Jika ada ruang dalam rumah yang silingnya direka terlalu tinggi, anda boleh bua loteng untuk dijadikan tempat belajar atau simpan barang.
Ada sesetengah orang, buat loteng untuk anak bermain di ruang itu, tidaklah mainan selerak di bawah.
Namun Puan Atam Ayu memilih buat loteng di dalam bilik anaknya untuk ada ruang belajar dan tidur.
Apa yang menarik, nampak kemas serta cukup luas. Praktikal untuk keselesaan anak-anak belajar dan tidur.
Seperti semua perumahan zaman sekarang.. rumah teres tengah kebanyakan bilik tinggi² silingnya
Walau belum siap sepenuhnya lagi… Tapak tangga belum di pasang
Nak juga mengemas sebab dah 2 minggu duduk dalam rumah tak terurus 😂
So bilik ni bahagian atas buat tempat tido+ mainan
Bawah buat bilik belajar
Kos bilik ni : RM2800
Jadi, kalau rumah anda ada ruang sesuai untuk buat loteng macam ini, boleh lah buat ya. Sekurang-kurangya anda menggunakan ruang yang ada dengan bijak!