(DIY) Ubah Raket Ping Pong Kepada Kipas Tangan Untuk Pengapit Mudah Je!

Share

Kipas tangan adalah salah satu benda wajib ada atas pelamin. Sebabnya ia adalah untuk mengipas pengantin bila mereka diatas nanti. Anda mesti selalu lihatkan yang pengapit akan mengipas pengantinnya. Asalnya tak nak bagi kepanasan sahajalah si pengantin tu.

Disebabkan ia menjadi benda wajib untuk seorang pengapit, anda kenalah ada. Ada juga yang membelinya. Namun, sebenarnya anda boleh buatnya sendiri sahaja! bagaimana? ikut langkah mudah ini.

 

Bahan-bahan :

  • Raket pingpong
  • Kain
  • Riben
  • Bunga satin
  • Renda
  • Glue gun

Langkah 1 : Potong kain ikut anggaran saiz raket

 

Langkah 2 : Kemudian, gamkan kain disekeliling raket. Lebihan kain dipotong ikut bentuk raket seperti gambar dibawah.

 

Langkah 3 : Selepas itu, gam kain pada bahagian tepi raket

 

Langkah 4

: Selepas sudah digam habis, kain anda akan menjadi tegak seperti ini.

 

Langkah 5 :Potong lebihan kain tadi dan hasilnya akan menjadi seperti dalam gambar ini.

 

Langkah 6 : Ulang langkah yang sama untuk bahagian yang sebelah lagi. Bezanya lebihan kain tak dipotong tapi digam pada kain yang telah dibuat awal tadi.

 

Langkah 7 : Apabila sudah digam ia akan kelihatan seperti ini

 

Langkah 8 :Lilit riben pada pemegang raket

 

Langkah 9 : Pemegang anda akan menjadi seperti ini

 

Langkah 10 : Mulakan membuat renda ditepi-tepi raket

 

Langkah 11 : Siap!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber : BK kayangan

Published by
NanyRahman