Elak 4 Topik Ini Pada ‘First Date’ Anda!

Share

Ketika anda sedang mengenali seseorang sama ada melalui media sosial ataupun sebaliknya, perasaan ingin bertemu secara depan-depan itu pasti wujud dalam diri anda. Ada baiknya jika anda berkenalan dahulu dari telefon sebelum bertemu. Elakkan perjumpaan yang terlalu awal anda dengan si dia. Tetapi jika anda sudah berkenalan dengannya lama seperti bertahun tapi anda hanya sekadar ingin meneruskan perkenalan di alam maya, itu membuatkan perbualan anda menjadi terhad. Oleh itu, ada eloknya jika anda berjumpa depan mata setelah lama berkenalan agar komukiasi menjadi lebih terbuka.

Setiap orang pasti mahukan pertemuan pertama menjadi pertemuan yang bermakna. Pertemuan pertama boleh di anggap sebagai waktu yang sesuai untuk mereka saling mengenali antara satu sama lain.

Namun masih ramai yang tidak menyedari akan topik perbualan yang harus dihindari semasa pertemuan pertama. Kami akan memberitahu kepada anda antara topik yang anda patut elakkan semasa pertemuan pertama untuk tidak merosakkan ‘mood’ si dia. Panduan ini juga dapat membantu anda dalam menyemai perasaan cinta sejurus pertemuan pertama itu.

1. Politik 

Berhati-hati dengan topik ini. Kalau boleh jangan sesekali berbicara mengenai politik semasa pertemuan pertama. Kerana masing-masing mempunyai persepsi yang berlainan. Jadi ia boleh menimbulkan satu isu yang besar jika anda leka bercerita mengenai pendapat anda sahaja.

2. Bekas kekasih

Topik ini mampu memberikan impak negatif kepada anda dengan si dia. Jika anda bercerita mengenai bekas kekasih anda tanpa di tanya, itu bermakna anda masih tidak ‘move on’ dengan bekas kekasih anda. Elakkan daripada bercerita mengenai topik ini anda bertanyakan kepada si dia, lebih-lebih lagi kalau si dia baru sahaja putus cinta. Sakit di hati juga masih belum pulih. Jadi ini akan memberikan kesan buruk kepada anda.

3. Masa lalu

Setiap orang mempunyai masa lalu atau sejarah yang masih menghantui diri mereka sehingga ke hari ini. Malah ada di antara mereka yang memiliki kenangan silam buruk yang boleh membuat mereka trauma dengannya. Setiap orang berbeza dan pastinya ada masalah tertentu. Oleh itu, elakkan daripada membuka topik ini atau bertanyakan kepada mereka tentang sejarah hidup mereka. Tidak salah untuk mengetahui seseorang itu lebih mendalam, tetapi susun kata-kata anda sebelum bertanyakan kepadanya.

4. Bertanyakan perkara seksual

Anda yang mengelakkan berbincang mengenai topik yang bakal menimbulkan salah faham antara anda dan si dia. Ini akan membuatkan komunikasi anda berdua terjejas kerana ketidakselesaan topik yang sedang di bicarakan. Jangan berbincang topik yang boleh mendatangkan keghairahan kepada anda berdua.

Published by
NanyRahman