Harga bunga tangan sangat mahal? Kini, anda tidak perlu risau lagi kerana anda boleh menghasilkannya sendiri.
Dengan kos yang sangat rendah, anda boleh memiliki bunga tangan yang memuaskan. Jom lihat tutorial DIY Bunga Tangan yang Murah, Cantik dan Mudah ini.
Bahan-Bahan:
– 6 batang bunga Lily
– 1 jambak bunga kecil berwarna putih
– Tali tape hijau ( boleh didapati dari kedai bunga)
– Reben
– Gunting
1) Sediakan bahan-bahan untuk DIY bunga tangan di atas meja.
2) Ambil sejambak bunga putih kecil dan masukkan batang bunga lili seperti gambar di atas. Masukkan kesemua bunga lili tersebut secara berselang-seli.
3) Akhir sekali, balutkan batang bunga tersebut menggunakan tape hijau. Anda boleh tambahkan reben yang berwarna putih sebagai penambah seri.
4) Ini hasilnya, sungguh mudah dan cantik.
Sumber : afloral.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI