Sekitar jam 3.40 petang tadi, penyanyi dan composer popular Haqiem Rusli sah bergelar suami kepada Wan Anis Sofea Wan Zamzuri, 19, selepas dua kali lafaz. Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya, Cyberjaya menjadi lokasi penyatuan dua hati ini dan dinikahkan Ketua Pegawai Agama Daerah Sepang, Zamzuri Rusli dengan disaksikan bapa pengantin perempuan, Wan Zamzuri Wan Muhammad.
Desas desus mengenai perkahwinan Haqiem Rusli lama juga tersebar di kalangan peminat selepas Bintang Paling Popular ABPBH33, Ridzuan Haqiem bin Rusli atau Haqiem Rusli, 24 mula membuat pengumuman secara terbuka mengenai hasratnya untuk menamatkan zaman bujang. Malah sebaik menerima trofi Penyanyi Lelaki Popular pada malam ABPBH 34 lalu, Haqiem telahpun mnegumumkan tarikh perkahwinannya.
Sungguhpun Haqiem kelihtan gugup ketika melafazkan akad kali pertama namun setelah diredakan jurunikah akhirnya dia sah bergelar suami. Segak mengenakan busana baju Melayu rona kelabu rekaan Razman Razmi, Haqiem menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 dan wang hantaran berjumlah RM100,000.
Kilauan cincin perkahwinan bertatahkan berlian Hearts of Fire iaitu berlian terbaik dunia diserahkan Haqiem kepada isteri tercinta. Di majlis ini juga, Haqiem turut menyerahkan lima dulang hantaran berbalas lima kepada pengantin perempuan.
Majlis yang diadakan secara tertutup ini hanya dihadiri keluarga terdekat. Sempat memuat naik ungkapan maaf di IG Story semalam, ini kata Haqiem.
“Saya nak minta maaf jika ada rakan-rakan yang tak dapat saya jemput untuk majlis esok. Atas sebab jemputan kami sangat terhad dan SOP yang sangat ketat. That’s why kami tak dapat jemput semua dan kami lebihkan keluarga dan saudara-mara. Terima kasih. Doakan yang baik-baik sahaja.”
Difahamkan, modal untuk majlis perkahwinan ini menelan belanja sebanyak RM7 juta termasuklah tajaan berlian bernilai RM5 juta.
Pasangan ini telahpun menjalinkan percintaan sejak dua tahun lalu dan perkenalan mereka bermula daripada urusan perniagaan. Siapa sangka dari rakan kongsi restoran kini menjadi teman hidup pula. Semoga kedua pasangan mempelai ini terus berbahagia ke akhir hayat dan tahniah sekali lagi!
Kredit foto: Aqo Imran dan Haqiem Rusli
***JOM SERTAI CHANNEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI