Jika hubungan sudah dibina atas dasar cinta dan kasih sayang, siapa sahaja yang tidak mahu ia berakhir dengan perkahwinan. Namun, kadang-kala dugaan datang melanda, kesetiaan yang diharapkan dari pasangan rupanya dibalas dengan kecurangan.
Seperti perkongsian oleh seorang lelaki ini yang menyentuh emosi ramai. Bayangkan, lagi 10 hari untuk disatukan dengan insan yang dicintai, dia menerima satu tamparan hebat apabila gadis yang ingin dikahwininya bukanlah seperti yang disangka.
Lebih meruntun hati, segalanya telah dikorbankan dalam usaha menghalalkan gadis tersebut. Hantaran yang dminta bukan sedikit malah melebihi kemampuannya yang hanya bekerja biasa. Terkelu lidah kami, ikuti perkongsiannya seperti di bawah.
Salam lob. Aku kenal awek dari zaman sekolah. 2 tahun dah bertunang dan kami rancang berkahwin 20.7.2019.. duit hantaran 15k semua dah serah pada pihak perempuan. Baju pelamin semua dah tempah..
Aku memang jenis tak sentuh perempuan kecuali halal. Dan baru2 ni. Ada seseorang kirim video tunang aku melakukan hubungan se*s dengan seorang lelaki yang aku kenal. Dan aku tak boleh kawal perasaan min. Aku rasa nak bnuh diri. Sebab video tu adalah video baru. Dalam mereka melakuakan benda tu. Kami sudah pun bertunang.
Sekarang min. Tunang aku. Buat selamba je bila jumpa aku. Dia buat seperti tiada apa2 berlaku. Dia layan aku manja seperti biasa..
Tak Tahu Nak Buat Apa
Aku tak tahu nak buat apa. Hati aku bagaikan hancur berkeping2. Aku rasa baik aku mati je min. Aku dah tak sanggup hidup dalam dunia yang penuh dusta macam ni..
15k tu min. 2 tahun aku kumpul. Aku sanggup kerja pakai moto sebab nak jimat minyak. Berpanas berhujan, aku tahan lapar. Di tempat kerja. Aku bawa biskut kering je. Bisku tu lah lauk tgh hari aku dan aku brrtahan dgn biskut tu sampai malam aku balik kerja ..
Aku tak mampu nak marah tunang aku. Sebab salah aku juga sebab terlalu sibuk cari duit sampai abaikan dia. Bila dia whatsapp kadang2 ber jam baru aku reply sebab aku kerja kuli bangunan min. Aku tak boleh fokus bila terlalu main hp. Ya Allah aku rasa lemah min. Aku menangis dia setiap sujudku.. layak kah aku diperlakukan seperti ini min. Memang inikah nasibku ya Allah. Maaf min. Sambil menaip ni tangan aku terketar2. Tak sedar air mata mengalir min.
Kalau aku tak teruskan perkahwinan ni. Keluarga aku mesti malu. Kad kawin pun sudah di edar. Allah Allah..
Kredit : Luahan Orang Bujang