Kita sering mendengar perkataan nusyuz yang sering dikaitkan dengan perangai isteri. Wanita terutamanya isteri sangat takut kepada perkataan nusyuz kerana memperlihatkan perangai buruk yang menyebabkan dia diceraikan.
Perkara ini boleh menimbulkan perbalahan dan pergaduhan lebih besar sehingga sesetengahnya berakhir dengan perceraian. Dalam hal ini, terkadang isteri bersikap agresif sehingga meninggi suara, membantah dan melawan kehendak suaminya tanpa sebab munasabah mengikut hukum syarak.
Perkara ini disebut sebagai nusyuz yang juga boleh dikategorikan sebagai derhaka. Apabila ia berlaku, gugurlah hak isteri untuk mendapatkan nafkah sehinggalah dia bertaubat.
Berkata Ubadah bin Somit r.a : “Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku’, maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa’ad tadi, lalu nabi menjawab: ‘Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa’ad ?, Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi.” (Riwayat Al-Bukhari & Muslim)
Setiap pasangan yang berkahwin akan mengimpikan rumah tangga yang bahagia dan harmoni. Ikatan suci yang terbina seharusnya dipelihara dengan sebaik yang mungkin supaya dilimpahi rahmat Allah serta kasih sayang akan terjalin antara suami isteri tersebut.
Apabila terbitnya ikatan perkahwinan ini, maka akan terbitlah juga satu bentuk hubungan yang perlu dijaga oleh setiap pasangan lebih-lebih lagi isteri. Jika isteri tidak menjaga hubungannya dengan suami, dia akan keluar daripada mentaati suaminya atau nusyuz.
Perkara-perkara Mengakibatkan Isteri nusyuz:
Apabila isteri ingin keluar dari rumah sama ada hendak keluar bekerja atau ke mana-mana sahaja, hendaklah meminta izin daripada suami. Namun, beberapa hal yang boleh dikecualikan seperti isteri pergi bertemu dengan pegawai agama untuk menuntut hak, dan isteri pergi mencari nafkah apabila suami tidak mampu mencari nafkah untuknya. Selain itu, jika isteri meminta keizinan suaminya untuk bertemu dengan kedua-dua ibu bapanya atau menziarahi jenazah ibu atau bapanya, suami juga berhak untuk tidak mengizinkannya. Namun, dalam situasi seperti ini, adalah lebih baik jika suami mengizinkannya.
Jika suami telah ditugaskan ke tempat lain dan memaksanya untuk berpindah, maka isteri juga wajib mengikutinya. Jika isteri gagal berbuat demikian, maka akan jatuh nusyuz padanya. Namun, isteri boleh untuk tidak mengikut suami jika isteri mengalami keuzuran, sakit, negeri yang bakal dituju itu tidak aman, ataupun dilanda wabak penyakit seperti taun.
Isteri boleh dianggap nusyuz jika tidak membuka pintu untuk suami masuk ke dalam rumah atau dalam bilik dengan tujuan untuk melarang suami masuk.
Walaupun maksudnya remeh, namun ia berdosa besar. Jika seorang isteri tanpa sebarang kesakitan atau keluar haid ketika suami berhajat dengannya, sangat berdosa isteri tersebut kerana telah menolak keinginan suaminya. Seperti hadis riwayat al-bukhari yang bermaksud: “Apabila suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu isteri menolak untuk pergi (kepada suaminya), malaikat melaknatnya (isteri) sehingga (masuk) waktu pagi.”
Walaupun sibuk menguruskan hal rumah tangga dan anak-anak, namun apabila suami memanggil isteri, isteri hendaklah segera mendapatkan suami dan bukan mengendahkannya. Suami menjadi keutamaan isteri walaupun sibuk bekerja.