Sebenarnya fasa bertunang ni ialah fasa berkenalan dan persediaan bagi pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga. Sepanjang tempoh pertunangan , pelbagai perkara boleh berlaku akibat salahtanggapan atau bisikan hawa nafsu. Amir Syahir kongsi dugaan bertunang ni sebenarnya terletak pada diri kau sendiri.
Ujian dalam pertunangan ni boleh tahan hebatnya. Sebab tu la orang tua-tua tak bagi bertunang lama-lama. Kalau boleh lepas tunang, kahwin cepat-cepat. Sebab nak elakkan perkara yang tak elok berlaku. Aku dengan isteri dulu bertunang dalam 5 bulan. Lepastu kami kahwin.
Kadang-kadang masa bertunang ni tetiba ja ada orang lain yang lebih baik dan bagus daripada tunang kau datang dalam hidup kau. Masa tu memang Allah nak uji kau. Nak tengok sejauh mana keteguhan dan kesetiaan kau.
Dalam keadaan macam tu semuanya terletak pada diri kau. Kalau kau memilih untuk melayan, maka akan terbinalah hubungan yang lain lalu akan ada yang terluka. Kalau kau menepis, Alhamdulillah kau memang hebat.
Jangan permainkan hati orang. Kalau ada orang lain mempermainkan hati adik kau, apa kau rasa? Sebelum nak bertunang, nak melangkah ke satu hubungan yang lebih serius, fikirlah sebaik-baiknya. Mohon petunjuk daripada Allah.
Buat yang tengah bertunang, semoga hubungan pertunangan kalian baik-baik saja. Kalau boleh cepatkanlah pernikahan. Buat yang baru merancang untuk bertunang, semoga perancangan kalian berjalan dalam keadaan yang baik dan lancar.
Moga manfaat. Kah!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kongsi 30 Tips Untuk Keluarga Bahagia Khas Buat Lelaki Sahaja, Perkongsian Lelaki Ini Viral!
Tips bahagia dalam rumah tangga merupakan sesuatu yang selalu kita dengar, samada di media cetak atau elektronik. Ramai pakar motivasi memberikan petua dan cara tersendiri, namun lelaki ini mempunyai nasihat dengan caranya. Mendapat 12k perkongsian di Facebooknya, ternyata perkongsian Amir Zain boleh di relatekan dengan kehidupan kita suami isteri.
30 tips untuk keluarga bahagia till jannah (for men only):
1. Kalau isteri bergaji RM3K dan kau bergaji RM4K, ingat household income is not RM7K but it remains RM4k. That’s the math of happy marriage.
2. No matter how right you are, minta maaf dulu walaupun kita tak bersalah. Say sorry and straight masuk dapur cuci periuk. Forgive our lovely wife all time. It takes training guys.
3. Jangan mengeluh kalau tunaikan tanggungjawab. Jangan sekali pernah cakap penat kalau tunaikan amanah sebagai suami.
4. Wife first, anak second. Anak first, kerja second.
5. Jangan tinggikan suara serentak. Ikut turn. Unless periuk kat dapur terbakar.
6. Gigit lidah, paksa jugak zip mulut bila dia buat sesuatu yang tidak kena dengan mata kita. Terima itu kekurangan dia.
7. Jangan tidur dalam keadaan marah. Cinta tak padamkan kemarahan, tapi kesabaran boleh matikan api kemarahan. Selamat datang ke alam kesabaran.
8. Bila dia buat salah, kau minta maaf. Bila kau buat salah, kau minta maaf. Simple.
9. Wife never think about divorce, murder yes. Live together elok2.
10. Rule to stay together no matter what is first; stay together; and second; no matter what.
11. Kalau berbeza pendapat, terima pendapat dia. Trust your wife six sense.
12. Keep the house clean. Keep the sex dirty. hiks.
13. Jangan happy lebih-lebih dengan member. Never show your happiness.
14. Guys, the toughest job in the whole world is jaga anak. Acknowledge it! This is fact.
15. Tidak akan ada pergaduhan bila suami duduk lipat baju depan TV. Mustahil berlaku apa-apa pertengkaran situasi itu.
16. Kalau kecil hati dengan isteri, ingat Allah sayang kita – Ebit Lew.
17. Jangan sesekali letak apa-apa expectation selepas kahwin. Marriage is like walking in the park. Jurassic Park.
18. Weekend je ambil alih kerja jaga anak. Dari anak bangun sampai anak tidur. Weekend je pun.
19. Don’t show your tears. Kan Allah sayang kita. Kekuatan kita hanya pada Dia.
20. Kalau dia tak sure nak makan nasi atau mee, buy both. Don’t risk it.
21. Jangan tangguh apa keinginan isteri. Keep your mouth shut and keep your wallet open.
22. Don’t try to explain your financial position. Manage it. Kalau short setiap bulan, ingat kan Allah sayang kita?
23. Solat
24. Minta pendapat isteri dalam apa jua keputusan.
25. Jangan cuba build your six pack while your wife is busy babysitting your children.
26. Jangan suka bagi statement tergantung. Always finish your word with yes, i’ll buy it.
27. Don’t change your routine, don’t change anything suddenly.
28. Be strong when she is weak.
29. Never cheat. Be loyal. With the dishes and laundry, no time lah for other things.
30. Never expect isteri faham kita. Apa-apapun, Allah sayang kita. Allah sayang kita guys.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sekaya, Berjaya Dan Bahagianya Anda, Jangan Pernah Lupa Solat
Pesanan untuk kita semua, terutama buat anda yang bakal berumahtangga, jangan pernah tinggalkan solat kerana ia mampu menggoyahkan cintamu bukan sahaja pada manusia, juga pada Maha Esa. Walau sekaya dan berjayanya anda di dunia, ingatlah solat sebagai tiang utama.
Wahai saudara dan saudariku, sembahyanglah.
Tidak kira apa jua yang berlaku dalam hidup kamu, sembahyanglah.
Tidak kira apa jua dosa yang kamu lakukan dan berapa banyak kamu melakukannya, sembahyanglah.
Tiada alasan.
Seorang wanita memberitahu aku, “Saudara, saya tidak memakai tudung.”
Aku berkata kepadanya, sembahyanglah.
Dia memberitahu aku, “Lihatlah, cara pemakaian saya bukan yang terbaik.”
Aku berkata kepadanya, sembahyanglah.
“Saudara, saya minum arak.”
Sembahyanglah.
Seorang lelaki berkata kepadaku, “Saya menjual dadah.”
Sembahyanglah.
“Saya mengambil dadah.”
Sembahyanglah.
“Saya mempunyai teman wanita dan saya tidur dengan dia.”
Aku berkata kepadanya, sembahyanglah.
Tidak kira apa jua yang berlaku dalam hidup kamu, sembahyanglah.
“Tetapi saudara, bagaimana saya boleh melakukan semua dosa-dosa ini dan sembahyang? Itu kurang ajar. Itu menjadikan saya seorang munafik.”
Aku berkata kepadanya tidak! Itulah sebabnya kita sembahyang.
Kerana kita tidak sempurna, kita pendosa, kita zalim.
Sembahyanglah.
Allah berfirman, “Sembahyang akan membawa kamu jauh daripada dosa.”
Sembahyanglah.
Kadang-kadang ada orang berkata, “Begini, biarlah saya meluruskan hidup saya dahulu dan insyaAllah saya akan mula sembahyang.”
Saudara saudari, kamu tidak akan dapat meluruskan apa-apa jika kamu tidak sembahyang.
Itulah sebabnya kamu sembahyang, untuk meluruskan kembali hidup kamu.
Jangan biarkan sesiapa menjadi penghalang di antara kamu dan Allah.
Sembahyanglah.
Tidak kira apa jua yang berlaku dalam hidup kamu, sembahyanglah.
Tidak kira di mana jua kamu berada, sembahyanglah.
Kadang-kadang akan ada orang yang datang kepada kamu dan berkata kepada kamu,
“Saudari, kamu sebenarnya seorang munafik. Kamu tahu kamu tidak memakai hijab tetapi kamu sembahyang.”
Beritahu dia,
“Wahai saudari, terima kasih banyak-banyak. Memang saya seorang munafik. Semoga Allah memberi ganjaran kepada kamu. Tetapi solat dan ibadah saya hanyalah di antara saya dan Allah.”
Bukan hal orang lain.
Nabi SAW berkata, perbezaan di antara kamu dengan mereka (orang kafir) adalah sembahyang.
Sedangkan soalan pertama pada hari kiamat, yang akan ditanya kepada kamu adalah mengenai sembahyang.
Jika kamu lulus, maka segala-galanya selepas itu akan menjadi mudah.
Tetapi jika kamu gagal, maka segala-galanya selepas itu hanya akan bertambah buruk.
Jadi sembahyanglah.
Sembahyanglah saudara saudariku, kamu akan mendapat cinta dari Allah.
Sembahyanglah maka kamu akan mendapat rahmat dan keampunan-Nya.
Bayangkan Allah itu rakan kamu.
Bukan setakat kekayaan, langit dan bumi juga adalah kepunyaan-Nya.
Kamu akan menjadi satu kuasa yang tidak dapat dihalang bila mana Allah berada di sisi kamu.
Jadi tolonglah saudara saudariku.
Tidak kira apa jua yang berlaku dalam hidup kamu, sembahyanglah.
Jangan biarkan sesiapa menghalang kamu daripada Allah.
Pabila dahi kamu menyentuh lantai ketika sujud, itulah waktu kamu paling dekat dengan Allah.
Menangislah kepada-Nya. Mintalah kepada-Nya. Mohon kepada Allah jalan petunjuk dan nescaya kamu akan bertemu kebahagiaan melalui sembahyang.
Sama-sama kita memohon kepada Allah agar menjadikan kita semua orang-orang yang mendirikan sembahyang, dan tidak akan meninggalkannya tidak kira apa jua berlaku.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Perkahwinan Adalah Separuh Dari Agama
Ada sebuah hadis yang menerangkan bahawa perkahwinan adalah separuh dari agama. Sahihkah hadis tersebut, dan apakah maksud “separuh dari agama”?
Setiap muslim perlu memiliki disiplin apabila menerima ilmu agama, yakni dengan memastikan dalil-dalil yang diterima memiliki rujukannya, lagi sahih darjatnya. Jangan sekadar menerima sesuatu ayat al-Qur’an melainkan diketahui nama surah dan nombor ayat, supaya kelak boleh merujuk kembali kepada ayat tersebut. Jangan sekadar menerima sesuatu hadis Rasulullah melainkan diketahui siapakah imam hadis yang meriwayatkannya dan apakah darjat hadis tersebut.
Merujuk kepada hadis perkahwinan ialah separuh agama, maka lafaznya adalah seperti berikut.
Rasulullah bersabda: Apabila seorang hamba menikah, maka sungguh dia telah menyempurnakan separuh agamanya. Maka hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada separuh yang selebihnya. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi dan dinilai hasan (baik) oleh Syaikh al-Albani dalam Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, no: 1916-B.
Maksud menyempurnakan separuh agamanya ialah bagi menerangkan keutamaan tuntutan perkahwinan dalam Islam. Sebegitu utama sehingga ia dapat menyempurnakan separuh dari agama seseorang.
Selain itu, ia juga bermaksud perkahwinan ialah jalan untuk masing-masing pasangan berkhidmat dan berbuat baik kepada satu sama lain sehingga ia menjadi ibadah yang menjana banyak pahala. Apabila suami keluar bekerja keras mencari nafkah untuk keluarga, maka ia adalah ibadah baginya.
Apabila isteri sibuk mengurusi suami, anak-anak dan rumah, ia menjadi ibadah baginya. Apabila suami memberi didikan agama kepada keluarga, ia menjadi ibadah baginya. Apabila isteri menasihati suami dalam urusan agama, ia menjadi ibadah baginya.
Oleh itu kehidupan di alam perkahwinan sangat banyak membuka jalan bagi suami dan isteri beribadah sehingga ia seolah-olah menyempurnakan separuh dari agama mereka.
Dalam hadis ini juga terdapat petunjuk bahawa perkahwinan bukan sekadar suka-suka sehingga ia dilakukan tanpa ilmu, pengorbanan dan niat yang betul.
Seandainya perkahwinan itu dibiarkan begitu sahaja sehingga masing-masing suami dan isteri mengabaikan peranan dan tanggungjawab masing-masing, ia tidak lagi menjadi separuh dari agama. Bahkan Perkahwinan Adalah Separuh Dari Agama ia menjadi separuh dari sebab yang mendekatkan mereka ke arah neraka.
Oleh: Kapten Hafiz Bin Abdullah dalam bab munakahat Majalah Pesona Pengantin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI