Doa Untuk Suami Yang Jauh

Doa Untuk Suami Yang Sedang Sakit Dan Telah Pergi Selamanya

Berjauhan dengan suami bukanlah perkara yang mudah. Perasaan rindu dan risau akan keadaan suami sering kali menerpa di dalam fikiran seorang isteri. Apa yang mampu dilakukan oleh si isteri, hanyalah berdoa agar suami dalam keadaan yang baik. Doa di bawah ini amat sesuai di baca ketika berjauhan dengan suami.

Ya Allah, jagalah suamiku ketika dia berjauhan dari aku dan keluarga. Aku menitipkan agamamu, amanahmu, dan perbuatan terakhirmu kepada Allah

Ya Allah, lindungilah suamiku tidak kira di mana dia berada. Dan permudahkanlah segala urusannya dalam menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.

Ads

Doa Untuk Suami Yang Sakit
Doa Untuk Suami Yang Sedang Sakit Dan Telah Pergi Selamanya

Manusia bukan sahaja tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan, tetapi juga daripada sebarang penyakit. Setiap di antara kita pasti pernah mengalami kesakitan tidak kiralah penyakit yang ringan mahupun yang serius.

Isteri solehah yang cintakan suaminya, berdoalah kepada Allah agar memberikan kesembuhan kepada suami di saat suami jatuh sakit. Doa di bawah boleh di baca oleh si isteri buat suaminya.

Ads

Ya Allah, Tuhan kepada umat manusia, aku memohon kepada-Mu, untuk melenyapkan segala penyakit yang ada pada suamiku. Berikanlah dia kesihatan yang baik agar boleh kembali beribadah kepada-Mu seperti sedia kala. Sesungguhnya Engkau Penyembuh untuk segala penyakit.

Ya Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, kurniakanlah kesihatan yang baik buat suamiku. Ringankanlah bebanannya untuk menanggung segala kesakitan yang dialami olehnya ya Allah. Dan aku memohon keampunan dari-Mu kerana sesungguhnya, Engkau Tuhan yang Maha Pengampun.

Doa Untuk Suami Tercinta Yang Sudah Meninggal Dunia
Doa Untuk Suami Yang Sedang Sakit Dan Telah Pergi Selamanya

Ads

“Setiap yang hidup, pasti akan mati.” Jika ditakdirkan pasangan kita meninggal dunia terlebih dahulu daripada kita, usahlah meraung dan merenung kenangan yang lalu, tetapi, berdoalah kepada Allah S.W.T buat arwah suami yang tersayang. Berikut merupakan senarai doa yang sesuai buat si isteri kepada arwah suaminya.

Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosa suamiku, Engkau rahmatilah dia dan tempatkanlah dia dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Ya Allah Ya Tuhanku, maafkanlah segala kesilapan yang telah dilakukan oleh suamiku ketika ia masih hidup di dunia ini. Lapangkanlah kuburnya dan berilah tempat tinggal yang lebih baik buatnya di akhirat kelak. Dan masukkanlah ia ke dalam syurga-Mu dan jauhilah ia dari seksa kubur dan seksa api neraka.

Firman Allah S.W.T dalam Surah Ghafir, ayat 60, “Dan Tuhan kamu befirman: Berdoalah kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan untukmu.”. Berdasarkan ayat ini, kita boleh lihat bahawa Allah memakbulkan doa hamba-hamba-Nya. Selain itu, dengan berdoa, masalah yang asalnya kabur dan samar menjadi lebih jelas apabila di sebut ke dalam bentuk perkataan.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI