Setiap pasangan yang berkahwin tentunya mempunyai alasan sendiri kenapa pasangan itu dipilih menjadi suri hati. Bagi Pakar Pelaburan Saham, Pengurus Kewangan Bertauliah dan Penganalisis Ekonomi, Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan (DDNK) yang popular dengan tagline ‘Tak Handsome Tak Apa Janji Kaya’ ini, dia juga ada sebab mengapa isterinya dipilih untuk menjadi peneman hidup hingga ke akhir hayat.
Dalam satu temubual bersama Pesona Pengantin, Dato Dr Nazri Khan (DDNK) akui dia tertarik dengan Datin Tuan Nor Ernie Rossmerie Tuan Zahari adalah kerana kecantikan yang dimiliki serta sifatnya yang playful.
“Sewaktu saya mengadakan satu ceramah saham di salah sebuah universiti, isteri saya merupakan salah seorang pelajar di sana. Saya sampaikan niat saya untuk berkenalan melalui salah seorang kakitangan. Mula-mula kita minta nombor telefon dulu.
Selepas dapat menghubunginya, kami bercakap tentang saham. Saya agresif sikit. Terus bawa dia pergi makan! Dari situlah berseminya cinta kami.” katanya.
Ditanya apakah ciri-ciri pada Datin yang membuatkan DDNK jatuh hati?
“Dia seorang yang playful dan cantik. Saya pun tak rasa kekok bersama isteri walaupun dia jauh lebih muda. Dalam diri seorang lelaki ini ada sifat keanak-anakkan. Jadi bila bersama isteri, saya dapat escapism di mana saya dimanjakan seorang bidadari yang muda dan kelakar.” ujarnya.
Bagaimana pula dengan Datin. Apakah agaknya yang membuatkan Datin jatuh hati pada DDNK?
“Walaupun jarak usia kami 22 tahun tetapi adakalanya suami saya boleh menjadi seorang kawan, macam rakan sebaya. Suami saya juga seorang yang kelakar. Suami saya boleh jadi ‘loyar buruk’ setiap kali berborak!” kata Datin Tuan Ernie.
Kredit foto: Sudirman Haji Tahir