Kegatalan kulit kepala yang sentiasa berminyak membuatkan kita jadi rimas dari sehari ke sehari. Itulah masalah utama yang sering dialami wanita bertudung. Yup! Lebih parah lagi apabila rambut gugur, keyakinan diri akan terus hilang.

Untuk itu, kami senaraikan tips bagaimana cara yang sempurna bagi seorang wanita berhijab menjaga rambutnya.

#1 Cuci rambut selang sehari atau basuh sahaja ketika kulit kepala sudah terasa berminyak. Jangan cuci setiap hari kerana rambut basah akan menjadikan risiko keguguran lebih tinggi. Pastikan anda menyampu kulit kepala, mengurut serta menggaru lembut kulit kepala buat beberapa ketika.

#2 Sebelum mencuci rambut, pastikan anda menyikat rambut terlebih dahulu agar rambut mudah dicuci dan tidak kusut. Rambut kusut akan menyukarkan proses syampu seterusnya dikhuatiri akan membuatkan rambut gugur apabila ditarik-tarik dalam keadaan basah.

IKLAN

#3 Guna syampu yang sesuai. Sila dapatkan nasihat pakar jika perlu kerana kulit kepala sangat sensitif. Sebaiknya, manfaatkanlah syampu yang khas dirumus untuk wanita bertudung – dipilih mengikut kesesuaian tahap kerosakan rambut.

#4 Elak cuci rambut dengan air panas kerana ia hanya akan menjadikan tekstur rambut kasar, kering serta mengerbang. Mandi sahaja dengan air sejuk.

IKLAN

#5 Jangan sanggul rambut dalam keadaan basah. Pastikan rambut sudah benar-benar kering sebelum memakai tudung. Rambut yang tertutup dalam keadaan basah akan membiak kelemumur, menjadi kusut dan buat hujung rambut berbuah serta bercabang. Kulit kepala juga akan berminyak!

IKLAN

#6 Sila pakai anak tudung yang berasaskan material kapas serap peluh, jika tidak kepala anda akan berkuap seterusnya menyebabkan rambut berbau kurang enak.

#7 Pakai material tudung yang nipis dan ringan. Praktikan ikatan atau lilitan tudung yang tidak terlalu ketat melekap di kepala. Ini bagi memberi pengaliran udara yang sempurna buat rambut dan kulit kepala.

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI