Elak Kekeruhan Dalam Rumah Tangga, Suami Isteri Aturlah Kewangan Dengan Bijak

Share

Tidak dinafikan kadang kala punca pertengkaran adalah kerana pasangan tidak bersikap telus  dalam hal kewangan. Sebaiknya untuk rumah tangga yang harmoni, bersikap jujur dengan pasangan dapat merungkai pelbagai masalah kewangan. Berbincanglah dengan baik untuk mencari penyelesaian bukan dengan pertengkaran.

Beberapa tip di bawah ini boleh anda jadikan rujukan dalam mengatasi masalah kewangan  dalam rumah tangga.

Mempunyai kata sepakat sebelum membelanjakan wang
Sebaiknya sebelum membuat tindakan untuk membeli sesuatu barang buatlah aturan dulu yang perlu kata sepakat dari pasangan serta keluarga. Misalnya menentukan berapa peratus wang yang perlu anda asingkan untuk tabungan, pelaburan, melangsai hutang, tabung kecemasan dan sebagainya.

Terbuka
Langkah pertama yang perlu anda lakukan untuk menghindari masalah kewangan ialah bersikap terbuka kepada siapa pun, baik pasangan, ibu bapa juga anak-anak. Masalah kewangan sebaiknya tidak perlu dipendam sendiri.

Selain memberatkan fikiran, menyembunyikan suatu hal hanya akan membuat masalah baru dalam hidup anda. Oleh itu, bila terjadi suatu hal buruk pada kewangan, selalu kongsi bersama orang-orang terdekat dan bincang semua keputusan yang melibatkan kewangan seperti pengeluaran, kemasukan, tabungan, pelaburan dan sebagainya.

Bincang Mengenai Tabungan
Untuk menyimpan wang, terpulang kepada anda apa carapun. Ia boleh dilakukan dengan tabungan bersama atau peribadi, keduanya sama-sama bermanfaat. Namun sebelum membuat keputusan itu, sebaiknya anda perhatikan dulu beberapa risiko dan pengaruhnya.

Dalam hal ini, supaya tidak salah mengambil langkah lebih baik bincangkan dulu bersama pasangan. Ini kerana hal-hal yang berkaitan dengan wang perlu disesuaikan dengan sikap pasangan.

Menabung
Tidak perlu terlalu banyak menabung wang di bank. Hanya dengan sejumlah wang saja anda sudah boleh membuat simpanan yang bermanfaat.

Tentukan Tujuan Jangka Panjang
Memanfaatkan wang jangan hanya untuk hari ini saja, fikirkan juga beberapa hari, bulan atau tahun-tahun ke depan. Untuk itu tentukanlah beberapa hal di masa akan datang yang sekiranya memerlukan banyak wang. Contohnya pendidikan anak, perkahwinan anak, masa pencen dan lain-lain. Ini akan membantu anda menyimpan wang dan tidak terdesak ketika masa itu tiba.

Mengasingkan Pengeluaran
Sebaik pengeluaran, asingkan wang mengikut keperluan. Ini sangat bermanfaat, terutama bila anda melakukannya pada awal perkahwinan.

Dengan cara ini anda boleh  menganggar seberapa banyak pengeluaran wang untuk rumah tangga setiap hari atau bulannya. Selain itu, anda juga lebih memahami apakah anda orang yang disiplin dalam hal kewangan.

Membuat Anggaran Yang Realistik
Pastikan anggaran yang anda buat realistik dan dapat direalisasikan dengan baik. Jangan buat anggaran yang terlalu sedikit, sehingga anda perlu memaksa diri hingga tidak boleh menikmati hidup. Jangan juga menetapkan anggaran yang terlalu mewah hingga membuat hidup anda terlalu boros.

Bekerjasama Untuk Mengatur Kewangan
Dalam mengatur kewangan anda dan pasangan harus saling bekerja sama. Jangan ada yang mendominasi atau terlalu pasif di antara anda. Jika ini berkaitan dengan masalah kewangan, anda dan pasangan perlu sama-sama aktif.

Sumber: https://finance.detik.com/berita-ekonomi-bisnis

Published by
Putri Adila