Sebenarnya fasa bertunang ni ialah fasa berkenalan dan persediaan bagi pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga. Sepanjang tempoh pertunangan , pelbagai perkara boleh berlaku akibat salahtanggapan atau bisikan hawa nafsu. Amir Syahir kongsi dugaan bertunang ni sebenarnya terletak pada diri kau sendiri.
Ujian dalam pertunangan ni boleh tahan hebatnya. Sebab tu la orang tua-tua tak bagi bertunang lama-lama. Kalau boleh lepas tunang, kahwin cepat-cepat. Sebab nak elakkan perkara yang tak elok berlaku. Aku dengan isteri dulu bertunang dalam 5 bulan. Lepastu kami kahwin.
Kadang-kadang masa bertunang ni tetiba ja ada orang lain yang lebih baik dan bagus daripada tunang kau datang dalam hidup kau. Masa tu memang Allah nak uji kau. Nak tengok sejauh mana keteguhan dan kesetiaan kau.
Dalam keadaan macam tu semuanya terletak pada diri kau. Kalau kau memilih untuk melayan, maka akan terbinalah hubungan yang lain lalu akan ada yang terluka. Kalau kau menepis, Alhamdulillah kau memang hebat.
Jangan permainkan hati orang. Kalau ada orang lain mempermainkan hati adik kau, apa kau rasa? Sebelum nak bertunang, nak melangkah ke satu hubungan yang lebih serius, fikirlah sebaik-baiknya. Mohon petunjuk daripada Allah.
Buat yang tengah bertunang, semoga hubungan pertunangan kalian baik-baik saja. Kalau boleh cepatkanlah pernikahan. Buat yang baru merancang untuk bertunang, semoga perancangan kalian berjalan dalam keadaan yang baik dan lancar.
Moga manfaat. Kah!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalau Sebelum Ini Main Bakar, Ini Cara Betul Nak Lupus Kad Kahwin Ada Tulisan Bismillah
PERASAN atau tidak, kad undangan perkahwinan yang kita terima selalunya bukan sahaja cantik, tetapi ada juga yang mengandungi perkataan Bismillahirrahmanirrahim dalam tulisan jawi.
Apabila undangan walimah sudah dipenuhi, kadangkala kita akan buang kad berkenaan.
Barangkali ada yang gemar menyimpan kad kahwin unik, tetapi tidak ramai yang berbuat demikian.
Dalam kes kad kahwin yang mengandungi kalimah ALLAH, bagaimana kaedah terbaik untuk melupuskannya?
Asalnya, pelupusan al-Quran yang terkena banjir, koyak ataupun berlaku perkara-perkara yang tidak boleh lagi dibaiki lagi pada al-Quran itu, maka para ulama terbahagi kepada dua pandangan.
Mazhab Hanafi dan Hanbali menyatakan, hendaklah ditanam, manakala Mazhab Syafie dan Maliki pula menyatakan, hendaklah dibakar.
Hukum itu berdasarkan kepada tindakan Amirul Mukminin Saidina Uthman bin Affan RA.
Ketika menyatukan umat Islam di atas satu mushaf, beliau membakar mushaf-mushaf lain yang menyalahinya.
Perbuatan tersebut dilakukan dengan disaksikan oleh para sahabat RA.
Imam Ibn Battal mengatakan bahawa perintah Uthman RA supaya dibakar helaian-helaian dan mushaf-mushaf al-Quran sewaktu isu mengumpulkan al-Quran menunjukkan bahawa kitab-kitab yang tertulis nama-nama ALLAH SWT boleh dibakar dengan tujuan untuk memuliakannya, menjaganya daripada dipijak oleh kaki-kaki manusia dan memeliharanya daripada dibuang di atas tanah.
Pendapat Imam Ibnu Battal itu juga terpakai kepada apa-apa sahaja risalah atau kertas yang tertulis kalimah ALLAH SWT.
Ia hendaklah dibakar atau boleh juga ditanam mengikut sebahagian pandangan ulama yang lain.
***Ustaz Mustafar Mohd Suki merupakan Fellow Pertubuhan Multaqa Asatizah & Du'at (Murshid), pendakwah dan penulis.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Patutlah Berat Susah Nak Turun, Rupanya Inilah 6 Gaya Makan Yang Jadi Penyebab Diet Gagal!
Memiliki tubuh yang langsing tentunya menjadi keinginan semua orang termasuk melakukan pelbagai untuk memiliki berat badan idaman. Jika tersalah memilih gaya makan, pastinya ia boleh menjadi punca diet anda gagal sekali gus membuatkan berat anda susah nak kurus.
Dalam memastikan usaha diet anda berjaya, faktor gaya makan sangatlah penting. Brad Lamm dari Breathe Life Healing Centers mengatakan bahawa tabiat kebiasaan ketika anda makan mencirikan satu gaya makan.
Perlu anda tahu, berat badan tidak hanya bergantung pada apa yang anda makan, namun juga pada alasan mengapa anda memakannya. Kadang kala, faktanya bukan anda yang gagal dalam diet, tapi dietlah yang mengalahkan anda sehingga ia gagal.
Untuk menghindari masalah kegagalan usaha anda untuk diet, berikut merupakan beberapa gaya makan dan kaitannya dengan program diet atau menurunkan berat badan yang perlu anda berikan perhatian. Pastikan anda elak buat, kalau tak memang anda susah nak kurus.
1. Emotional eater
Emotional eater merupakan jenis orang yang menjadikan perubahan emosi sebagai alasan untuk makan. Pernahkah ketika anda tertekan dan kemudian benda yang anda cari untuk ‘seakan-akan’ memecahkan masalah anda ialah makanan? Atau mungkin ketika anda sedih, marah dan kecewa, anda merasakan penyelesaiannya ialah dengan makanan? Jika ya, anda termasuk dalam kategori emotional eater.
Jika dengan tabiat tersebut membuatkan berat badan anda terus naik, anda perlu menghindari gaya makan seperti ini. Sebenarnya mudah saja, anda hanya perlu ingatkan diri anda dan terus mengawasi diri ketika dalam masalah. Ketika sedang tertekan dan beremosi, carilah penyelesaian selain daripada makanan. Anda boleh mencari sahabat, berjalan-jalan, mencari udara segar, melakukan aktiviti dan sebagainya selain menjadikan makanan sebagai jalan penyelesaian.
2. Habitual eater
Dalam mengubah pola makan, salah satu perkara yang paling sukar dilawan ialah kebiasaan yang sudah terbentuk jauh sebelum anda cuba berdiet. Misalnya anda memang sudah terbiasa makan junk food. Apabila anda ingin berdiet, anda telah berjanji pada diri sendiri untuk makan junk food buat kali terakhir. Namun disebabkan oleh kebiasaan anda makan junk food setiap hari sebelum ini membuatkan anda mengingkari janji anda itu keesokan harinya.
Bagaimana untuk mengatasinya? Catat semua makanan yang anda ambil setiap hari. Kadang kala dengan mencatat apa yang anda makan, ia masih mendorong anda untuk mengingkari kebiasaan makan yang tak sihat. Namun, setidak-tidaknya catatan itu akan menyedarkan anda bahawa diet tidak akan berhasil kerana kelalaian anda dan bukannya faktor luaran.
3. External eater
Kadang kala dalam keadaan perut yang tidak lapar, anda masuk ke kedai makanan ringan lalu membeli dan kemudian memakannya. Brad Lamm menyatakan bahawa untuk jenis orang seperti ini terdapat pepatah, “Aku melihat, maka aku makan.” Memang betul ketika anda beraktiviti pasti ada perkara yang boleh mengundang anda untuk makan walaupun perut tidak lapar.
Hal yang umumnya terjadi ketika teman anda menyambut ulang tahun. Pelawaan teamn untuk anda makan juga kadang kala boleh membuatkan anda yang tadinya tidak lapar menjadi lapar. Tidak ada penyelesaian namun jika anda berada dalam kategori ini, anda harus sedar dan cubalah untuk menahan godaan makan ketika perut anda tidak lapar.
4. Critical eater
Agak sukar untuk menjelaskan jenis gaya makan yang satu ini. Pada dasarnya, gaya makan ini merupakan orang yang betul-betul faham mengenai nutrisi dan pola makan. Orang ini selalu memiliki pola makan dan aturan tersendiri dalam kehidupannya. Jadi apa yang menyebabkan orang sebegini masih gagal dalam dietnya?
Golongan ini sering kali berfikir yang dia boleh berseronok sesekali. Jika anda salah seorang dalam kategori ini, anda akan mengingkari aturan yang dibuat secara keterlaluan ketika sedang berseronok. Bagi anda tidak mengapa kerana ia dilakukan sekali sekala. Apabila ini berlaku anda akan mengambil makanan secara tidak terkawal, sekali gus menyebabkan anda mensia-siakan manfaat daripada pola makan diet yang selama ini anda jalankan.
5. Sensual eater
Jenis yang satu ini merupakan orang yang makan sesuatu secara berlebihan. Misalnya, anda menikmati sensasi makanan dalam setiap gigitan secara berlebihan. Misalnya anda menghabiskan potongan ayam sampai ke tulang hingga tidak bersisa.
Untuk mengakhiri gaya makan ini, anda perlu fokus pada jumlah makanan yang anda perlukan sahaja dan bukannya jumlah makanan yang telah tersedia di depan mata. Tinggalkan dan jangan rasa begitu menghargai sensasi untuk menghabiskan makanan sampai ia benar-benar habis.
6. Energy eater
Kadang kala jika anda memerlukan tenaga atau baharu saja kehilangan tenaga, anda rasa adanya keperluan untuk menggantikan tenaga tersebut. Namun, kebiasaan tersebut sering kali membuat anda pada akhirnya terbiasa mengambil karbohidrat secara berlebihan dan tidak sesuai dengan jumlah yang diperlukan oleh tubuh badan anda.
Misalnya anda menjadi fanatik terhadap minuman bertenaga dan snek sihat sehingga akhirnya tanpa anda sedari, anda telah mengambilnya secara berlebihan. Fikiran seperti ini dapat membuatkan berat anda tidak terkawal.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Belakang Tapak Tangan Aurat? Carilah Baju Kahwin Yang Menutup Aurat Nanti
Kita selalu diajar atau didedahkan bahawa aurat wanita ialah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Ini bermakna belakang telapak tangan ialah aurat yang perlu ditutup. Mungkin kerana itu, kita dapati sebahagian wanita menutup belakang telapak tangan mereka dengan kain. Tambahan, kini sudah ada terjual sarung tangan (hand sock) yang menutup bahagian belakang tapak tangan.
Hakikat yang betul ialah aurat wanita ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan pergelangan tangan. Ya, seluruh pergelangan tangan tidak aurat. Ini bermakna bukan tapak tangan sahaja tidak aurat malah belakang tapak tangan juga termasuk bukan aurat wanita.
Bagaimana salah faham ini terjadi?
Antata faktornya ialah mungkin kerana pengajar atau penterjemah buku fiqah menterjemahkan secara zahir perkataan al-Kaffain sebagai tapak tangan. Perlu diingati bahawa tersalah menterjemah perkataan bahasa Arab ke dalam bahasa asing sangat memberi kesan besar kepada masyarakat terutama jika melibatkan teks-teks Al-Quran dan Hadith yang mengandungi hukum. Salah satu contoh ialah kes yang sedang dibincangkan ini.
Perkataan al-Kaffain secara zahir memang lah membawa maksud tapak tangan dalam bahasa melayu. Namun begitu, perkataan al-Kaffain menurut ulama’ fiqh dan bahasa Arab ialah tapak tangan zahir dan batin. Telapak tangan yang zahir ialah bahagian luar manakalah telapak tangan batin ialah bahagian dalam.
Ini juga menunjukkan betapa pentingnya memahami teks-teks agama berdasarkan bahasa asal ia diturunkan. Untuk memahaminya, kita perlu merujuk pandangan ulama’ fiqah dan bahasa Arab.
Had pergelangan tangan pula ialah dari jari sehingga tulang al-ku’ (الكوع). Diatas tulang itu maka bukan lagi pergelangan, ia aurat yang perlu ditutup.
Bahagian Telapak Tangan Luar dan Dalam
Had aurat sehingga tulang al-Ku’
Berikut ‘ibarat daripada kitab fiqah
Aurat wanita ialah seluruh tubuh kecuali muka dan pergelangan tangan.
واعلم أن للحرة أربع عورات: فعند الأجانب جميع البدن.
وعند المحارم والخلوة ما بين السرة والركبة، وعند النساء
الكافرات ما لا يبدو عند المهنة، وفي الصلاح جميع بدنها ما عدا وجهها وكفيها.
(قوله: ظهرهما وبطنهما) بدل من كفين.
وقوله: إلى الكوعين متعلق بمحذوف، أي وحد الكفين كائن إلى الكوعين
(Al-Dimyati, I’anah al-Talibin 1/134)
قال: (ولا ينظر غير الوجه والكفين)؛ لأن غيرهما عورة، ولأنها المواضع التي تظهر من الزينة المشار إليها بقوله تعالى:} ولا يبدين زينتهن إلا ما ظهر منها {، وعلله الماوردي بأن في الوجه ما يستدل به على الجمال، وفي اليدين ما يستدل به على خصب البدن ونعومته.
ويعم بالنظر ظاهر الكفين وباطنهما، وقيل: ومفصل اليدين..
(Al-Damiri, al-najm al-Hawaj syarh al-Minhaj 7/18)
وهذه العلة تفهمك أن المراد بالكف: من مبتدأ رءوس الأصابع إلى الكوعين ظهراً وبطناً، وهو الذي حكاه جمهور الأصحاب هنا.
وفي “تعليق” القاضي الحسين: أن من أصحابنا من قال: [ظهرهما] عورة كظهر القدمين، وقد حكاه الرافعي في كتاب النكاح.
وقال المزني: ظهر القدمين ليس بعورة كظهر الكفين، ولأنه مكشوف في العادة؛ فلم يلزمها ستره؛ كالوجه والكفين.
وبعض الأصحاب ألحق أخمص القدمين ببطن الكفين حكاه الفوراني وغيره من أصحاب القفال عن روايته.
قال الروياني: ويقال: إنه حكاه قولاً في المسألة.
والمذهب الأول؛ لما ذكرناه؛ فإن من ضرورة ظهور الكف ظهور ظهره، وفي تكليف ستر البطون فقط مشقة أشد من مشقة ستر الجميع، وأما أخمص القدمين فمستوران في الغالب، وكذا ظهر القدمين؛ ولهذا لم يجب على المحرمة كشفهما مع أنه ورد عن أم سلمة أنها قالت: قلت: يا رسول الله، أتصلي المرأة في درع وخمار، وليس عليها إزار؟ فقال: “نَعَمْ، إِذَا كَانَ سَابِغاً يُغَطِّي ظُهُورَ قَدميها”. رواه أبو داود.
(Ibn Rif’ah, Kifayah al-Nabih syarh al-Tanbih 2/463)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI