Elak Masalah Timbul, Bakal Pengantin Wajib Ambil Tahu Ujian Kesihatan Sebelum Langsungkan Perkahwinan!

Share

Ujian kesihatan pra-nikah atau yang juga dikenal dengan pre marital check up perlu dijalani bagi mereka bakal pengantin. Sebahagian merasa takut untuk memeriksakan kesihatan kerana bimbang akan mendapatkan penyakit yang akan diderita dan sebahagian lagi kerana belum mengetahui akan pentingnya ujian kesihatan pra-nikah ini.

Sebaiknya anda perlu segera melakukan ujian kesihatan pra-nikah untuk menghindari permasalahan di masa akan datang. Idealnya pemeriksaan kesihatan ini dilakukan satu bulan sebelum anda melangsungkan hari perkahwinan.

Bagi anda yang ingin melakukan ujian kesihatan pra-nikah, anda perlu tahu beberapa ujian kesihatannya.

Melakukan pemeriksaan komponen darah dan golongan darah

Secara umum, pemeriksaan ini akan mengetahui tentang komponen darah anda dari apakah anda menderita anemia, leukimia, hidrasi, dehidrasi ataupun sekadar mengetahui kesesuaian jenis darah anda. Jika dilakukan secara rutin, tentu manfaat yang akan anda dapatkan banyak.

Pemeriksaan urin

Menerusi pemeriksaan urin, doktor akan dapat mengesan penyakit metabolik atau sistemik yang terjadi pada ginjal anda. Biasanya , jika anda kekurangan minum dan selalu menahan kencing maka risiko penyakit yang kamu derita akan tinggi. Tentunya hal ini akan mempengaruhi nantinya jika anda mengalami kehamilan dan keadaan buah pinggang anda. Makanya, lakukan pola hidup yang sihat,  rajin minum air putih dan jangan menahan kencing agar tidak memudaratkan kesihatan.

Mengesan penyakit seks menular

Ujian ini dilakukan dengan cara mengambil sampel darah kamu, lalu hasilnya akan dapat diketahui dengan reaksi dari antibodi yang anda hasilkan. Hasil dari ujian ini juga dapat mengetahui apakah anda menderita beberapa penyakit seperti HIV, malaria ataupun sifilis.

Mengesan kemungkinan terkena infeksi hepatitis

Pemeriksaan ini bertujuan untuk mencegah jangkitan hepatitis B kepada pasangan melalui hubungan seksual, dan beri kesan buruk kepada janin seperti cacat dan kematian akibat penularan kongenital sepanjang kehamilan.

Mengesan penyakit kelainan pada bayi yang nanti akan lahir

Penyakit kelainan merupakan hal yang mengerikan yang tentunya harus anda ketahui sejak awal. Agar itu tidak terjadi, segera lakukan pemeriksaan awal terhadap berbagai kemungkinan penyakit ketika masa awal kandungan. Maka risiko kehamilan seperti keguguran, bayi lahir pra matang ataupun berbagai macam penyakit bawaan lainnya dapat anda hindari.

Pemeriksaan pada bahagian organ reproduksi

Dalam sebuah perkahwinan, memiliki keturunan ialah suatu hal yang menjadi dambaan setiap pasangan. Agar memiliki keturunan yang baik, tentunya keadaan alat reproduksi anda harus baik pula. Lakukanlah pemeriksaan rutin pada organ reproduksi anda untuk mengetahui keadaan rahim, saluran telur,  dan bahagian sekitar tiub fallopian. Sementara untuk mempelai lelaki, keadaan penis, skrotum, prostat dan hormon FSH sangat penting untuk diperiksa.

Beberapa tahap ujian kesihatan pra-nikah di atas merupakan gambaran daripada pemeriksaan yang nantinya akan anda dapatkan. Mengingat pentingnya pemeriksaan ini, maka sebaiknya anda wajib lakukan segera demi untuk kesihatan di masa hadapan.

Published by
Putri Adila