Elak Kena Tipu Dengan ‘Wedding Planner’, Bakal Pengantin Jangan Cepat Percaya

Share

Sejak kebelangan ini sering kali kita mendengar ada pasangan pengantin yang mendakwa mereka telah ditipu oleh wedding planner mahupun penyedia servis katering. Persoalannya bagaimana ini boleh terjadi dan adakah semua wedding planner itu penipu?

Mungkin agak keterlaluan jika dikatakan semua wedding planner adalah penipu sebaliknya hanya segelintir sahaja yang tidak jujur mengakibatkan keseluruhan industri ini menerima kesan umpana kata pepatah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Apa tindakan yang harus diambil oleh bakal pengantin semua agar kisah penipuan seperti ini dapat dikurangkan atau dihentikan sama sekali. Disini kami ingin kongsikan tips-tips untuk elak ditipu dari wedding planner atau penyedia servis katering.

1.    Buat kajian (Research)

Sebelum kita melakukan atau mengambil tindakan kita seharusnya melakukan research terlebih dahulu. Ada 2 jenis research yang boleh kita ambil sebelum mula menempah atau mengambil perkhidmatan perancang majlis.

  • Media Sosial

Perkembangan pesat teknologi maklumat sekarang memberikan akses mudah buat bakal pengantin melakukan research di media sosial mengenai sesuatu perkhidmatan yang ditawarkan. Hampir kebanyakan perniagaan yang wujud di Malaysia mempunyai akaun di media sosial. Ini memudahkan kita untuk menyemak latar belakang perniagaan, pakej yang ditawarkan dan juga harga. Selain itu kita juga boleh melihat feedback daripada pelanggan terdahulu mengenai perkhidmatan yang mereka tawarkan.

  • Ahli Keluarga/Sahabat

Antara perkara penting yang sering diabaikan oleh bakal pengantin adalah melakukan research daripada ahli keluarga mahupun sahabat handai yang pernah melangsungkan majlis perkahwinan. Antara perkara yang penting yang boleh kita tanyakan adalah berkenaan dengan costing majlis seperti contoh costing untuk katering, pelamin, dewan/kanopi, fotografi dan lain-lain. Mengapa ini sangat penting buat bakal pengantin adalah supaya bakal pengantin mempunyai sedikit pengetahuan berkenaan dengan anggaran kos yang mungkin diperlukan bagi mengelakkan tertipu dengan tawaran murah yang tidak masuk akal oleh wedding planner.

2.    Tahu Bezakan Antara Tawaran Murah Dengan Tawaran Yang Tidak Masuk Akal

Sebagai bakal pengantin sudah tentu kita lebih cenderung untuk memilih tawaran yang murah. Tetapi kita harus berhati-hati kerana tawaran yang murah sudah tentu datang dengan kualiti yang berbeza-beza. Bagaimana kita membezakan antara tawaran yang jimat dengan tawaran yang tidak masuk akal.

Salah satu perkara yang bakal pengantin boleh lakukan adalah dengan melakukan sedikit kaji selidik mengenai costingseperti contoh berapakah harga katering untuk 1000 pax? Sebagai contoh katering A memberikan harga RM10,000 untuk katering 1000 pax manakala katering B memberikan RM8,000 untuk jumlah tetamu yang sama. Kemudian katering C pula boleh memberikan RM5,000 untuk pakej lengkap termasuk katering, pelamin , kanopi dan fotografi.

Sudah tentu tawaran daripada katering C kelihatan sangat tidak masuk akal dan kemungkinan untuk berlaku penipuan adalah sangat tinggi. Dalam kita mencari pakej yang jimat dan murah jangan sampai terpedaya dengan tawaran tidak masuk akal yang kononnya membantu anda untuk jimat.

3.    Berjumpa Secara berdepan 

Walaupun teknologi pada hari ini semua keputusan boleh dibuat dihujung jari, tetapi untuk memilih wedding planner eloklah guna cara lama iaitu secara face to face. Ini kerana berjumpa secara terus atau face to face dapat membina kepercayaan diantara pelanggan dan juga wedding planner. Selain daripada itu, pelanggan juga dapat meklumat secara terus tanpa melalui orang tengah atau melalui aplikasi lainnya. Harus diingat, maklumat yang tepat dapat memberikan gambaran yang lebih jelas buat pelanggan kerana pada akhirnya pelanggan yang harus membayar.

Sebab lain mengapa perjumpaan face to face itu penting adalah kerana pelanggan dapat melihat sendiri pejabat serta kemudahan lain yang disediakan oleh wedding planner. Ini memberikan gambaran bahawa wedding planner yang dilantik mempunyai pengalaman didalam mengendalikan majlis pada skala besar.

4.    Dapatkan Sebut harga

Sebutharga ataupun quotation adalah dokumen rasmi bagi pelanggan dan wedding planner. Sebutharga mengandungi perkara-perkara terperinci berserta harga bagi setiap perkhidmatan yang kita inginkan. Sebutharga sangat penting sebelum kita membuat apa-apa transaksi terutama berkaitan bayaran. Dan pastikan setiap kali selepas bayaran dibuat pihak wedding planner mengemaskini sebutharga sepaya tidak berlaku kekeliruan mengenai bayaran.

5.    Food Tasting

Food tasting sangat penting untuk dilakukan sebelum kita mengambil keputusan untuk melantik mana-mana wedding planner. Tetapi pastikan food tasting yang kita buat adalah food tasting yang berkualiti. Harus diingat tujuan utama food tasting adalah bukan untuk merasai kualiti makanan semata-mata, tetapi lebih dari itu. Food tasting yang berkualiti adalah food tasting yang dilakukan di tempat majlis. Contohnya sekiranya wedding planner tersebut mempunyai majlis di tempat yang berhampiran kita boleh datang untuk lihat operasi sambil buat food tasting.

 

 

 

 

 

 

Sumber : Rose katering

Published by
NanyRahman