Hari ini kami berkongsi dengan anda idea menggunakan surat khabar sebagai paper bag. Paper bag ini anda boleh letak goodies pada majlis perkahwinan anda nanti. Kalau dan siap nanti memang nampak ‘rare’.
Tutorial untuk membuat paper bag ini sangat mudah, ia juga dapat menjimatkan lagi kos perkahwinan anda. Tak perlu susah-susah lagi tempah dengan harga yang mahal.
Langkah 2 : Gunting surat khabar anda, kerana kita tak perlukan paper bag yang besar
Langkah 3 : Lipat surat khabar anda kepada 2 bahagian, tetapi tinggalkan sedikit ruang.
Langkah 4 : Lebihan sedikit surat khabar pada bahagian atas dan lipatkan ke bawah
Langkah 5 : Tape sepanjang lipatan di atas supaya jangan ada ruang.
Langkah 6 : Surat khabar anda sepatutnya kelihatan sebegini.
Langkah 7 : Letakkan semuka ke atas meja. Nampak Point A dan Point B?
Langkah 8 : Tolak Point A dan Point B ke atas untuk membuat lipatan yang baru dan menghasilkan Point C dan Point D.
Langkah 9 : Sekarang pula, temukan Point B dan Point D. Temukan Point A dan Point C. Tekan pada lipatan.
Langkah 10 : Sekarang kertas anda patut kelihatan sebegini.
Langkah 11 : Baringkan semula, dan lipat sedikit sahaja surat khabar anda dibahagian bawah. Ini untuk dijadikan tapak paper bag tersebut.
Langkah 12 : Tape sepanjang lipatan tadi. Ini pun jangan main tipu, tercicir pula karang wedding gift yang diletaknya
Langkah 13 : Pada bahagian tepi surat khabar anda, sepatunya kelihatan sebegini.
Langkah 14 : Lihat lipatan ni, masukkan tangan anda kedalam paper bag tersebut dan tekan pada lipatan tersebut untuk dijadikan tapak.
Langkah 15 : Tapak paper bag anda sepatutnya kelihatan sebegini dan SIAP.
Langkah 16 : Untuk kelihatan lebih cantik, anda boleh hiasi paper bag tersebut dengan ribbon ataupun dolly paper.
Sumber : ikahwin blog