Salah satu ruang yang mengganggu mata, tempat ironing board. Tak ada masalah nak selit di mana-mana tetapi kurang sedap dipandang dan nampak tak kemas.
Nak dekat raya, lagi lah memerlukan deko untuk ruang ini. Jadi penyelesaiannya boleh tiru cara ini, foldable ironing board di sebalik cermin. Bila nak guna tarik saja.
DIY Tempat Ironing Board
Bagi yang tinggal di kediaman agak sempit idea yang dikongsi oleh Nasibah Ramly ini amat praktikal.
Rumah kecil, ruang amatlah terhad. Penyelesaiannya di sebalik cermin, letak ironing board.
Bahan yang diperlukan
Ironing board
Plywood tebal 9mm
Wallpaper
Cermin
Gam
Cara membuat
1. Untuk buat kotak, guna playwood tebal 9mm (6mm pun boleh). Kat rumah dah ada saiz tu yang terpakai dah potong-potong. Sebab itu kotak bahagian dalam ada nampak kayu penyambung. Kotak dah siap pasang balut dengan wallpaper yang beli di kedai Eco.
2. Ironing board tu saya guna yang biasa. Cuma kaki dah diubahsuai. Saya guna 1 kaki saja untuk buat penahan, 1 kaki lagi tak perlu guna.
Ads
3. Saya tambahkan penahan (bahagian warna brown) tu supaya ironing board boleh dilipat dan dapat berdiri dengan kukuh.
4. Bahagian depan saya tampal cermin guna gam yang saya beli dari MR DIY (gam warna kuning ada pistol).
Ads
5. Tempat letak seterika dicabut dan disangkut pada dinding.
Ads
Bila nak guna, buka dan tarik.
Selesai guna, angkat ironing board dan sangkut dalam kotak macam ni dan tutup.
Nampak lebih kemas, bukan? Ruang iron kalau dibiar memang akan kelihatan serabut dengan pakaian, jadi cubalah idea deko ini.
Lazimnya apabila majlis kenduri berlangsung di kediaman pengantin, tetamu yang hadir bukan sahaja teruja untuk melihat dekorasi pelamin, khemah, mahu pun sudut makan beradap. Malah turut diperhatikan susun atur dan dekorasi ruangan kamar beradu.
Menjadi kemestian buat bakal mempelai merias seindah mungkin ruang kamar agar tampak cantik dipandang.
Ketahui cara hias kamar beradu:
1. Praktiskan pilihan warna cat yang menenangkan. Jika ada bajet lebih, elok juga kiranya dinding kamar ditampal dengan kemasan kertas dinding. Tampak lebih hebat.
2. Serikan ruangan meja solek dengan perhiasan terpilih. Paling ringkas, letakkan bekas kaca berisi potpourri. Selain tujuan menyuntik gaya, keharuman bunga-bungaan kering tersebut.
3. Pilih cadar daripada koleksi fabrik yang berkualiti dan selesa. Sebaiknya gayakan cadar yang berwarna lembut atau pastel. Ini akan menjadikan ruangan katil tampak anggun dan menarik.
4. Hadirkan bantal hiasan sebagai penyeri di atas katil. Sebaiknya pilihlah warna kontra dengan cadar namun perlulah harmoni untuk tampak menyerlah. Anda bebas untuk menggayakan bantal hiasan sama ada bentuk bulat, empat segi dan sebagainya mengikut citarasa.
5. Hiasi ruang kamar dengan jambangan bunga. Sebaiknya tempatkan bunga tersebut di sisi katil bahagian kiri atau kanan. Pun begitu elakkan meletakkan jambangan bunga di atas katil kerana ia akan menutupi keindahan rekaan cadar pengantin. Cukup sekadar menabur kelopak bunga untuk membangkitkan mood romantik.
6. Gayakan ‘stand lamp’ yang mempunyai rekaan menarik. Kesan pencahayaan yang romantik melengkapkan lagi gaya dekorasi ruang kamar pengantin.
7. Aturkan kedudukan perabot seperti katil, meja solek, almari dan sebagainya di tempat yang sesuai dan selesa.
8. Hamparkan permaidani untuk jadikan ruangan tampak sempurna. Sebaiknya pilihlah permaidani tanpa corak kerana ia akan tampak terserlah dengan percikkan warna memukau sekali gus tampak bergaya ditempatkan di ruangan kamar.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sememangnya kek dan perkahwinan berpisah tiada. Begitu juga dengan hantaran. Ada sesetengah yang akan memberikan kek kepada pasangannya.
Zaman sekarang ni bermacam-macam jenis kek dan corak yang boleh kita tengok memang unik dan cantik betul. Jom kami senaraikan antara corak kek yang boleh menjadi inspirasi pada majlis anda.
Wow sekali pandang memang menarik perhatian. Elemen bunga-bunga rose tu buatkan kita rasa macam sayang nak makan. Tona kek yang digunakan pun sangat lembut.
Bukan bunga rose je korang boleh request corak lain juga mengikut tema dan corak korang sendiri ‘custom made’ semuannya boleh.
Request je bunga kesukaan korang confirm dorang boleh buat.
Rambang mata sis tengok semuanya cantik-cantik memang sesuai lah untuk majlis korang.
Semua kek memang kek meletop !
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pasangan suami isteri, Nurlailah Khadijah Awaluddin dan Amir Hamzah Mansor memilih untuk hias rumah sendiri dengan dekorasi elegan dan glamor pada ruang tamu ala hotel.
Hiasan dalaman ruang itu mempunyai nilai artistik tersendiri yang menggambarkan cita rasa pemiliknya yang gemarkan suasana eksklusif.
Suami Isteri Hias Rumah Sendiri Ikut Pemerhatian Tiap Kali Check In Hotel
Nurlailah yang juga ibu kepada tiga cahaya mata memberitahu, inspirasi menghias ruang itu sebenarnya hasil daripada pemerhatian dekorasi hotel-hotel terkemuka yang sempat dikunjunginya ketika bercuti bersama keluarga.
Pemilihan langsir dari rona biru gelap yang disuai padankan dengan warna kelabu memberi karakter tersendiri pada ruang tamu.
Cedok Idea Hotel Luar Dan Dalam Negara
“Alhamdulillah kesempatan kami sekeluarga menginap di beberapa hotel di dalam dan luar negara memberi idea untuk menghias kediaman saya.
“Setiap kali berkesempatan menginap di hotel mewah saya sering kagum dengan dekorasi pada bahagian lobi yang setiap satu daripadanya mempunyai keistimewaan dan ciri-ciri tersendiri.
“Dari situ saya ambil idea untuk diterapkan dalam hiasan dalaman rumah saya agar nampak seperti sebuah hotel yang mewah dan glamor,” katanya.
Aksesori berwarna emas yang sedondon dengan permaidani idea buat penggemar dekorasi.
Niat Nak Beri Ketenangan Jiwa Pada Keluarga Dan Tetamu
Tambah Nurlailah sangat menitikberatkan hiasan dalaman di ruang tersebut kerana ini adalah tempat untuk mereka sekeluarga beristirehat selain melayan tetamu yang bertandang.
Bercakap lanjut mengenai dekorasi ruang tamunya, Nurlailah memberitahu dia memilih warna tanah iaitu kelabu pada dindingnya selain membuat Wainscoting atau panel kayu dinding bagi mendapatkan impak elegen dan mewah.
Warna pada dinding itu menjadi asas kepada Nurlailah dalam memilih warna perabot, selain aksesori tambahan bagi melengkapkan rekaan ruang tamunya.
Pokok hijau yang diletakkan dalam bakul anyaman mengkuang elemen kemelayuan pada dekorasi mewah.
Kena Bijak Pilih Warna Dinding
Atas dasar itu juga, dia memilih kerusi malas dari rona sama selain menambah warna biru gelap pada langsir selain karpet berwarna coklat bagi melengkapkan gaya dimahukan.
“Dalam menghias rumah ini, kita perlu bijak memilih warna dinding dan itu akan menjadi rujukan dalam pemilihan perabot dalam kumpulan warna sama.
“Saya tidak lari daripada konsep itu namun membuat padanan mengikut kesesuaian dan mengehadkan penggunaan warna pada perabot agar ia tidak kelihatan carca marba.
Akuarium dengan bingkai emas adalah hasil rekaan pemilik.
Buat Sendiri Lebih Jimat
“Malah sebenarnya perabot-perabot saya walaupun kelihatan mahal tetapi sebenarnya saya beli dengan harga berpatutan seperti di SSF atau pun Ikea,” katanya.
Tambahnya lagi, bagi memberikan impak berbeza pada ruang itu, dia turut melengkapkan ruang tamu dengan akuarium yang dibina di dalam dinding – paling penting ia adalah usaha sendiri mereka suami-isteri.
“Awalnya mahu tempah tetapi harganya mencecah RM7,000 jadi kami ambil keputusan untuk buat sendiri dan ia hanya mengeluarkan kos RM2,000,” katanya.
Jadi, kalau anda rasa nak ubah suasana dalam rumah, boleh lah cedok idea pasangan suami isteri ini juga. Mana tahu, hasilnya seperti ala hotel! Kemas dan tenang.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!