Kecantikan

Elak 3 Cara Salah Pakai Maskara Kalau Nak Mata Cantik

Share

Pemakaian maskara bukan sekadar menyikat bulu mata untuk tampak cantik, melentik, panjang dan memukau.

SEKIRANYA ANDA MEMAKAI MASKARA DENGAN CARA YANG SALAH AKAN MEMBUATKAN PENAMPILAN WAJAH KELIHATAN TUA DAN MATANG.

Oleh itu semak tiga tip ini agar anda tidak mengulangi kesalahan yang sama.

1. Tidak Mengoles Maskara Hingga Ke Akar
Ada sebahagian wanita yang mengoles maskara hanya pada hujung bulu mata ataupun bahagian paling tengah sahaja. Cara yang betul, bulu mata harus dioles dengan maskara dari pangkal akar bulu mata hingga ke hujung bagi mengelakkan ia bergumpal di bahagian tengah.

2. Oles Maskara Pada Bulu Mata Yang Pendek
Bagi yang memiliki bulu mata di bahagian bawah yang agak pendek, jangan sesekali memaksa diri untuk mengoles maskara. Sekiranya anda berdegil, sapuan maskara itu boleh terkena kulit di bawah mata sekali gus mencomotkan penampilan kerana kantung mata anda akan tampak gelap seperi mata panda.

3. Tunggu Sehingga Kering Sebelum Ulang Sapuan
Setelah mengoles maskara pada bulu mata, tunggu sehingga ia kering terlebih dahulu sebelum mengoleskannya semula. Jangan oles berkali-kali sebelum ia betul-betul kering bagi mengelakkan ia bergumpal ataupun bulu mata anda melekat antara satu sama lain.

Published by
Bella