(DIY) Hanya 5 Bahan, Anda Boleh Hias Sendiri Meja Utama Untuk Majlis Kahwin. Mudah & Jimat!

Share

Sesebuah majlis perkahwinan akan tampak lebih berseri jika ruang meja santapan pengantin dihias dengan dekorasi bertema. Selain menarik tumpuan para tetamu, ia bagaikan melengkapi ruang meja makan.

Meja santapan pengantin yang sebelumnya tampil biasa pastinya akan mencetuskan kelainan dengan penambahan pelbagai hiasan dan dekorasi, sekali gus menjadikan meja makan nampak istimewa. Paling penting, pastikan peletakkannya tepat agar ia selaras dengan bentuk rekaan meja tersebut.

BAHAN-BAHAN:

Tiga kuntum bunga mawar, balang kaca, butiran kristal, lilin, air

Sumber Gambar : Unit Foto Kumpulan Media Karangkraf

LANGKAH DEMI LANGKAH:

1. Carikkan kelopak mawar dari tangkainya. Ketepikan.

2. Masukkan butiran kristal ke dalam balang kaca.

Sumber Gambar : Unit Foto Kumpulan Media Karangkraf

3.Seterusnya, masukkan kelopak bunga-bungaan mawar yang telah dicarik tadi hingga ke paras atas balang kaca.

4.Tuangkan air sedikit demi sedikit sehingga balang kaca itu penuh.

Sumber Gambar : Unit Foto Kumpulan Media Karangkraf

5. Keluarkan lilin daripada bekas secara berhati-hati dan letakkan di bahagian atas balang kaca.

6.Nyalakan lilin dengan pemetik api.

Sumber Gambar : Unit Foto Kumpulan Media Karangkraf

Gubahan Oleh : Rose Garden Home Deco, Cawangan AEON Big Shah Alam (Balang Kaca)

Published by
Putri Adila