Ramai yang melakukan diet sendiri tidak kurang juga yang memilih perkhidmatan online coaching. Melalui online coaching jurulatih akan memberi panduan mengenai cara menjaga pemakanan dengan diet seimbang, selain mengamalkan senaman untuk kekal cergas.
Daripada apa yang dilihat sekarang, diet dan amalan gaya hidup sihat ketika ini sudah semakin menjadi trend di negara ini. Impaknya, ramai mula sedar kepentingan untuk memiliki berat badan ideal, demi meningkatkan keyakinan diri, sekali gus menjaga kesihatan.
Bagi bakal-bakal pengantin tentulah mahukan bentuk badan yang langsing ketika menyarungkan busana pada hari bahagia nanti. Maka ramailah yang mula berdiet bagi mengurangkan berat badan.
Jika anda berhajat untuk berdiet, ada perkara yang perlu anda perhatikan. Penting untuk anda memilih diet yang tidak membuatkan anda menjadi stres sehingga akhirnya membuatkan program diet anda menemui kegagalan.
Berikut perkongsian daripada coach kecergasan untuk anda jadikan panduan sebelum memulakan program diet.
1. Ada waktu raikan reward untuk diri sendiri.
2. Diet dengan makanan yang telah siap ada di sekeliling.
3. Tidak tunggu baru nak ada oat, buah, atau makanan sihat yang trendy baru nak mula diet.
4. Tak haramkan makanan tertentu daripada masuk ke dalam badan itu, tidak sama sekali.
5. Tidak skip waktu-waktu makan yang utama.
6. Bersenam dalam tempoh waktu yang sederhana. Ada waktu rehat tertentu dan ia tidak dibuat hari-hari. Tunaikan hak rehat untuk badan juga.
7. Ada variasi menu yang bertukar-tukar. Tidaklah sampai dua tiga bulan asyik menu yang sama.
8. Air kosong diminum ikut keperluan badan. Tidaklah wajib tiga hingga empat liter sehari. Ia bergantung kepada aktiviti, keperluan harian kalian.
9. Meletakkan tempoh waktu yang ideal berapa lama progress diet akan berjalan.
10. Tenang, sabar dan tabah dengan orang sekeliling yang tidak membantu.
11. Fikir diet untuk diri sendiri, dan bahagiakan diri itu lebih jadi keutamaan.
12. Syukur dengan progress anda yang kecil. Biar pun perlahan, asalkan ia terus berjalan.
Begitulah. Selamat berdiet tanpa stres kawan. Sesungguhnya kesederhanaan adalah kunci kejayaan.
Sumber: Arif Sukri
Kredit foto top image: Pixabay