Khas untuk pasangan baru kahwin yang mempunyai anak kecil dan tak tahu nak buat apa kalau anak alami masalah hidung berhingus dan kahak melampau. Sebagai ibu bapa baru ni mesti menggelabah kan, why not ikut cara Salwani Ibrahim ni dan buat sendiri balm garlic ni, dengar kata memang menjadi.
Alhamdulillah.. Syukur sangat-sangat.. Batuk berkahak dan selsema anak dara 👧🏻 ni dah kurang..
Itu pun lepas 3,4 kali sapu balm ni habis keluar semua hingus yang dah seminggu xnak keluar tu.. Pekat hijau nokk.. 😂😂
Pagi tadi akak ipar tanya, wani buat macam mana nak bagi keluar semua hingus dengan batuk kahak yaya tu..
Sebab dia tengok memang banyak sangat hingus yaya keluar habis semalam..
Kesian jugak sebab banyak hari dah yaya ni tak selesa hidung dengan selsema dan batuk dia tu..
++++++++++++++++++
Alkisah DIY Balm Garlic Dengan Kos RM4.20 sahaja..
++++++++++++++++++
Wani guna 3 bahan ni jer utk buat sendiri balm garlic tu.. SANGAT JIMAT & MUDAH..
1. Beeswax (beli online jer)
2. Minyak Zaitun (guna brand safi)
3. Bawang Putih (1 labu sahaja)
Ads
•••••••••••••••••••••••
Ads
Mula² wani akan bakar 1 labu bawang putih tu dulu.. Bakar 🔥🔥 sampai garlic tu lembik..
Then, kupaskan yang bahagian hangit tu sampai dah kurang kehitaman si bawang putih ni.. Wani pun penyet-penyet la sampai jadi macam dalam gambar tu..
Itu pun sebab nak bagi keluar dia punya ‘pati’ selepas dibakar tu.. 😅
Kemudian, wani ambil 10gram beeswax tu then panaskan dalam microwave lebih kurang 5-6 minit.. Sampailah ia mencair mcm dalam gambar tu..
Lepas tu pulak, campurkan 🤟3 sudu 🥄 besar minyak zaitun tu kedalam beeswax yang dah mencair tu.. Kacau guna sudu kayu/plastik ya..
Bila dah campurkan minyak zaitun dengan beeswax tu, masukkan garlic yang dah dipenyet-penyet tu kedalam acuan dan seterusnya isi campuran beeswax dan minyak zaitun tu keatas garlic tu pulak..
Ads
Utk bagi beeswax tu jadi balm, kita sejukkan ❄️ acuan tersebut didalam suhu bilik utk beberapa jam.. Tapi wani letak depan kipas ja.. 🤣🤣
Cepat sikit dia menyejuk 🆒.. Hehe..
Bila dah sejuk tu, automatiknya ia akan jadi BALM..
Maka, jadilah ia BALM GARLIC buatan sendiri.. Senang je..
Sapu² di bahagian dada, belakang badan, tapak kaki dan di tulang hidung dia.. Amalkan setiap kali lepas mandi dan sebelum tidur..
Insyallah, hingus akan cepat keluar..
Kuantiti yang wani buat tu boleh hasilkan BALM utk kegunaan sampai SEBULAN tau.. Mungkin lebih lagi..
p/s: Kalau post ni membantu, tolong SHARE ya..
p/s/s: Nak lagi lembut balm tu boleh masukkan Minyak Kelapa Dara sekali..
Jika anda nak nampak berseri waktu majlis tunang, kena buat persediaan awal dan pastikan jangan buat saat akhir.
Mungkin nak buat ala kadar tetapi jangan sampai hilang seri, jadi jemput baca perkongsian saudari Mawar ini dan anda boleh cedok mana yang baik.
Tips 1:
Skincare Routine
Penjagaan kulit sangat penting untuk nampak muka berseri. Baru nampak smooth. Skincare routine ni kalau kita jaga confirm makeup dari awal sampai habis majlis cantik. Ini antara tips daripada MUA sendiri.
Tips 2:
Dapatkan Tidur yang Secukupnya
Tidur kena cukup supaya nanti bangun bangun pagi muka itu naik seri. Tak nampak penat. Bukan sehari sebelum ya tetapi kena cukup tidur a months before. Sebab sekiranya kita tak cukup tidur, muka kita akan nampak kusam/ tak bermaya/ jerawat pon mula buat tempat ‘perumahan’.
Tips 3:
Pemilihan Color Busana
Tak semua orang sesuai dengan semua color. Kalau salah pilih warna nanti tak naik serinya dan akan nampak tenggelam walaupun dah makeup. Jadi anda boleh refer table Mawar buat tu. Color apa yang sesuai.
Tips 4:
Pemilihan Makeup
Wajib survey MUA betul-betul. Tengok finishing makeup dia, maklum balas pelanggan dan barang apa yang dia pakai. Takut tak sesuai dengan kulit.
Hah, pastikan anda beritahu kondisi kulit anda macam mana. Tak ada lah nanti makeup itu kejap tahannya. Dan lagi satu, lebih baik pilih makeup look yang natural. Ini untuk elakkan wajah waktu jadi pengantin sehari nanti tenggelam.
Moga perkongsian ini membantu anda yang bakal menjadi tunangan orang.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dekorasi merupakan perkara yang paling penting dalam sesebuah majlis perkahwinan agar ia menjadi ingatan tetamu. Meskipun begitu, ada sebahagian bakal pengantin yang kerap melakukan kesalahan saat membuat dekorasi perkahwinannya.
Oleh itu, pastikan anda jangan ambil mudah dengan kesalahan-kesalahan ini agar anda tidak membuang banyak masa dan terhindar daripada stres yang berlebihan.
1. TIDAK ADA IDEA REKAAN & TEMA YANG DIINGINKAN
Ramai pasangan datang ke perancang perkahwinan tanpa mengetahui apa yang mereka akan lakukan untuk majlis perkahwinan sehingga akhirnya mereka hanya membuang wang, waktu dan tenaga.
Rekaan dan anggaran yang baik merupakan kunci untuk menghasilkan dekorasi perkahwinan yang sempurna. Jangan membeli atau memesan apa pun yang tidak sesuai dengan tema perkahwinan anda. Jika anda bingung bagaimana harus memulakannya, sebaiknya anda dapatkan khidmat nasihat daripada perancang perkahwinan yang akan mengarahkan bagaimana dekorasi perkahwinan selain menerangkan konsep yang bersesuaian dengan cita rasa anda.
2. ABAIKAN DEKORASI MEJA & KERUSI
Selain pelamin, meja dan kerusi juga menjadi salah satu ornamen terpenting dalam perkahwinan dan perlu diberi perhati. Pastikan anda bijak memilih warna yang sesuai atau selaras dengan tema perkahwinan anda. Fikirkan juga ornamen dekorasi apa yang akan menjadikan meja dan kerusi sebagai spot menarik.
3. TIDAK AMBIL TAHU KELUASAN RUANG YANG DIPERLUKAN
Anda tentu tahu bahawa tetamu memerlukan ruang untuk memudahkan mereka bergerak ketika majlis anda berlangsung. Oleh itu penting untuk anda memikirkan ruangan keluasan agak ia mampu memberi keselesaan dan cukup untuk mereka bergerak. Hitungkan seberapa luas tempat untuk hiburan, meja makan, photobooth dan ruang gerak jurugambar.
Selain itu, pilihan tempat sangat penting untuk anggaran dan rekaan dekorasi anda. Ruang serba guna yang polos mungkin memiliki harga yang murah tapi anda akan menghabiskan lebih banyak wang untuk menghiasinya. Jika perlu, pilihlah ruang yang sudah memiliki rekaan hiasan dalaman yang cantik.
4. TIDAK AMBIL TAHU UKURAN MEJA & KOS UNTUK CENTERPIECES
Anda pernah melihat meja makan utama yang penuh dengan ornamen dekorasi atau nampak kosong dan tidak menarik? Ini kerana ada beberapa bakal pengantin yang langsung tidak mempedulikan ukuran meja dan dekorasi yang sesuai. Nah! Jangan sampai perkara ini menjadi kesalahan anda seterusnya dan kos yang dikeluarkan tidak sia-sia.
5. MENGABAIKAN LANTAI
Warna lantai yang tidak selaras dengan dekorasi tentunya akan mengganggu pemandangan majlis perkahwinan anda nanti. Jadi pastikan anda berbincang dengan perancang perkahwinan tentang warna dan keadaan lantai lokasi perkahwinan anda.
6. TIDAK MEMIKIRKAN SOAL PENCAHAYAAN
Pencahayaan ialah kunci untuk mengatur mood selain memberikan nyawa pada dekorasi ruangan keseluruhan. Lilin menjadi ornamen pencahayaan yang indah dan menjimatkan. Dengan pilihan yang tepat, pencahayaan mampu mengubah tempat biasa-biasa menjadi tempat luar biasa dan akan menjadi ingatan tetamu.
7. ABAIKAN PERSEMBAHAN MAKANAN
Makanan lazat namun tidak dipersembahkan dengan baik tentu tidak akan menarik minat tetamu untuk menikmatinya. Anda juga perlu memerhatikan kebersihan meja jamuan, selain memastikan makanan yang disajikan segar dan menarik.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kadangkala, soalan yang ditanya oleh orang sekeliling buat anda jadi letih dan penat untuk mendengar serta menjawab soalan mereka. Sewaktu masih belum kahwin, antara soalan yang kerap ditanya oleh orang sekeliling adalah ‘bila nak kahwin?’. Bila dah kahwin, lagilah banyak soalan yang ditanya.
Bukan apa, soalan-soalan yang ditanya kadangkala agak sensitif hingga boleh menyinggung perasaan kita dan pasangan. Ingatlah, ketika berkahwin, banyak lagi perkara yang perlu anda tempuh. Perkahwinan bukan penamat dalam perhubungan cinta tetapi baru sahaja permulaan.
Berikut merupakan antara soalan yang kerap ditanya ketika anda baru kahwin:
1. Perancangan Anak
Soalan yang paling kerap ditanya dan merupakan soalan yang paling sensitif. Anak bukanlah petanda kebahagiaan sesebuah perkahwinan seseorang itu. Ada yang baru je seminggu kahwin, dah ditanya dengan soalan sebegini. Eh memang stress lah!
2. Pendapatan Pasangan
Alahai, kenapalah sibuk nak tahu tentang gaji suami orang. Tak perlu kot nak tanya soalan begitu. Soalan yang kerap ditanya, ‘berapa gaji suami kau?, ‘mampu ke dia nak tanggungh hidup kau?’. Yang sibuk nak tahu sangat tu kenapa eh?
3. Kisah Mentua
Hati-hati dengan mereka yang bermulut macam ‘makcik bawang’ ni. Mereka cuba untuk mengorek hal rumah tangga kita dan cuba untuk buat kita bertelagah dengan keluarga mentua. Akhirnya, kita sendiri yang susah. Biasalah kalau tak ‘sekepala’ dengan mentua. Baru lagi kan. Dah lama-lama nanti okay lah tu.
Apa Perlu Buat Bila Dapat Soalan Macam Ni?
Pertama sekali, anda senyum dahulu demi menyejukkan hati yang sedang panas tu. Kemudian, jawab soalan dengan bersahaja dan berdasarkan fakta. Contohnya, ‘bila nak ada anak?’, anda jawab ‘kalau Allah nak bagi anak nanti, adalah. Doa je yang baik-baik.’
Cukup sahaja jawab begitu dan tak perlu nak lebih-lebih. Nanti kita sendiri yang sakit hati. Paling penting, update pada pasangan anda dan jangan disimpan di dalam hati. Biar pasangan tahu apa yang sedang anda alami.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!