Anda yang sedang menghitung hari untuk majlis perkahwinan jagalah kesihatan diri agar tidak berada dalam keadaan stres. Setelah pelbagai persiapan yang dilakukan untuk hari penting anda, ada baiknya untuk melakukan sesuatu yang relaks agar anda tidak stres menjelang hari perkahwinan.
Selain itu, makanlah makanan berkhasiat dan kaya nutrisi agar anda tampil segar dan cerah nantinya. Anda juga perlu menjaga bentuk tubuh agar tampil sempurna dengan gaun pengantin yang telah disiapkan.
Masalahnya, beberapa bakal pengantin kerap lupa menjaga pemakanan sehingga badan menjadi lebih berisi, malah gaun yang dipakai menjadi terlalu sempit dan mengganggu pergerakan sepanjang majlis berlangsung.
Berikut adalah beberapa jenis makanan yang perlu anda hindari menjelang hari perkahwinan:
Kentang goreng, pisang goreng dan makanan bergoreng ini menjadi makanan kegemaran yang amat menggoda bagi kebanyakan orang. Padahal makanan ini jelas tidak sihat yang boleh menyebabkan lebihan lemak, serta menyebabkan perut kembung dan radang.
Tahukah anda jika garam dapat menyimpan cairan dalam tubuh? Jika anda terlalu banyak mengambil makanan masin, tubuh boleh menjadi lebar. Mengambil makanan mengandungi garam secara berlebihan juga boleh membuat kulit berminyak, mudah berjerawat dan tampak kusam.
Faktanya, minum alkohol boleh membuatkan tubun nampak bengkak keesokan harinya. Belum lagi rasa mual dan kembung yang boleh membuatkan anda rasa tidak selesa. Jadi, lebih baik anda hindari minuman beralkohol menjelang hari perkahwinan.
Godaan berikutnya yang harus dihindari sebelum hari perkahwinan ialah makanan segera. Ini kerana makanan segera banyak mengandungi garam, gula dan bahan pengawet yang berbahaya untuk kesihatan.
Sayur-sayuran mentah memang baik untuk kesihatan. Namun sebaiknya kamu hindari beberapa hari sebelum hari perkahwinan. Selain menimbulkan gas, sayur-sayuran mentah yang tidak dicuci dengan bersih juga boleh menyebabkan keracunan. Oleh itu makanlah sayur-sayuran yang telah diolah.
Pilihlah sayur-sayuran yang tidak mengandung raffinose kerana dapat menyebabkan peningkatan bakteria hasil metana di usus besar dan akhirnya membuatkan anda merasa kembung. Sayur-sayuran tersebut antara lain brokoli dan kubis. Sebaiknya makanlah sayur-sayuran seperti timun dan bayam yang dapat menambah air dalam tubuh hingga 90%. Air sangat diperlukan dalam proses detoks dan menghindari dehidrasi.