Sejak duduk di rumah, pastinya penjagaan wajah sedikit sebanyak terabai dan kita tidak terlalu memberi fokus untuk menjaga wajah. Segala rutin bagaikan sudah lari dan tidak seperti dahulu. Jika ada pun, kita hanya mengamalkan penjagaan asas wajah seperti mencuci wajah, memakai toner dan memakai pelembap wajah.

Sunscreen merupakan antara rutin yang wajib ada dalam penjagaan asas wajah terutamanya jika anda keluar rumah. Fungsi sunscreen adalah untuk melindungi wajah daripada terkena sinaran matahari. Jadi, jangan memandang remeh tentang penggunaan sunscreen ini.

Sepanjang PKP ini, kami yakin tidak ramai yang menggunakan sunscreen kerana menganggap duduk di rumah tidak memerlukan kita untuk memakai sunscreen. Tetapi sebenarnya ia mengikut situasi dan keadaan anda di rumah. Jom kita baca perkongsian oleh Iman Abdul Rahim menerusi akaun Twitternya.

IKLAN

Duduk Rumah Kena Pakai Sunscreen Ke?

Jangan Abaikan Pemakaian Sunscreen Walaupun Duduk Rumah. Ini Pesanan Padu!
Kredit: Twitter Iman Abdul Rahim

For me, kalau I tak buka langsir, duduk dalam gelap dan cahaya matahari tak masuk langsung, tak pakai pun takpe.

Kalau buka langsir dan cahaya matahari masuk tapi takdelah all the time kena cahaya matahari, moisturizer with SPF pun okay, nak pakai sunscreen pun okay.

IKLAN

Kalau duduk rumah tapi buka tingkap, cahaya matahari memang masuk, lepas tu kejap keluar siram pokok ke, pergi ambil barang daripada abang delivery ke, yesss pakai sunscreen!

IKLAN

Kesimpulannya, jika anda membuka tingkap dan kerap keluar rumah, pakailah sunscreen sebagai perlindungan untuk kulit anda.

Sumber: Twitter Iman Abdul Rahim

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI