Bukan saja-saja melarang tapi setiap perkara mesti ada sebab dan kesannya. Jika dulu-dulu, banyak pantang larang daripada orang tua yang kita perlu ikut. Namun berlainan pula dengan zaman sekarang ini. Banyak petua dan pantang larang semakin dilupakan.
Ada yang masih boleh dipraktikkan dan jelas kebenarannya. Jika mampu dilaksanakan, tak salah untuk anda mencuba.
1. Jangan keluar dengan bakal suami atau isteri anda 40 hari sebelum diijabkabulkan untuk mengelakkan tohmahan orang di sekeliling. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.
2. Jangan keluar lewat malam atau berembun untuk mengelakkan unsur jahat atau sihir. Kita tidak tahu niat orang. Mungkin rambut sama hitam, hati lain-lain.
3. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup dan berkualiti iaitu selama 8 jam sehari dan tidak tidur lewat. Ini untuk kesihatan dalaman dan luaran. Barulah jerawat kurang!
4. Sebelum menjadi pengantin elakkan tidur di katil pengantin kerana tidak elok dipandang. Bukan apa, hilanglah exciting bila malam pertama nanti.
5. Elakkan berjemur atau melakukan aktiviti luar sebelum anda berkahwin untuk memastikan kulit tidak menjadi gelap dan kurang berseri.
6. Jika anda merupakan perokok digalakkan untuk berhenti sebelum anda berkahwin supaya kesihatan anda terjaga. Kan susah bila hari kejadian,kita tak sihat.
7. Jangan terlalu kerap berjumpa dengan keluarga sebelah lelaki atau peremuan untuk mengelakkan fitnah. JIka terlampau kerap, takut lebih banyak keburukan kita terkeluar.
8. Amalkan membaca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan dan dekatkan dri dengan Allah supaya anda mendapat keredhaan-Nya.
9. Tiga bulan sebelum anda diijabkabulkan, amalkan urutan untuk menguatkan kembali tenaga yang hilang.
10. Belajar ilmu rumahtangga daripada orang yang lebih berpengalaman dan dapatkan petua-petua yang berguna supaya mudah untuk ikuti.
11. Jangan lakukan kerja-kerja yang berat sebelum berlangsungnya majlis anda untuk mengelakkan keletihan
12. Jangan lakukan onani untuk memuaskan diri sebelum anda berkahwin untuk menjaga kesihatan diri. Untuk kaum lelaki, elakkan memakai seluar dalam yang ketat pada waktu malam.
13. Jangan tidur secara meniarap untuk memastikan peredaran darah anda berjalan lancar. Ini penting!