Ada yang pilih duduk rumah orang tua selepas kahwin? Selesa atau tidak bila berkongsi rumah? Ini kena hadapi sendiri, tak boleh tanya orang lain sebab tak semua bertuah dapat orang tua yang tidak berkira.
Namun sebaiknya, buat pasangan yang baru berkahwin, sila usahakan rumah sendiri setelah berumah tangga.
Duduk Rumah Orang Tua
Banyak perkara proses yang akan berlaku setelah berkahwin. Bila duduk sendiri kita boleh belajar banyak benda.
Tetapi anda beruntung apabila duduk dengan mertua penglibatan sebagai anak menantu tak pernah di ketepikan. Apa-apa pun mertua akan tanya dan minta pandangan anda supaya aku ‘terasa’ penting dalam rumah.
Dan sebagai anak menantu yang duduk dengan keluarga orang tua, janganlah sepenuhnya hal rumah lepas pada orang tua. Buat rumah tempat kita tinggal macam rumah kita. Jaga, bersihkan, ambil cakna dan bertanggung jawab keatas tempat tinggal kita.
Perlu ke tinggal rumah sendiri lepas kahwin? Jemput baca perkongsian saudara Sabri ini…
Ads
1. Rumah Saya, Undang-undang Pun Saya!
Setiap rumah ada rules dia sendiri. Ada budaya dia sendiri. Bila kahwin dan masuk rumah mertua, kau kena ikut rules rumah mertua. Bukan tak baik tapi mungkin kau tak selesa. Bila ada rumah sendiri kau boleh set rules untuk keluarga kau sendiri.
2. Jaga privasi diri dan pasangan
Bila dah kawen ada banyak batas yang perlu kita jaga. Tambah lagi kalau rumah tu banyak penghuni nya. Adik beradik pasangan. Ada laki ada perempuan. Anak buah ada yang bujang dara dah pun. Pergaulan kena jaga. Dari segi aurat terutama yang muslim. Nampak remeh dan biasa tapi kalau tak jaga boleh rosak binasa.
Ads
3. Menjaga silaturahim
Ipar duai. Pakcik makcik. Anak anak buah. Cara pergaulan kita tak semua sama. Ada cakap direct. Ada yang cakap berlapik. Ada yang manis depan racun belakang. Yang mulut sweet and sour pun ada. Kalau tinggal rumah sendiri benda macam ni dapat di kurangkan. Rumah kau, kau lah! Rumah aku, aku lah.
Ads
4. Matang ekonomi
Tinggal rumah sendiri ini ibarat kau buka negara sendiri. Kena urus tadbir sendiri. Termasuk lah ekonomi. Perbelanjaan kelangsungan hidup bersama. Mula mula memang akan sengkek. Tak cukup itu ini. Tapi bila dah nampak yang mana perlu kurang mana perlu lebih baru ada rentak. Jadi lebih matang. Lebih berakal. Berkepimpinan.
5. Perancangan jadi lebih jelas
Suami isteri dapat merancang hala tuju keluarga dengan lebih mudah. Nak anak 10 ke anak 15 ke. Spending berapa saving berapa. Beli kenderaan yang sesuai. Banyak isu yang tak jelas akan menjadi jelas bila kau tinggal rumah sendiri.
Percaya lah, jika kita bijak membuat keputusan tempat tinggap selepas kahwin, ini pun mendatangkan kebahagiaan semua pihak. Tidak menyusahkan sesiapa dan turut buat rasa selesa.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Buat bakal pengantin yang bersaiz ekstra tidak terkecuali mahu dilihat anggun di hari bahagia nanti. Namun anda perlu memilih busana yang bersesuaian dengan diri untuk tampil lebih menyerlah. Fahami tubuh badan anda dan manfaatkan tip berikut untuk tampak langsing dan bergaya.
1. Potongan Baju
Pilihan baju sexy shoulder membiaskan ilusi terbaik pada bahagian atas badan terutamanya bagi yang mempunyai rangka bahu yang besar dan lebar.
Pilihan samada bukaannya hanya paras bahu (off shoulder) mahupun sehingga ke pangkal dada. Potongan kolar berbentuk v-shape juga sesuai dan akan memberikan kesan leher yang lebih jinjang.
Baju akan tampak lebih indah disusuli rekaan lengan daripada fabrik renda perancis polos, hanya hujung lengan direka sulam sedikit sarat.
2. Fabrik Bermotif
Sekiranya anda memilih fabrik atau baju yang mempunyai corak atau motif, elakkan daripada memilih motif horizontal dan saiz motif yang terlalu besar.
Sebaiknya anda memilih baju bermotif garis-garis vertikal dan secara tidak langsung, tubuh gempal kelihatan tinggi dan ramping. Garisan-garisan yang dihasilkan mencetuskan ilusi yang lebih langsing dan kurus. Tip ini mungkin kelihatan kecil, namun mempunyai pengaruh yang sangat besar secara visual.
3. Aksesori Ideal
Memilih aksesori yang sesuai tidak kurang pentingnya untuk penampilan yang lebih menyerlah. Pemilihan aksesori dan kasut yang tepat sangat penting bagi memastikan penampilan anda agar tidak kelihatan terlalu sarat dan berat.
Kebanyakan kaum wanita mengalami kesulitan menggunakan kasut yang terlalu tinggi, jadi pilihlah kasut yang tidak terlalu tinggi atau menggunakan wedges. Kasut yang agak tinggi akan memberi kesan tubuh yang lebih jinjang bagi orang bertubuh gempal.
4. Pilihan Fabrik
Dari segi pilihan fabrik, wanita plus size perlu memilih fabrik yang lebih lembut dan polos seperti sifon, sutera atau satin yang tidak terlalu berkilat.
Elakkan dari memilih fabrik jenis jersey atau fabrik jenis melekat di tubuh kerana ia akan menampakkan lagi susuk tubuh badan anda yang gempal itu.
Anda juga disarankan supaya memilih jenis fabrik yang lebih berat kerana ia bakal menghasilkan siluet yang lebih kemas dan terletak.
5. Memahami Bentuk Tubuh
Tip terakhir yang tidak kurang pentingnya dalam tip memilih baju kahwin bagi wanita plus size adalah dengan memahami bentuk tubuh badan anda sendiri.
Seperti mana yang kita ketahui, wanita bertubuh curvy juga memiliki bentuk tubuh pelbagai. Oleh kerana itu, pemilihan baju yang sesuai dan tepat turut menentukan pesona dan keanggunan penampilan anda di hari bahagia.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila baru kahwin, janganlah terlalu sibuk fikirkan untuk mendapat zuriat, cuba relaks dan beri peluang kepada diri anda dan pasangan untuk merasai dunia sebagai suami isteri. Tapi kalau sudah terlalu lama kahwin, tapi masih belum dapat zuriat, anda perlu cepat berjumpa pakar.
Soal anak, janganlah ditangguh-tangguh. Lepas kahwin, elakkan merancang kehamilan sulung kerana bimbang lebih sukar untuk hamil kerana belum dikurniakan rezeki. Sebab itu disarankan untuk berkahwin sekiranya sudah bersedia dari segi mental, fizikal dan simpanan kewangan.
Di sini kami senaraikan punca mengapa zuriat sukar lekat lepas kahwin. Secara umumnya, faktor yang dapat mengurangkan peluang seseorang untuk hamil adalah tidak begitu diketahui tetapi lima perkara ini mungkin adalah penyebab utama dan para wanita dinasihatkan untuk sentiasa berwasapada.
1 Terlalu Banyak Makan Asid Lemak Trans
Asid lemak trans adalah lelemak dan ia digunakan untuk bantu memanjangkan jangka hayat pelbagai jenis makanan sekaligus membaiki tekstur dan rasa banyak makanan yang diproses.
Biarpun begitu, ia sebenarnya ramuan yang berbahaya buat tubuh badan manusia dan jika memakannya terlalu banyak, tubuh akan lemah seterusnya terdedah pada keradangan atau inflamasi saluran darah, kolesterol tinggi, sakit jantung koronari, strok, diabetes, kanser dan darah tinggi.
Bagi wanita, jika terus mengambil makanan seperti donut, kek, biskut, makanan bergula, mentega, popcorn gelombang mikro, makanan segera bergoreng dan pizza beku umpamanya, anda bakal menghidap penyakit ovulasi.
2 Gemuk
Kajian oleh penyelidik dari Jabatan Obstetrik, Gibekologi dan Biologi Reproduktif Universiti Michigan Amerika Syarikat, Barbara Luke mendapati wanita yang mempunyai berat berlebihan berisiko sebanyak 28 peratus berdepan dengan kesukaran mendapatkan zuriat. Dan sekiranya hamil, kandungan mereka tidak akan bertahan sehingga ke peringkat kelahiran.
3 Haid Tak Teratur
Masalah kesuburan selalunya berkait rapat dengan kitaran haid yang tidak teratur. Jika seorang wanita mengalami kitaran haid yang tidak menentu, bermakna beliau akan menghadapi masalah kesuburan, iaitu sukar untuk hamil.
Mempunyai haid yang tidak teratur sebagai contoh tidak datang haid dalam satu tempoh panjang, atau haid keluar hanya sedikit menyebabkan ovulasi (pengeluaran telur wanita) tidak berlaku pada setiap kitaran haid.
Haid yang tidak teratur dan kesuburan sangat berkait rapat ketidakseimbangan hormon.
4 Keputihan Berpenyakit
Menurut Pakar Sakit Puan Hospital Pakar KPJ Tawakal, Dr Jaafar Yaakob, keputihan adalah masalah normal yang berlaku pada semua wanita. Bezanya sama ada masalah ini serius atau sebaliknya.
Keputihan berpenyakit biasanya berwarna kuning pekat atau kehijauan, berbau yang busuk dan gatal. Lebih teruk lagi jika suami mula mengeluh kerana tidak selesa ketika ‘bersama’. Masalah ini disebabkan oleh jangkitan bakteria dan kulat.
Bakteria atau kulat yang menyebabkan keputihan ini akan menyerap masuk ke dalam faraj seterusnya menyerang kawasan penghasilan ovum. Apabila kawasan atau kilang ini terganggu, sudah pasti ovum yang terhasil mempunyai masalah dari segi keabnormalan. Ovum yang tidak normal tidak akan mampu bertahan lama atau boleh dikategorikan sebagai cacat.
5 Kawasan Leher Faraj Tersumbat
Keputihan yang terhasil menyebabkan penyumbatan berlaku pada leher faraj. Sperma akan berhadapan kesukaran untuk menembusi leher faraj sekiranya terdapat keputihan yang banyak.
6 Bersenam Lebih Daripada Kemampuan Tubuh
Bersenam secara sihat memang membantu untuk menggalakkan kesuburan tetapisangat mustahak anda melakukannya dengan betul mengikut kemampuan. Ini kerana, apabila senaman dilakukan secara berlebihan, ia akan memberi impak negatif pada tubuh serta kitaran reproduktif seseorang. Kajian mendapati, senama berat yang dilakukan setiap hari mampu mengurangkan peluang kehamilan. Oleh itu, sila berpada-pada.
Rezeki emmang dari Allah tetapi sekiranya selepas setahun belum ada rezeki, berjumpalah dengan pakar kesihatan. Sekurang-kurangnya kita sudah berusaha kan?
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sempena bulan yang penuh kemuliaan ini,kita dianjurkan untuk menambah pahala dengan amalan-amalan yang mulia. Antaranya menunaikan solat tarawih , membaca Al Quran dan bersedekah. Buat pasangan yang baru mendirikan rumah tangga dan juga mereka yang sudah lama berkahwin inilah caranya anda dan pasangan menjadi lebih rapat dan berkasih sayang. Manfaatkan tip ini lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang mulia ini.
1. Solat Tarawih bersama
Tarawih solat yang membezakan bulan puasa dengan bulan-bulan lain. Ajaklah isteri atau suami untuk bertarawih di masjid bersama. Perjalanan ke masjid pastinya buat hubungan tambah erat selain memberikan situasi berbeza. Pasti indah rumahtangga yang dibina bila sama-sama mengerjakan amalan ini secara bersama..
2. Bersedekah
Tangan yang memberi pastinya lebih baik daripada yang menerima. Jadikan tangan sebagai tangan yang memberi. Ajak suami atau isteri bersedekah setiap hari di mana sahaja sepanjang bulan puasa ini. Jadikan ini teladan pada bulan-bulan seterusnya. Secara mudahnya bertukar juadah dengan jiran pun dikira sedekah. Isteri masak, suami hulurkan juadah dengan jiran sebelah… sedekah juga tu.
3. Solat Tahajud
Mengejar malam lailatulqadar pastinya lebih indah bila dilakukan bersama suami dan isteri tercinta. Ajak lembut pasangan untuk sama-sama bangun dan bersolat penuh khusyuk keduanya menghadap Ilahi. Ganjarannya bukan sedikit, kenikmatan pasti dirasai bersama. Tentunya romantik kalau dapat tahajjud bersama kan… tak tergambar dek kata-kata. Tambah romantik kalau dapat teruskan amalan tahajjud ni sampai bila-bila.
4. Kucup dahi
“Rasulullah SAW sentiasa mencium dahi isterinya dalam bulan Ramadhan. Ketika itu Baginda sedang berpuasa”. Hadis ini jelas membuktikan, Nabi SAW tetap memberikan kasih sayang baginda kepada isteri tanpa mengira waktu. Tabiat ini wajar dicontohi oleh semua suami kerana ciuman itu tanda sayang sejati. Rebutlah ganjaran pada bulan Ramadan yang mulia ini untuk berubah. Jika ciuman sudah dianggap janggal, mulakannya semula.
Puasa tak menghalang untuk jadi suami isteri yang romantik… peluk dan ciumlah dengan kasih sayang…. ia tak membatalkan puasa bahkan bertambah pahala di bulan puasa.
5. Tadarus Bersama
Bacaan al-Quran secara tadarus suami dan isteri sememangnya digalakkan, malah besar manfaatnya. Ajak suami mengambil sebahagian juz al-Quran dan selebihnya diberikan kepada isteri. Berusahalah untuk khatam al-Quran bersama-sama sambil merasa nikmatnya.
6. Ajakan dan didik Isteri menutup aurat
Jika isteri auratnya tidak sempurna, ajaklah dia menutup auratnya di bulan yang mulia ini dengan lembut. Mana tahu apabila habis Ramadan hatinya terbuka untuk berhijab penuh. Jadi, doakan dan belikan tudung… nasihat baik-baik… kongsikan kebaikan berhijab dan menutup aurat dengan sempurna. Isteri yang sayang suami pasti akan patuh.
7. Pilih memasak dari membeli
Jika juadah bazar Ramadan selalunya menjadi pilihan berbuka, apa kata ubah kebiasaan ini dengan menyediakan makanan sendiri untuk suami dan anak-anak. HR at-Tirmizi menyebut, “Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang berpuasa. Ubah kelainan dan rasai nikmatnya kala makanan habis licin dijamah. Memang nikmat bila masakan kita habis dimakan. Satu kepuasan bila masak sendiri.
Sumber: http://www.mariafirdz.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!