Kedudukan bayi yang normal adalah posisi kepalanya dibawah sementara kaki berada di atas. Hal ini sekiranya kandungan masih awal atau di bawah 34 minggu, kedudukan bayi adalah tidak menentu. Ini tidak perlu dirisaukan kerana pada ketika ini bayi masih ringan dan bebas bergerak di dalam rahim ibu. Sekiranya kedudukan bayi menyongsang apabila kehamilan melebihi 34 minggu, ia sesuatu yang perlu diambil perhatian kerana pada ketika itu, tubuh janin semakin membesar dan beranya juga bertambah. Ia akan menyukarkan bayi untuk mengubah kedudukannya dan mungkin akan terus kekal sehingga waktu melahirkan. ini bermakna bayi anda adalah songsang.
Apakah Yang Menyebabkan Berlakunya Songsang?
Sekiranya bayi terlalu kecil (bawah 3kg) sedangkan ruang di dalam rahim ibunya besar, bayi bebas bergerak atas dan bawah.
Keadaan pinggul ibu yang terlalu sempit sehingga menyukarkan bayi kembali memusing semula kepalanya ke posisi engages (ke bawah). Setiap kali bayi cuba berpusing ke posisi normal, kepalanya akan tersangkut menyebabkan bayi kembali ke atas.
Mengandung anak kembar. Ia lebih mudah berlaku menyebabkan salah seorang duduk dalam keadaan menyongsangkerana ruang pinggul yang semput tidak mampu memuatkan dua kepala sekaligus.
Faktor-faktor lain antaranya bentuk rahim ibu yang tidak normal, air ketuban yang terlalu banyak, terdapat ketumbuhan plasenta di bawah dan lain-lain turut memyumbang kepada masalah bayi songang.
Apakah Risiko Sekiranya Bayi Songsang?
3 Jenis Songsang Yang Akan Menyukarkan Proses Kelahiran
Kedudukan bayi songsang akan menyebabkan kesukaran semasa proses kelahiran. Tidak seperti kelahiran normal yang memberi masa kepada ibu untuk bersalin, bayi songsang perlu dikeluarkan segera sebaik sahaja ia memberi signal kelahiran telah berlaku. Hal ini kerana kepala bayi yang berkedudukan di atas perlu dikeluarkan segera bagi mengelak bayi daripada lemas dan risiko meninggal dunia. Selalunya bayi akan dikeluarkan tidak lewat dari 4 minit selepas proses kelahiran bermula.
Ads
Keadaan akan menjadi lebih mencemaskan apabila air ketuban pecah kerana dengan kedudukan kepala bayi di atas, ia membuka organ di bahagian bawah untuk air ketuban keluar dengan lajunya, Jika pada kedudukan normal, air ketuban akan tersekat dengan kepala bayi. Semakin kurang air ketuban, semakin dekat bayi dengan otot rahim sehingga ada kemungkinan kepala bayi tersepit dengan pintu rahim dan menyukarkan proses bersalin.
Kedudukan tali pusat bayi songsang yang berada di depan juga boleh mengundang risiko kerana apabila air ketuban pecah dan meluncur keluar tanpa halangan, ia kemungkinan menghanyutkan sekali tali pusat keluar ke mulut rahim. Apa yang dibimbangkan iialah tali pusat tersekat di situ sehingga menutup ruang oksigen untuk bayi menyebabkan bayi lemas dan mungkin meninggal dunia.
Bagaimana Mengesan Kedudukan Bayi Songsang?
Kedudukan bayi songsang dapat dikesan dengan pelbagai kaedah. Secara mudahnya , ibu sendiri dapat merasakan kedudukan bayi dengan meraba-raba perutnya. Sekiranya anda berasa bahagian atas terasa keras, kemungkinan kedudukan bayi anda adalah dongsang kerana selalunya yang keras adalah bahagian kepala.
Ads
Namun begitu, kaedah moden dengan menggunakan untrasonografi (USG) lebih mudah mengesan kedudukan bayi di dalam kandungan.
Bagaimana Keadaan Songsang Ini Boleh Kembali Normal?
Secara tradisi, ibu yang mengandungkan bayi songsang disarankkan melakukan posisi seperti orang bersujud, dengan cara ini kepala bayi akan berpusing semula ke bawah Anda juga boleh meminta bantuan bidan yang boleh membetulkan semula kedudukan bayi.
Tugas ‘memusing’ semula kedudukan bayi juga boleh dilakukan oleh doktor pakar perbidanan. Lazimnya ia lebih mudah dilakukan jika kehamilan masih belum cukup umur.
Ads
Selain itu anda juga boleh mencuba tips seperti di bawah:
Digalakkan untuk sujud lama sedikit semasa solat sekurang-kurangnya dalam 5 minit.
Dalam keadaan sujud rebahkan badan ke kiri dan kanan bergantung pada kedudukan badan baby dan baringkan selama 20-30 minit (di luar solat)
Jika badan bayi ke kanan rebahkan ke kiri dan sebaliknya.
Lakukan posisi seperti merangkak. Jangan merangkak ke depan dan lakukan dalam dalam 5 saat sebanyak 2-3 kali bergantung pada badan, baca ayat 74 dari surah Al-Hijr yang bermaksud: “maka kami jadikan bahagian atas kota itu terbalik ke bawah.”
Ambil segelas air kosong,lalu bacakan surah Al-Insyirah sebanyak 3 kali dan hembuskan ke dlm air. Ambil air yg dah dibacakan dengan surah tersebut dan usap di perut sebanyak 3 kali atau 7 kali mengikut lawan pusingan jam beserta selawat ke atas Nabi s.a.w. Lebihan air bolehlah diminum. Lebih mustajab, jika suami juga turut lakukan perkara yg sama.
Amalkan juga membaca surah Al-Insyirah sebanyak 10 kali selepas solat fardhu beserta doa, moga Allah permudahkan proses kelahiran anak yang kita kandungkan.
Letak pek ais di atas perut. Tujuannya supaya baby rasa tak selesa atau sejuk kat kepala dia. Jadi dia akan mengubah kedudukan dan berpusing ke bawah.
Cuba bermain dengan touch light. Ambil touch light dan suluh kat bawah pusat. Tujuannya supaya bayi bergerak ke arah cahaya.
Rajin-rajin bercakap dan pujuk baby supaya berpusing dan duduk di kedudukan yg betul.
Bagaimana Cara Bersalin Bayi Songsang?
Terdapat kira-kira 1/400 kelahiran, bayi tidak dapat memusingkan kedudukan secara normal pada lewat kehamilan. Cara paling selamat ialah melahirkan melalui proses pembedahan (Ceaserian) terutama jika bayi besar dengan berat melebihi 3kg. Saiz bayi yang besar aakan memungkinkan otot leher bayibedera kerana tersangkut semasa proses bersalin normal.
Risiko lain jika melahirkan secara normal ialah kemungkinan bayi mengalami patah tulang punggung apabila dipaksa keluar. Ia juga kemungkinan berlaku radang otak.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perkahwinan merupakan suatu perkara yang amat dituntut. Melalui perkahwinan jugalah hubungan kita menjadi halal.
Di sini ada menyenaraikan 5 tips kepada anda untuk mengenali orang yang tidak serius untuk berkahwin.
1. Selalu Memberi Alasan
Apabila anda mengajak dia untuk berkahwin, bakal pasangan anda itu memberikan banyak alasan untuk menolak pelawaan anda. Antara alasan yang sangat popular ialah;
‘Maaf, saya tidak bersedia lagi.’
Selain itu mungkin juga anda akan dengar alasan yang berbunyi macam ini;
‘Saya bukan tak mahu berkahwin lagi, tetapi saya malas nak fikir lagi soal perkahwinan.’
Ini adalah beberapa contoh alasan yang mungkin akan diberikan kepada anda apabila anda mengajak si dia untuk berkahwin.
2. Tidak Ada Tabung Kewangan Perkahwinan
Setiap perkahwinan memerlukan perbelanjaan yang terpaksa anda hadapi nanti. Sama ada besar atau kecil nilainya ia tetap memerlukan kewangan. Tanda yang kedua untuk mereka yang tidak serius untuk berkahwin ialah mereka tidak mempunyai tabung kewangan atau simpanan perkahwinan.
3. Lebih mengejar Cita-cita
Mengejar cita-cita merupakan perkara yang baik kerana memasang impian untuk mencapai sesuatu yang lebih baik. Namun, jika dengan berkahwin si dia menganggap perkahwinan itu akan menghalang cita-citanya, maka ia adalah satu yang salah.
4. Ibu Bapa Dah Tentukan Jodoh
Tanda yang seterusnya untuk mengenali orang yang tidak serius untuk berkahwin dengan anda ialah si dia memberikan alasan bahawa jodohnya sudah ditentukan keluarga. Perhubungan yang seperti ini jika diteruskan tidak mempunyai hala tuju dan tujuan yang jelas.
5. Tidak Puas Lagi ‘Enjoy’ Sebagai Bujang
Ramai orang yang sudah berkahwin memberitahu kepada orang yang masih bujang supaya jangan berkahwin dahulu. Alasannya? Sebab nanti apabila sudah berkahwin, mereka tidak bebas. Sama ada bebas berjalan-jalan ke mana mereka mahu pergi mahupun dalam melakukan aktiviti yang disukai. Ini alasan yang sangat tidak kukuh.
Sumber : baitulmuslim
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menyentuh berkenaan kebahagiaan hidup sebagai suami isteri, ia adalah sesuatu yang dijadikan, diusahakan oleh masing-masing suami dan isteri.
Jika kedua-dua pihak berdiam diri mengharapkan kebahagiaan, ia bukan sahaja tidak akan terjadi malah apa yang akan berlaku ialah sebaliknya, iaitu kebosanan, kemurungan dan penceraian. Oleh kerana itulah ada sebuah pepatah Inggeris yang berbunyi “Being passive in a relationship is a recipe for divorce”.
Apabila suami bertemu isteri, isteri bertemu suami, maka pandanglah muka pasangan masing-masing dengan wajah yang terbaik. Sebaik saja bangun pagi misalnya, pandanglah muka suami dengan ucapan manis “Selamat pagi abang”.
Apabila pulang dari pejabat misalnya, pandanglah muka isteri dengan wajah ceria “Assalamu’alaikum sayang”. Ringkasnya, apabila sahaja bertemu baik di pagi, siang, petang atau malam, hadiahkanlah pandangan dengan wajah yang terbaik.
Petua ini sebenarnya merupakan tunjuk ajar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Dalam sebuah hadisnya baginda berpesan:Janganlah kamu menganggap remeh sedikit pun terhadap kebaikan, meski pun kamu hanya berwajah ceria kepada saudaramu (sesama muslim) ketika bertemu. [Shahih Muslim, no: 4760/2626] Dalam sebuah hadis yang lain baginda berpesan: Setiap kebaikan adalah sedekah.
Dan di antara bentuk kebaikan adalah kamu menjumpai saudaramu dengan wajah yang ceria, serta kamu menuangkan air dari bekas air kamu ke dalam gelas milik saudaramu. [Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 1893/1970] Berwajah ceria tentu saja dengan memandang ke arah orang yang kita persembahkan wajah ceria tersebut.
Meski pun hadis-hadis ini berbentuk umum agar dipraktikkan apabila bertemu dengan sesama umat Islam, siapakah yang lebih utama untuk kita mempraktikkannya melainkan terhadap pasangan hidup kita?
Janganlah kita berwajah ceria apabila bertemu dengan jiran dan rakan sepejabat, namun berwajah “sepuluh sen” apabila bertemu dengan pasangan sendiri.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ketam bukanlah hidangan makanan laut yang kita makan hari-hari. Tapi bila sesekali teringin nak makan ketam, bila dah siap masak, mesti rasa kecewa bila rasanya, tak seperti yang kita harapkan. Berbau, tak segar, isi sikit dan sebagainya. Ada caranya yang tersendiri nak pilih ketam yang segar agar tak menyesal bila tersalah pilih nanti.
Harga ketam pulak tu boleh tahan mahal harganya. Biarlah harga yang dibayar berbaloi dengan kualiti ketam yang dibeli. Berikut merupakan perkongsian tip oleh Penjual Makanan Laut sendiri, yang boleh dijadikan panduan ketika pilih ketam sebelum ada terus membeli.
1.Waktu Membeli
Jika ingin membeli ketam, belilah ketam di waktu selepas bulan mengambang penuh,kerana pada waktu ini isi ketam lebih padat dan banyak. Nampak seperti tidak logik, tapi percayalah memang ada perbezaannya.
2.Warna Cengkerang
Jika beli ketam, terutama ketam bunga yang bermacam jenis, lihat pada warna cengkerangnya, terutama bahagian atas dan juga pada sepit. Andai ada warna kebiruan, ia menandakan ketam itu masih segar.
3.Pilih Ketam Berat
Pilih ketam yang lebih berat daripada yang lain, timbang dengan tangan anda. Ketam lebih berat daripada yang lain menunjukkan isinya padat. timang-timang sikit ketam tu, untuk mengagak berat ketam.
4.Lihat Belakang Ketam
Ketam boleh juga diketahui kesegaran dengan lihat belakang ketam. Bentuk tiga segi dekat belakang, jika masih kuat melekap, ia adalah ketam segar.
5. Bau Laut
Bau mestilah ada bau laut, kalau dah ada bau hanyir yang kuat tu.Faham-faham aje la ehh.
6. Cukup Sifat
Ketam haruslah masih cukup sifat . Contohnya, kaki ketam masih kuat melekat pada badan dan mata ketam mesti ada lagi.Ini menunjukkan ia masih segar dari laut.
7.Pilih Ketam Betina
Jika berpeluang untuk memilih, pilihlah ketam betina. Ini kerana ketam betina ni, ada telur dan selalunya ketam betina lebih banyak isi.
*Cara memilih ketam betina ialah dengan melihat pada bahagian belakang badan ketam yang selalunya lebih lebar, bulat dan bukan tirus. Ketam betina badan agak bulat dan sepit yang ada adalah lebih pendek dan kecil berbanding ketam jantan yang mempunyai sepit lebih besar. Dari segi warna, ketam betina warna agak kelabu-coklat, berbanding ketam jantan putih-kebiruan.
8. Tiada Tompok-Tompok
Bahagian bawah ketam yang segar selalunya putih bersih, kalau ada tompok-tompok atau warna selain putih, ia sudah agak kurang segar
Sumber :the ikan dot com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!