Ramai yang melakukan diet sendiri tidak kurang juga yang memilih perkhidmatan online coaching. Melalui online coaching jurulatih akan memberi panduan mengenai cara menjaga pemakanan dengan diet seimbang, selain mengamalkan senaman untuk kekal cergas.
Daripada apa yang dilihat sekarang, diet dan amalan gaya hidup sihat ketika ini sudah semakin menjadi trend di negara ini. Impaknya, ramai mula sedar kepentingan untuk memiliki berat badan ideal, demi meningkatkan keyakinan diri, sekali gus menjaga kesihatan.
Bagi bakal-bakal pengantin tentulah mahukan bentuk badan yang langsing ketika menyarungkan busana pada hari bahagia nanti. Maka ramailah yang mula berdiet bagi mengurangkan berat badan.
Jika anda berhajat untuk berdiet, ada perkara yang perlu anda perhatikan. Penting untuk anda memilih diet yang tidak membuatkan anda menjadi stres sehingga akhirnya membuatkan program diet anda menemui kegagalan.
Berikut perkongsian daripada coach kecergasan untuk anda jadikan panduan sebelum memulakan program diet.
Diet jadi tak stres bila:
1. Ada waktu raikan reward untuk diri sendiri.
2. Diet dengan makanan yang telah siap ada di sekeliling.
Ads
3. Tidak tunggu baru nak ada oat, buah, atau makanan sihat yang trendy baru nak mula diet.
4. Tak haramkan makanan tertentu daripada masuk ke dalam badan itu, tidak sama sekali.
5. Tidak skip waktu-waktu makan yang utama.
6. Bersenam dalam tempoh waktu yang sederhana. Ada waktu rehat tertentu dan ia tidak dibuat hari-hari. Tunaikan hak rehat untuk badan juga.
Ads
7. Ada variasi menu yang bertukar-tukar. Tidaklah sampai dua tiga bulan asyik menu yang sama.
8. Air kosong diminum ikut keperluan badan. Tidaklah wajib tiga hingga empat liter sehari. Ia bergantung kepada aktiviti, keperluan harian kalian.
9. Meletakkan tempoh waktu yang ideal berapa lama progress diet akan berjalan.
Ads
10. Tenang, sabar dan tabah dengan orang sekeliling yang tidak membantu.
11. Fikir diet untuk diri sendiri, dan bahagiakan diri itu lebih jadi keutamaan.
12. Syukur dengan progress anda yang kecil. Biar pun perlahan, asalkan ia terus berjalan.
Begitulah. Selamat berdiet tanpa stres kawan. Sesungguhnya kesederhanaan adalah kunci kejayaan.
Persediaan pakaian kaum Adam untuk menyambut hari raya memang cukup ringkas. Cukup sekadar sepasang baju Melayu dan kain samping untuk dipakai pada pagi lebaran. Tidak lengkap baju Melayu jika tidak dipakai bersama kain samping yang diikat pada bahagian pinggang.
Kain samping jika dipakai bersama baju Melayu teluk belanga, ia biasanya dipakai pada sebelah dalam baju. Manakala baju Melayu cekak musang, ianya dipakai di bahagian luar.
Pemakaian samping juga menggambarkan status seseorang dalam masyarakat. Kaum kerabat mengikat samping pada belah kanan, golongan bangsawan pada belah kiri manakala orang kebanyakan pada bahagian tengah.
TIP MEMILIH KAIN SAMPING YANG SESUAI:
■ Pilih kain samping yang berwarna cerah agar mudah dipadankan dengan pelbagai warna baju. Jika memilih kain songket bunga tabur jangan biarkan lebih dari dua atau tiga warna.
■ Ikatan kain samping mestilah kemas terutama sekali pada bahagian belakang. Jika anda inginkan ikatan bunga pada sampin, kekemasan ikatan sangat penting. Saiz bunga tadi janganlah terlalu besar sehingga menutup bahagian pinggang.
■ Kerawang bunga pada kain samping juga mestilah ringkas tetapi mempunyai motif tradisional. Pastikan kain songket mempunyai kepala kain agar senang dibezakan antara bahagian depan dan belakang kain.
■ Untuk mencuci kain songket, anda boleh menggunakan syampu ataupun perapi rambut. Bilas dan keringkan di dalam rumah agar warna kain songket tidak rosak kerana pancaran cahaya matahari.
Pemakaian samping juga ada aturannya. Samping yang dipakai di bawah lutut bermaksud sudah berkahwin manakala bagi orang samping dipakai di atas lutut.
Memakai cermin mata hitam ketika bersanding bukan perbuatan suka-suka. Cuma biasalah, dalam norma masyarakat kita, memakai cermin mata hitam atau sunglasses selalu menyebabkan mempelai dilabel sebagai ‘poyo’. Kenapa?
Tahukah anda dalam satu kajian yang dilakukan oleh Dr Wilson, Psikologis dari University of London, memakai cermin mata hitam boleh meningkatkan keyakinan diri.
Cermin mata hitam membuatkan seseorang itu berasa dalam kawalan dan dapat melihat lebih banyak daripada merasakan dirinya dilihat.
Ini adalah logik buat seorang mempelai. Bersanding di hadapan orang ramai. Diperhatikan dan dinilai menyebabkan pengantin rasa kurang selesa. Apabila memakai cermin mata hitam, aksesori ini selain memberi gaya, ia membuatkan pengantin lebih tenang dan selesa berada di singgahsana.
Ada orang yang memerlukannya. So don’t judge!
Checklist jawapan lain kalau ada kawan-kawan tanya kenapa pakai cermin mata hitam ketika bersanding:
1. Selain unik dan kreatif berkaca mata hitam, kau hanya nak be yourself. Ok apa! Memanglah tetamu tak nampak mata, tapi senyuman lebar sampai telinga tu confirm diorang tau kau tengah bahagia.
2. Mata sensitif, taknak rosakkan gambar. Ketika beraraklah selalu terjadinya perkara ini. Matahari terlampau terik, jenuh mata terkelip-kelip. Apabila mata lari fokus, mulalah timbul gambar dengan wajah yang pelik-pelik. Tapi kan, this thing selalu happen pada lelaki, kenapa ya?
3. Cermin mata ada daya penarik peribadi seseorang individu. Memang sukar diterima alasan ini. Tapi itulah antara perkara yang disebut oleh Dr Wilson dalam kajiannya. Memakainya boleh jadi penarik untuk berlainan jantina.
4. Sebab ada kat hantaran masa bertunang, jadi gunakanlah. Buat apa simpan. Ini pun satu alasan brilliant.
Kalau diikutkan secara logik, Raja Sehari berhak untuk memilih untuk memakai atau tidak cermin mata hitam. Ini adalah hari anda, jadi be bold and different. Cuma time salam orang tua tu, bawa-bawalah buka cermin mata.
Jodoh sampai sini, bekas isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila mengesahkan dia dan Engku Emran Engku Zainal Abidin bakal mengakhiri perkahwinan mereka di bina sejak 2021.
Selepas mencapai persetujuan bersama, Nabila berkata kepada Harian Metro bahawa dia bakal bercerai dalam waktu terdekat.
Noor Nabila Bersuara
Nabila tidak menyatakan punca perceraian namun memberitahu bahawa mereka tidak mampu menjadi pasangan yang saling berkorban dan sentiasa ada untuk satu sama lain dalam apa jua keadaan.
“Sepatutnya kita pasangan suami isteri saling berkorban dan sentiasa ada untuk satu sama lain dalam apa jua keadaan.
Malangnya kami tak mampu jadi pasangan seperti itu. Masalah antara kami sudah lama berpanjangan dan saya berserah dengan takdir dan yakin ini adalah aturan terbaik dari Nya untuk saya dan anak lalui,” katanya.
Engku Emran Berdiam Diri
Meskipun tampil membuat pendedahan berhubung perceraian berkenaan, Engku Emran sehingga hari ini tidak berkongsi secara lanjut sebab mereka mengambil keputusan itu.
Tambah Nabila lagi, suaminya pun sudah menyatakan keinginan dia untuk bercerai selepas dia keluar dari rumah saya sejak awal Januari lalu.
Ini merupakan perkahwinan ke-3 Engku Emran yang sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan selebriti jelita iaitu Erra Fazira dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya. Dia juga pernah berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella.
Ini merupakan perkahwinan ke-3 Engku Emran yang sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan selebriti jelita iaitu Erra Fazira dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya. Dia juga pernah berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella.
Apa pun, moga dipermudahkan urusan pasangan ini dan tidak terduduk terlalu lama. Jodoh dan ajal, semua di tangan Tuhan. Reda itu lebih manis.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!