Hantaran adalah perkara penting dalam sesuatu perkahwinan. Hantaran adalah penukaran hadiah antara dua pihak.
Kebiasaannya hantaran yang sudah siap boleh didapati di kedai. Tapi, jika anda ingin menjimatkan kos anda boleh lakukannya sendiri. Mudah sahaja! Tengok langkah di sini.
Perlatan :
- 1/2 meter kain berkilat
- Gam lilin / gam uhu
- Ribbon
- Polistrin bulat
- Gunting
- Artifical flower
Lihat video untuk langkah mudah !
Hasilnya sangat memuaskan !
Kredit : facebook Nauf Safuan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hanya Guna Barang Kedai Eco RM2 Dah Boleh Buat ‘Vanity Mirror’ Anda Sendiri!
Cermin solek berlampu atau vanity mirror sekarang semakin popular di kalangan peminat deko, terutamanya tentulah perempuan. Kalau tengok je harga dia memang mahal.
Sebenarnya, amat mudah nak DIY sendiri vanity mirror di rumah. Guna saja barang-barang terpakai dan beberapa lagi barang yang mudah didapati.
Dalam artikel ini kami tampilkan sebuah perkongsian menarik oleh Puan Siti Fathehah. Semua bahan cuma beli di Kedai ECO RM2 sahaja. Jimat tapi tetap nampak ekslusif tau!
Bahan-bahan :
- Mentol – 8pcs (RM16)
- Tempat letak mentol warna putih – 4 plastik ada 8pcs (RM8)
- Cermin – 4pcs (RM8)
- Plug – 1pcs (RM2)
- Wallpaper – 3pcs (RM6)
- Gam – 1pcs (RM2)
- Frame kayu letak vanity mirror – 4pcs (RM8)
- Bekas letak barang makeup – 2pcs (RM4)
- Sesiku L untuk lekatkan dekat dinding – (RM2)
Jumlah keseluruhan : RM56 sahaja
Cara-cara :
1. Anggarkan Saiz
Mula-mula boleh anggarkan saiz mengikut cermin dan lubang untuk mentol yang kita dah beli tadi. Buat rangkanya lebih kurang macam ni.
2. Cantumkan Kotak & Balut Wallpaper
Bila dah confirmkan saiznya, kita bolehlah lekatkan dan balut kotak tadi dengan wallpaper.
Ini gam dan double tape yang digunakan untuk lekatkan kotak tu. Gam beli dekat Kedai ECO RM2 juga. Gam ini memang kuat tapi ambil masa sikit nak lekat. Kalau nak cepat boleh guna gam yang jenis pistol tu.
3. Sambungkan Wayar & Mentol
Ini bahan yang digunakan untuk buat sambungan wayar ke mentol. Yang bahagian ni suami saya tolong pasangkan sebab saya tak pandai. Saya guna wayar yang dekat rumah aja sebab ada lebih. Kalau siapa tak ada, boleh beli dekat Kedai ECO RM2 juga.
Sambungannya macam ni. Yang wayar kuning tu positif, hitam negatif.
4. Tambahkan Meja
Bila dah siap bahagian atas tu, beginilah rupanya.
Sekarang ni saya tambahkan pula meja untuk letak barang make-up atau apa-apa keperluan masa nak cermin muka. Nak buat meja ni, saja guna frame kayu yang dibeli dekat Kedai ECO RM2 jugalah.
Boleh tengok contoh frame tu sebelah kiri, sebelah kanan tu yang saya dah siap balut dengan wallpaper.
5. Lekatkan Ke Dinding
Akhir sekali, dah bolehlah lekatkan ke dinding.
Untuk tampalkan kotak ke dinding, saya gunakan double tape tadi, yang macam dalam gambar di atas tu. Memang cukup kuat.
Bahagian bawahnya pula saya guna sesiku L dan drill ke dinding.
6. Siap!
Dah siap pun, beginilah hasilnya.
Sumber : Siti Teha, Siraplimau
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bijak Isteri Ini Deko Rumah Size 800Sqft, Terus Nampak Luas!
Ruang rumah yang terhad bukan alasan untuk anda tidak boleh deko kawasan kediaman anda, lihat suri rumah ini sangat kreatif menggunakan ruang yang ada. Tinggal di Residensi Jalilmas, Bukit Jalil puan Nur Nazihah Abd Razak menggunakan teknik mic anda match perabot agar muncul rasa moden dan elegan. Apapun kami sangat suka idea dekorasi yang dibuat.
Kod cat living hall – jotun 1032
Kod cat master bedroom – jotun 4477
7 TIPS MENGHIAS RUMAH SEMPIT AGAR KELIHATAN LUAS
Apa pun, tak bermakna mereka yang punya ruang kecil tidak boleh melakukan sesuatu untuk mengubah penampilan.
Dengan menggunakan 7 tips menghias rumah sempit ini, ruang sekecil mana pun boleh nampak luas.
1. CAT RUANG DENGAN WARNA LEMBUT DAN RINGAN
Warna-warna terang dan ceria misalnya memang menambah seri kediaman namun ia boleh membuatkan satu-satu ruang kelihatan kecil.
Warna lembut dan ringan seperti putih, krim, kelabu pucat dan biru awan pula boleh membuatkan ruang yang kecil nampak luas.
2. GUNA PERABOT PELBAGAI FUNGSI
Elakkan meletak banyak perabot dalam ruang yang kecil kerana ia akan membuatkan ruang itu nampak padat, malah sukar untuk bergerak.
Beli perabot yang mempunyai pelbagai fungsi seperti kerusi ottoman yang mempunyai ruang penyimpanan.
3. LETAK CERMIN
Salah satu tips menghias rumah sempit agar menampilkan ruang yang luas adalah dengan meletakkan cermin di dalamnya.
Dalam contoh ini, cermin telah diletakkan pada bahagian pintu wardrobe untuk menjimatkan ruang dan menjadikannya nampak lebih lapang. Bijak kan?
4. GUNA PERABOT YANG TIDAK MENGAMBIL BANYAK RUANG
Sebaiknya beli perabot yang bersaiz kecil untuk ruang kecil. Perabot bersaiz besar biasanya akan memakan banyak ruang.
Dalam contoh di bawah, kita boleh lihat yang katil yang digunakan amat ringkas dan tidak mempunyai bahagian ‘kepala’. Ini bukan saja menjimatkan ruang, tetapi juga memberi kesan ruang yang lebih luas.
5. ATAU, LETAK SATU PERABOT BESAR SAHAJA
Jika anda masih mahu guna perabot bersaiz besar dalam ruang kecil, pastikan hanya perabot itu sahaja diletakkan dalam ruang itu.
Ini adalah satu lagi tips menghias rumah yang sempit agar tidak terlalu sarat dengan barang, lalu menjadikannya nampak kecil.
6. PILIH LANGSIR SESUAI & POSISIKAN DENGAN BETUL
Sebaiknya guna material yang ringan dan berwarna lembut jadi sinaran matahari yang menerangi ruang menghasilkan pandangan yang luas.
Sebaliknya jika memasang langsir tebal, suasana gelap menjadikan ruang yang kecil nampak lebih kecil.
Langsir juga lebih elok diposisikan pada kedudukan tinggi atau ‘full height’ untuk memberi ilusi ruang yang ‘tinggi’.
7. TAMBAH RONA GELAP PADA SILING
Rona gelap jika digunakan pada siling akan memberi gambaran ruang yang lebih besar dengan siling yang tinggi.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resepi Sotong Masak Hitam Ala Mamak Kegemaran Suami
Bosan makan lauk Sambal Sotong? Nah.. Cuba masak menu Sotong Masak Hitam pula. Tapi ni hitam bukan sebarangan ya. Tak guna dakwat sotong pun. Menurut empunya resipi Puan Rabiatun Adawyah Mohamed Din nak masak menu ni pun mudah dan rasanya tak mengecewakan. Jadi buat para suri rumah anda boleh belajar resepi ini dengan mengikut cara berikut.
SOTONG MASAK HITAM MAMAK STYLE
BAHAN-BAHAN:
1kg sotong
1 sudu kecil serbuk ketumbar (*)
1 sudu kecil serbuk jintan manis (*)
1 sudu kecil lada sulah (*)
1 sudu besar serbuk cili (*)
1 sudu kecil serbuk kunyit (*)
1 batang serai – dititik
3 tangkai daun kari
1-2 biji tomato – belah wedges
1 sudu kecil pes @ halia tumbuk
1 sudu kecil pes @ bawang putih tumbuk
1-3 batang cili merah & hijau – dihiris
3 labu bawang besar – dihiris
3 sudu besar kicap pekat (anggaran)
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa & secubit gula
Sedikit pes asam jawa
CARA MEMASAK:
Bersihkan sotong dan toskan. Kemudian perap dengan kicap pekat, daun kari (yang diramas atau boleh juga dikisar) danbahan bertanda (*) selama 30 minit.
Panaskan minyak dan tumis serai, kayu manis, bunga lawang, bawang besar dan daun kari.
Bila bawang dah berwarna keperangan,masukkan pes halia dan bawang putih.
Masak sebentar dan masukkan sotong yang diperap tadi. Kacau rata hingga sotong masak.
Masukkan sedikit pes asam jawa. Gaul rata. Sotong tak perlu masak lama kerana isinya akan keras.
Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kalau nak lebih hitam,boleh tambah kicap pekat. Masukkan juga cili dan tomato yang dipotong.
Gaul rata dan padamkan api. Sedia untuk dinikmati.
INFO CHEF: Serbuk ketumbar, jintan putih dan serbuk cili bolehdisangai dulu dan kisar Ia akan menjadikan hidangan rasa lebih sedap.
Kredit resipi & foto: Rabiatun Adawyah Mohamed Din
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI