Ramai yang tercari-cari apakah kaedah penyelesaian untuk masalah berat badan. Anda sudah cuba bermacam-macam diet tetapi masih tiada perubahan? Mungkin itu persoalan biasa yang bermain di fikiran anda yang sering risau dengan komplikasi masalah obesiti ini.
Yang bestnya tentang tip-tip ini adalah, kaedah ini tidaklah susah untuk dipraktikkan dan ianya juga amat berkesan. Anda nak cuba tak? Kalau ya, jom baca artikel ini sampai habis dan pilih mana-mana cara yang anda rasakan sesuai untuk diri sendiri, ok?
Anda hanya perlukan sedikit disiplin diri dan kekuatan untuk menangkis godaan-godaan kek, teh ais madu, nasi lemak ayam rendang dan pizza. Makan benda sebegini memanglah takkan bantu anda turunkan berat badan!
Antara cara paling mudah dan berkesan untuk para pengantin cuba bagi menurunkan berat badan adalah dengan menyekat pengambilan gula putih serta-merta. Saya sendiri sudah mencubanya dan ternyata, ia sangat berkesan!
Walaupun gula, atau juga dikenali sebagai glukosa, fruktosa, dan sukrosa, ada dalam banyak makanan, anda masih boleh mengelak daripada mengambil gula yang jelas kelihatan, iaitu gula putih yang diproses. Jangan minum air manis, elakkan pemanis mulut ataupun jauhi daripada makan buah manis.
Selain itu, anda juga perlu elak daripada mengambil:
Selain daripada menahan diri daripada mengambil gula putih, ada satu lagi cara yang berkesan untuk anda turunkan berat badan. Nak tahu apa dia? Kurangkan daripada makan karbohidrat!
Karbohidrat itu apa? Ia adalah kumpulan makanan yang merangkumi gula, kanji dan selulosa. Semua ini anda harus kurangkan dengan segera kalau nak cepat turun berat badan. Bila cakap tentang karbohidrat, saya pasti anda terfikir pasal nak kurangkan makan nasi.
Eh, jangan ingat karbohidrat itu nasi sahaja ya! Anda juga perlu elakkan semua jenis mee, kentang, gandum, roti, dan pasta. Semua ini adalah makanan berasaskan karbohidrat.
Sememangnya, dalam usaha untuk mengurangkan berat badan, 80% daripada caranya adalah melalui diet pemakanan! Jadi, cara seterusnya untuk bakal-bakal pengantin seperti anda turunkan berat badan adalah dengan mengambil minuman teh hijau setiap hari.
Anda boleh beli produk teh hijau di pasaraya terdekat dan bancuhnya sendiri di rumah. Ingat, JANGAN sekali-kali memasukkan gula putih!
Letakkan uncang teh ke dalam cawan, tuangkan air panas dan minum begitu sahaja. Kalau anda masukkan gula, akan hancurlah impian anda untuk nampak slim dan fit ketika berkahwinan nanti. Kalau nak lagi sihat, masukkan serai dan halia. Ia membantu mengurangkan angin dalam badan. Perut pun boleh menjadi kurang kembung!
Selain turut menggalakkan pembakaran lemak dalam badan. Jadi, ambillah teh hijau setiap hari kalau nak kurus ya. Memang cepat perut boroi anda mengecil.
Selain cara-cara di atas, anda juga boleh cuba mengamalkan sama ada diet Atkin atau diet Keto, atau nama penuhnya Diet Ketogenik.
Diet Atkin adalah cara pemakanan yang rendah-karbo, tinggi-protein. Manakala, Diet Keto pula adalah rendah-karbo dan tinggi-lemak.
Memang ada sedikit beza antara kedua-duanya. Tetapi, fungsinya lebih kurang sama, iaitu mempercepatkan pembakaran lemak dalam badan.
Cumanya, kalau anda mengikuti Diet Atkin betul-betul, ia ada beberapa pantang-larang tambahan yang lain lagi. Jadi, pilihlah salah satu diet ini dan ikutinya ya.
Anda juga perlu tahu yang antara kesan sampingan yang boleh berlaku selepas mengamalkan diet ini adalah: badan anda mungkin akan sedikit menggeletar kerana tidak biasa hidup tanpa gula atau kanji. Tapi jangan risau, selepas 4 ke 5 hari, badan anda akan biasa dengan diet baru ini.
Yang paling penting, dapatkan nasihat doktor atau pakar pemakanan dahulu jika anda ada masalah kesihatan. Tidak boleh main ikut saja, takut terjejas pula kesihatan anda.
Selain daripada mengawal makan, anda juga boleh cepat turunkan berat badan kalau mengamalkan aktiviti berjalan kaki selama 30 minit setiap hari. Senang kan? Tak perlulah sampai bersenam secara berat.
Setiap pagi, luangkan masa selama setengah jam untuk berjalan-jalan, sama ada di taman, di atas treadmill di gimnasium, mahupun window-shopping di mall! Kalau boleh, cuba capai 10,000 langkah setiap hari. Ia bukan sahaja baik untuk badan (kelihatan kurus), malah amalan senaman ini juga bagus untuk kesihatan jantung anda!
Macam mana nak track langkah anda? Senang saja. Beli fitness watch atau pegang smartphone anda sambil bersenam. Ia akan membantu mengira langkah anda! Macam mana pula senaman berjalan kaki boleh membantu anda menguruskan badan.