Perkahwinan sememangnya memerlukan bajet yang banyak. Oleh itu jika anda ingin menjimatkan salah satu barangnya dalah dengan mengubah sendiri sirih junjung anda.
Ramai yang bertanya macam mana nak gubah Gubahan Sirih yang simple tapi nampak eksklusif. Jom kita lihat cara-caranya di bawah ini.
Bahan- bahan:
1) Span Kering
2) Lidi
3) Pasu Topi
4) Daun Sirih Plastik
5) Jarum Peniti
6) Gambir, Pinang, Kapur
7) Daun
8) Bunga Plum
9) Orchid
Langkah 1 : Letakkan span dalam pasu topi
Langkah 2 : Peniti daun
Gunakan jarum peniti untuk lekatkan daun sirih di sekeliling pasu topi dan cucuk daun sirih.
Langkah 3 : Gulung sirih junjung dan lilitkan dengan tape hijau
Langkah 4 : Cucuk daun sirih ke dalam
Langkah 5 : Letak bunga orchid
Langkah 6 : Letak daun dan aksesori
Langkah 7 : Letak Pinang, Kapur, Gambir
Langkah 8 : Siap!
Hasilnya cukup menarik!
Sumber : facebook ratuseharihandycraftenterprise