Duduk sembumbung tetapi masing-masing buat sendiri sampai rasa cinta semakin hilang dan pudar. Ini bahaya!
Jika dibiarkan, cara ini akan buat suami isteri tidak lagi saling memerlukan. Akan timbul rasa lebih baik hidup sendiri. Nak lagi faham situasi ini, jemput baca perkongsian saudara Firdaus Shakirin ini.
Bila kita dah tak lagi bergurau senda dengan pasangan, tidak lagi bergelak ketawa dengan pasangan, semakin kurang bermanja dengan pasangan, langsung tak bercerita bertukar pandangan dengan pasangan, bila kita dah tak lagi berkongsi perasaan dengan pasangan, maka disaat itulah SERI di dalam rumah tangga kita sebenarnya dah HILANG.
Kau kau, aku aku… kau dengan cara kau, aku dengan hal aku. Masing-masing ada kehidupan sendiri walaupun tinggal sebumbung. Masing-masing bawa hal sendiri walaupun tidur sekatil. Komunikasi dan kemesraan seperti pasangan lain itu tiada dalam rumah tangga yang sudah hilang serinya. Seri dalam rumah tangga tu apa?
Kemanisan berumah tangga adalah isi rumah penuh dengan gurau senda dan gelak ketawa. Isteri manja dengan suami, suami melayan karenah isteri. Usik mengusik sesama suami isteri.
Beratnya tanggung jawab dan banyaknya kewajipan tidak akan menghalang kita untuk menjadikan rumah tangga kita itu BERSERI-SERI.
Namun, pudarnya rasa, kuatnya pendam perasaan dan banyaknya bebanan yang akan mengakibatkan SERI itu semakin hilang. Ada yang mungkin kata, sebelum kahwin tak apa lah nak buat semua tu, bila dah kawin mesti lain. Sebenarnya, kita perlu sentiasa bercinta dan menyayangi pasangan, bukan ketika tak dapat lagi dan sebelum kawin sahaja.
Nature hidup berpasangan memang perlu ada rasa antara kita dan dia. Kalau tiada rasa, maka kehambaran hubungan akan terasa. Check balik, adakah rumah tangga kita masih ada SERI.