Doa Mudah Untuk Bersalin Normal Mahupun Czer

Share

DOA AGAR DIMUDAHKAN BERSALIN NORMAL ATAUPUN CZER Jatuh cinta lagi…

Seorang tanya saya ustaz bila masa benar-benar jatuh cinta pada isteri. Jawab saya saat akad nikah…

Saat melihat isteri 3 kali mengandung. 3 kali bersalin. Jatuh cinta berkali-kali.. Benar-benar hati ini mencintainya dan semakin rindu kepada ibu yang melahirkan diriku..

Sepanjang malam menangis minta ampun pada Allah selepas isteri bersalin. Rasa benar-benar bersyukur dan rasa berdosa kerana tidak benar-benar menghargainya. Ya Allah terima kasih atas nikmat ini. Maafkanlah diriku kerana kecuaian dan dosaku.

Melihat isteri membawa perut ke sana sini. 9 bulan dengan penuh korban..Allahu akbar..

Saat bersalin kesakitannya..Allah..

Sambil duduk dekat kepalanya.dan usap-usap kepalanya. Lapkan air mata yang keluar serta kucup dahinya. Dan kata terima kasih sayang. Abang minta maaf. Kasihan sayang.. sakitnya..Allah..

Selepas isteri bersalin saya terus telefon mak saya dan kata mak, minta maaf semua salah silap selama ini. Dosa yang banyak.. Sakitnya wanita bersalin. Terima kasih lahirkan diriku ini..Saya juga terus telefon ibu mertua dan bercakap dengannya dengan nada sedih..terima kasih kerana melahirkan isteri yang baik buat diriku…


.

DOA AGAR DIMUDAHKAN BERSALIN NORMAL ATAUPUN CZER

DOA DARI SURAH MARYAM AYAT 26 Kisah ibu kepada Nabi Isa, Maryam, sangat mendebarkan. Saat bersalinkan Nabi Isa, Maryam bersendirian di tengah padang pasir dan hanya berserah kepada Allah SWT semata-mata.

فَكُلِي وَاشْرَبِي وَقَرِّي عَيْنًا ۖ فَإِمَّا تَرَيِنَّ مِنَ الْبَشَرِ أَحَدًا فَقُولِي إِنِّي نَذَرْتُ لِلرَّحْمَٰنِ صَوْمًا فَلَنْ أُكَلِّمَ الْيَوْمَ إِنسِيًّا “Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini”.

Paling baik ialah jika anda sempat membaca keseluruhan Surah Maryam sehingga habis sebelum proses bersalin bermula.

DOA NABI ZAKARIA DARI SURAH ALI IMRAN AYAT 38 هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ ۖ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”.

Doa ini dipanjatkan Nabi Zakaria saat memohon agar dikurniakan zuriat buat dirinya dan isterinya yang mandul.

Asbab dari doa ini juga boleh kita amalkan semasa bersalin agar dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

DOA DARI SURAH FAATIR AYAT 11 وَاللَّهُ خَلَقَكُم مِّن تُرَابٍ ثُمَّ مِن نُّطْفَةٍ ثُمَّ جَعَلَكُمْ أَزْوَاجًا ۚ وَمَا تَحْمِلُ مِنْ أُنثَىٰ وَلَا تَضَعُ إِلَّا بِعِلْمِهِ ۚ وَمَا يُعَمَّرُ مِن مُّعَمَّرٍ وَلَا يُنقَصُ مِنْ عُمُرِهِ إِلَّا فِي كِتَابٍ ۚ إِنَّ ذَٰلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ Dan Allah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian Ia menjadikan kamu berpasangan (lelaki dan perempuan). Dan tiada mengandung seseorang perempuan (juga seekor betina), dan tidak pula satu-satunya melahirkan (anak yang dikandungnya) melainkan dengan keadaan yang diketahui Allah. Dan tidak diberikan seseorang berumur panjang, juga tidak dijadikan seseorang pendek umurnya, melainkan ada kadarnya di dalam Kitab Ilahi. Sesungguhnya yang demikian itu mudah sahaja kepada Allah.

Ayat ini mengisahkan tentang kisah kejadian manusia dari alam rahim sehinggalah menjadi manusia yang sempurna.

DOA YANG SUAMI BOLEH AMALKAN SEMASA ISTERI BERSALIN Suami yang berada disisi isteri semasa proses bersalin juga akan berasa cemas dan tidak senang duduk.

Melihat kesakitan dan keperitan yang ditanggung isteri saat mengeluarkan seorang bayi dari janin ke bawah.

Justeru, amalkan doa ini sepanjang proses kelahiran dan bertawakallah sepenuh hati kepada Allah SWT.

ربي يسر ولا تعسر ,ربي تمم بالخي Ya Allah kau mudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan” Selain itu juga, suami boleh mengamalkan Surah Insyirah kerana setiap kesukaran itu pasti akan disusuli dengan kemudahan.

Published by
webadmin