Elak Lakukan Kesilapan Ini Ketika Berada Di Bulan Ramadan

Share

Bulan Ramadan merupakan bulan yang ditunggu oleh orang-orang beriman. Ia merupakan bulan yang mulia dan mempunyai banyak keistimewaannya. Bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat Allah.

Ketika berpuasa, pastinya ada perkara-perkara yang perlu dibataskan agar tidak membatalkan puasa anda. Rasa seperti perkara biasa tetapi ia sebenarnya merupakan satu kesilapan yang sering kita lakukan.

Perkara ini dikongsi oleh Dr. Zaharuddin Abd Rahman menerusi akaun Facebook miliknya. Jom sama-sama kita semak dan baca agar tidak melakukan kesilapan yang sama berulang kali.

1. Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam).

2. Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.

3. Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa.

4. Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat.

5. Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.

6. Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.

7. Lelaki hadir ke masjid dengan berbau busuk, perempuan pula berwangian.

8. Berbuka dengan merokok atau selain makan minum.

9. Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadah.

10. Memasuki Ramadan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram.

11. Bersahur dengan hanya makan dan minum sahaja tanpa ibadah lain.

12. Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat ingin meriah.

13. Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah’ bagi sahur sehingga apabila terlambat bangun atau makan pada waktu itu dianggap telah batal berpuasa atau tidak boleh berpuasa.

14. Hadir berjemaah solat Terawih, tetapi tidak berjemaah solat 5 waktu.

15. Tidur selepas sahur tanpa solat sunat dan tidak solat Subuh berjemaah.

16. Terlalu sibuk dengan persiapan raya, terutama pada 10 hari terkahir dan mengabaikan peluang menggandakan ibadah khusus.

17. Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.

Sumber: Facebook Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Published by
Naqiyatul Uzma