapa nama yang paling menarik dan dicari di rantau ini, MarriottxWAF2019 pasti memenuhi janjinya. Perancang dan penghias perkahwinan turut ditempatkan di seluruh ruang seni yang dirancang.
Antara kemunculan lain termasuk pameran seni jurugambar tempatan seperti Funkydali Photography, MunKeat Photography, Keda.Z Kumpulan Amazing; vendor yang mengkhusus dalam alat tulis, kek, juga pameran fotografer perkahwinan terkemuka Asia, Terralogical dari Indonesia, Metrophoto dari Filipina, dan Brian Ho dari thegaleria yang berpangkalan di Singapura.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!