Hubungan

Elak Jodoh Yang Selalu Rasanya Betul, Ini Ciri Pasangan Narsisistik

Share

Buat anda yang sedang mencari jodoh, elakkan pasangan narsisistik dari awal untuk rasa bahagia.

Ini akan membuatkan anda selesa untuk berkomunikasi dengan pasangan dalam segala hal.

Ciri-ciri Pasangan Narsisistik

Sebelum tersangkut pada seseorang, jemput baca ciri-ciri orang yang mempunyai sikap narsisistik ini menerusi perkongsian daripada Shifa Kamardin

1. ASINGKAN PASANGAN DARIPADA BERGAUL DENGAN ORANG LAIN.

Narsisis ini takkan membiarkan pasangannya rapat dengan orang lain terutamanya keluarga.

Mereka tak benarkan pasangannya bergaul dengan orang luar kerana takut aib mereka terdedah. Individu narsisistik ni amat mementingkan imej dan nama baik mereka di hadapan orang ramai.

Mereka nak pasangan hanya fokus dan abdikan hidup kepada mereka saja. Apabila hidup hanya berkisarkan diri mereka, lebih mudah mereka nak manipulasi perasaan pasangan. Kebergantungan hakiki terhadap mereka.
Seolah-olah pasangannya takkan boleh hidup tanpanya.

2. NAK KAWAL SEGALA PERKARA TERUTAMANYA KEWANGAN

Walaupun mempunyai kemampuan dari sudut kewangan, individu narsisistik akan semak segala transaksi akaun pasangannya untuk memastikan duit yang dibelanjakan tidak sampai kepada orang lain.

Malah ada antara mereka langsung tidak membenarkan pasangannya mempunyai wang sendiri. Semuanya akan diberikan oleh mereka.

Bayangkan mereka yang kurang berkemampuan dari segi kewangan dan mempunyai sifat narsisistik ni pula selalunya mengggunakan nama pasangan untuk buat pinjaman sehinggakan nama pasangan itu disenarai hitam kerana mereka tak bayar hutang itu. Akhirnya, pasangan tersebut tidak boleh mempunyai akaun sendiri.

Malah, mereka juga sering meminta wang daripada pasangan sebab malas bekerja. Alasan yang diberikan, takkan tak boleh tolong suami. Dapat pahala kan nanti?

Jangan sesekali berani tegur atau pertikaikan tindakan mereka! Mereka takkan terima.

Akhirnya, mengalah jugalah sebab kalau kehendak tak dituruti, macam nak kiamat dunia dia punya mengamuk!

3. EKSPLOITASI ORANG TANPA RASA BERSALAH ATAU MALU.

Mereka takkan pernah faham dan tak nak faham pun perasaan orang lain. Mereka takkan pernah letakkan diri dalam kasut orang lain.

Semua orang disekeliling dia akan dianggap sebagai objek untuk mencapai apa yang dikehendakinya.

Walaupun kita suarakan pendapat kita, mereka akan merasa ego tercabar kerana berlawanan dengan apa yang mereka kehendaki.

4. SERING BERTINDAK KASAR DAN MEMANDANG RENDAH TERHADAP ORANG LAIN.

Kalau dalam rumah tangga lagi jelaslah. Selalunya mereka akan memandang rendah kepada pasangan. Kiranya merendah-rendahkan kebolehan, bakat dan intelek pasangannya.

Mereka rasa tercabar kalau pasangan mereka mempunyai bakat dan pendidikan yang lebih tinggi berbanding diri mereka.

Mereka mula mengeluarkan kata-kata yang menjatuhkan imej diri pasangan, menghina tindakan pasangan dan memandang rendah setiap kali pasangan nak menambah baik kehidupan mereka.

Mereka rasa tindakan pasangan tu seolah-olah memberi isyarat bahawa dirinya tak cukup berfungsi.

Masa ini mereka akan mula melakukan penderaan secara fizikal bagi menandakan betapa berkuasanya mereka dalam rumah tangga. Kemenjadian sebagai ketua tu terbukti apabila naik tangan dan dapat menguasai pasangan secara total.

Begitulah antara sikap yang ada pada pasangan narsisistik, jadi kalau rasa tersuka pada seseorang, pastikan anda boleh buat keputusan yang tepat untuk berkongsi hidup dalam tempoh yang lama.

Sungguh, nak bahagia lama dengan seseorang kena ambil kira bab perangai juga.

Published by
Nadia