Doa agar suami sentiasa jujur dan tidak berahsia

Sama juga seperti di no 1, anda bolehlah mengusap atau membelai suami anda sambil membacakan Surah Taha ayat ke tiga puluh sembilan (39). Tapi ambil ayat yang hujung sahaja.

Doa Agar Suami Tidak Ada Niat Untuk Berkahwin Lagi Satu

Rumi : wa alqaitu ‘alaika mahabbatammini walitusna’a a’laa ‘ain

Maksudnya : Dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.

Boleh juga cuba tiupkan pada suami atau minuman suami. Juga boleh diamalkan ketika memasak atau menyediakan pakaian kepada suami.

 Doa agar suami tidak ada niat untuk berkahwin lagi satu

Antara tips lain untuk melembutkan hati suami ialah tawarkan diri untuk mengurut mereka. Siapa tidak suka diurut kan? Kalau anda tawar untuk memberikan masaj di tengkuk, di leher, belakang badan atau lain-lain, pasti suami tidak akan menolak. Pada ketika ini, bacalah Surah Ali Imran ayat ke 31 ini.

Ads

Doa Agar Suami Tidak Ada Niat Untuk Berkahwin Lagi Satu

Rumi : qul inkuntum tuhibbu nallaha fattabi’u ni yuhbib kumullahu wa yaghfir lakum zunubikum wallahu ghafururrahim

Ads

Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Baca ayat ini sambil mengusap-ngusap tubuh suami. Insyaallah hati suami akan lembut dan bertambah kasih sayangnya kepada anda. Kalau anda tak jampi ayat ini pada suami pun, penulis amat yakin suami anda tak akan cari calon isteri baru kalau setiap hari anda urut badan mereka.

Doa agar suami setia

Amalkan doa ini selepas solat fardhu harian. Ayat ini bukan untuk jampi pada suami, tapi untuk diri sendiri. Amalkannya setiap hari Insyaallah menemui kejayaan.

Ads

Doa Agar Suami Tidak Ada Niat Untuk Berkahwin Lagi Satu

Rumi : Ya aiyuhallazi na amanusbiru wa sobiru wa robithu wattaqullaha la’allakum tuflihun

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI