Selagi masih bernyawa, selagi itulah kita tidak boleh berhenti berdoa. Bukan sahaja untuk memohon keampunan tetapi mengharapkan rezeki yang lebih baik. Ada yang tidak putus berdoa demi mendapat rezeki jodoh, rezeki anak dan rezeki kewangan kukuh. Walau apa pun, jangan berhenti berdoa.

 

Ini adalah doa yang boleh anda amalkan setiap hari.

 

Doa Pembuka 12 Pintu Rezeki Paling Mustajab

Doa 12 Pintu Rezeki Patut Diamalkan Sepanjang Hidup
.

Amalan doa ini boleh dibaca pada bila-bila masa sahaja. Selepas solat fardhu, sebelum tidur dan sebagainya. Jadikanlah ia sebagai amalan, Insya Allah rezeki anda akan di buka seluas-luasnya, terhindar dari segala musibah dan orang lain bertambah sayang kepada anda.

IKLAN

Jangan berputus ada ketika doa-doa atau amalan anda belum di jawab kerana ada orang yang doanya cepat dimakbulkan dan ada yang lambat kerana Allah SWT memiliki rencana terbaik untuk kita kerana Allah Maha Mengetahui. Hanya Dia yang tahu apa yang baik untuk kita.

Ketika anda memohon dengan sungguh-sungguh, yakin kepada Allah, dan berbaik sangka kepada Allah Insya Allah apa saja hajat anda akan segera dimakbulkan.

Penuhi hajat orang lain (membantu orang lain), maka Insya Allah Allah pun akan memenuhi hajat kita.

Mari bersihkan kelakuan dan hati serta beribadah secara ikhlas kerana Allah SWT. Terutama buat kaum hawa, hendaklah menutup aurat ketika keluar rumah, buat apa yang Allah suka dan Insya Allah apa saja yang kita minta akan segera di makbulkan.

IKLAN

Berikut Doa Pembuka 12 Pintu Rezeki Paling Mustajab dan cara mengamalkannya :

Doa 12 Pintu Rezeki Patut Diamalkan Sepanjang Hidup
.

Doa Pembuka 12 Pintu Rezeki Paling Mustajab

ALLAHUMMAF TAHLII ABWAABAL KHOIRI, WA ABWAABA SHOLAAMATI, WA ABWAABAS SHIHATI, WA ABWAABAN NIA’MATI, WA ABWAABA BAROKHATI, WA ABWAABAL QUWWATI, WA ABWAABAL MAWADDATHI, WA ABWAABAR ROHMATI, WA ABWAABAR RIZKHI, WA ABWAABAL ‘ILMI, WA ABWAABAL MAGHFIROTHI, WA ABWAABAL JANNATHI YAA ARHAMARROOHIMIIN.

IKLAN

Artinya : Ya Allah…. !! Bukakanlah untukku, pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesehatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Sebelum ke pejabat pada waktu pagi, tunaikanlah solat sunat Dhuha sebanyak 4 rakaat dengan 2 kali salam. Barang siapa yang mendirikan solat Dhuha sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mencukupkan baginya untuk hari itu.

Banyak yang sudah mengamalkan doa pembuka 12 pintu rezeki di atas dan sudah merasakan hasilnya. Kini, tibalah pula giliran anda.

 

Demikianlah Doa Pembuka 12 Pintu Rezeki Paling Mustajab yang dapat saya sampaikan semoga bermanfaat untuk kita semua, amin.

SUMBER : ILMU ALAM

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI