Pakaian boleh melambangkan peribadi seseorang sebab itu kita kena menjaga penampilan diri kita lagi-lagi semasa menghadiri majlis perkahwinan.
Tidaklah terlalu mewah tetapi seeloknya pakailah pakaian yang kemas dan kena dengan situasi majlis berkenaan. Di bawah ini terdapat beberapa tips anda perlu tahu sebelum menghadiri majlis perkahwinan.
1. Jangan pakai kasut getah/rubber shoes
Elakkan daripada memakai kasut yang diperbuat daripada getah. Anda akan dilihat seperti ingin menghadiri majlis perkahwinan di tepi pantai. Ia sangat tidak sesuai.
2. Jangan pakai t-shirt
Jangan sesekali memakai round neck shirt kerana anda akan dilihat sangat selekeh. Walaupun anda hanya menghadiri majlis perkahwinan kawan kepada kawan anda, pakailah pakaian yang lebih kemas seperti t-shirt yang berkolar kerana lebih sesuai.
3. Jangan pakai selipar
Selipar adalah dilarang sama sekali. Anda bukannya hendak ke pasar ataupun pergi mengerjakan sawah padi. Jadi, pilih kasut yang pelbagai jenis untuk dipadankan dengan pakaian anda.
4. Jangan makeup terlalu tebal
Untuk wanita, jangan mengenakan makeup yang tebal sehingga boleh menenggealamkan pengantin. Cukuplah sekadar memakai sedikit sahaja untuk kecantikan diri anda.
5. Jaga gaya rambut kemas
Sebelum menghadiri majlis perkahwinan apa salahnya kalau anda meluangkan sedikit masa untuk merapikan rambut. Jangan biarkan rambut kelihatan menggerbang dan tidak terurus. Buat lelaki maskulin yang pentingkan gaya serta ketrampilan, pastikan rambut disisir rapi supaya anda dilihat lebih bergaya.