Diet Tanpa Nasi? Nampak Sukar, Tapi Bila Sudah Melakukannya Akan Terasa Nikmat

Share

Bagi sesetengah orang, penampilan masih menjadi hal utama dalam kehidupannya. Jika tubuh terasa lebih di sana sini, pelbagai cara mahu anda lakukan. Banyak cara diet yang boleh membuat anda semakin bingung memilihnya. Diet dan hasilnya boleh membuat tercengang ialah dengan diet tidak makan nasi.

1. Sebelum memulakannya, semangat adalah paling utama

Untuk memulai segala hal, agar mendapat kejayaan  yang setimpal anda perlu  memiliki semangat yang kuat. Ini kerana dalam proses diet itu, akan banyak godaan yang menghalang dari turunnya berat badan, cacian daripada orang sekeliling, dan godaan terbesar ialah makanan enak. Oleh sebab itu, anda perlu bertekad yang tak boleh dikalahkan, untuk mendapatkan tubuh ideal.

2. Nasi memang bahan makanan utama, tapi tak wajib untuk dimakan

Padahal, sebelumnya sudah memakan banyak makanan yang karbohidratnya lebih tinggi dari sepiring nasi, tapi masih merasa belum makan. Cubalah untuk diet tak makan nasi. Jika dibayangkan pasti akan terasa berat. Dalam hati akan banyak kerisauan melanda sebelum melakukannya. Apakah sakit perut kalau tidak  makan nasi? Jangan terlalu banyak berfikir, mula lakukan dengan memberi pantang pada  satu makanan iaitu nasi.

3. Meski sayur dan buah hanya dilihat sebelah mata, tapi ia akan memberi anda tenaga setiap hari

Karena tidak makan nasi, anda perlu mengganti makanan yang masuk ke dalam tubuh  agar badan tetap kuat dalam menjalani hari. Anda boleh makan buah pada pagi harinya. Buah apa saja asalkan bukan buah yang memiliki kandungan karbo atau glukosa yang tinggi, misalnya durian, avacado dan manggis. Pilih saja buah-buahan seperti epal, betik, pisang, pear atau belimbing. Dan untuk siang harinya, makanlah secara lengkap sayur dan lauk asalkan tetap tanpa nasi. Kurangkan juga makanan berlemak. Untuk malam harinya, anda boleh makan buah kembali.

4. Mulai sekarang jadikan air putih sebagai minuman kegemaran setiap minit

Gantilah minuman soda atau kopi ,  teh manismu dengan segelas air putih. Air putih juga boleh memberi kesan kenyang di tubuh, sehingga anda tidak makan makanan terlalu banyak. Banyak daripada kita yang tak suka air putih, namun setelah membiasakan diri untuk meminumnya setiap hari dengan tekun, hasilnya menakjubkan. Air putih murah harganya, tapi besar manfaatnya.

5. Untuk memiliki muka manis, tak perlu selalu makan makanan manis

Mahu jadi tambah manis? Bukan bererti perlu makan banyak makanan manis. Dengan mengurangkan  makanan manis boleh membantu diet untuk segera tercapai. Entah bagaimana?, biasanya orang-orang yang bertubuh gemuk sangat menyukai makanan manis secara berlebihan. Maka, mulai dari sekarang berhenti makan makanan manis.

6. Senaman murah, tak akan membuat anda rasa sukar

Diet tak akan sempurna jika tak disusuli dengan senaman. Mulailah dengan senaman yang sederhana. Tak usah harus ke gym center, anda boleh senaman di rumah saja dengan cara yang  sederhana. Banyak tutorial yang boleh membantu anda. Cukup luangkan waktu 30 minit sehari agar otot terbentuk tak menggelebeh.

Dengan membiasakan diri tak makan nasi, lama-lama menjadi gaya hidup sihat yang menjadi kebiasaan. Kalau dapat kurus anggap saja bonus, yang penting badan sihat dan tubuh segar.

Published by
Putri Adila