Elak Memaksa Pasangan Melakukan 5 Perkara Ini, Terima Mereka Seadanya

Share

Perkahwinan yang anda jalani mungkin tidak seperti apa yang anda bayangkan sebelum berkahwin, semuanya indah dan manis umpama fairy tale. Ini kerana, ada beberapa perkara yang anda tidak boleh harapkan daripada pasangan sebagaimana apa yang anda inginkan.

Hadapilah dan terimalah kenyataan bahawa pasangan hanyalah manusia biasa dan mempunyai keterbatasan dalam membuat sesuatu perkara. Tidak peduli betapa kasih, sayang, cinta, baik hati, lucu, setia dan murah hatinya dia, tidak ada pasangan yang boleh diharapkan mampu memberi segala hal yang anda inginkan.

Salah satu kunci perkahwinan bahagia dan harmoni ialah melepaskan serta melupakan segala hal yang anda harapkan daripada pasangan untuk melakukan apa yang anda inginkan.

Tentu saja kita semua berkahwin dengan harapan yang menggunung tinggi tentang masa depan, kehidupan bersama pasangan hingga bagaimana kehidupan perkahwinan anda. Namun sering harapan sebegini tidak sesuai dengan apa yang dibayangkan dan kebanyakan orang melemparkan rasa kecewa tersebut kepada pasangan.

Ini adalah lima perkara yang anda tidak boleh paksa pasangan melakukan sebagaimana yang anda harapkan.

1. Mengubah dirinya sebagaimana yang anda mahu

Mengharapkan pasangan mengubah dirinya hanya akan membuatkan hari-hari anda dipenuhi dengan rasa kecewa. Mengharapkan perubahan pada diri pasangan memang dilihat sebagai harapan yang masuk akal, tetapi tidak ada jaminan bahawa itu akan terjadi.

2. Berfikir seperti apa yang anda fikirkan

Katakanlah pasangan anda mengatakan bahawa langit berwarna hijau, apakah anda akan berdebat tentangnya? Saya memiliki ramai sahabat yang dalam kehidupan perkahwinannya kerap membahaskan hal-hal seperti ini. Saya melihat mereka saling berselisih faham tentang hal-hal yang sebetulnya kurang relevan untuk dibahas, bahkan tidak ada yang mahu mengalah. Mereka berusaha untuk saling mempertahankan pergaduhan menurut cara mereka masing-masing.

3. Mengetahui isi fikiran anda

Mungkin anda tidak mengharapkan pasangan untuk meneka apa yang anda fikirkan, seolah-olah dia adalah seorang yang ahli fikir dalam hal tersebut. Sebaliknya anda berbisik dalam hati, “Mengapa dia tidak mengerti apa yang aku mahukan?” atau “Setelah sekian lama berkahwin, dia sepatutnya sudah mengetahui apa yang aku inginkan!”

Memang masuk akal jika anda ingin dia mengerti, tetapi sedarilah bahawa pasangan tidak akan pernah boleh memahami anda sepenuhnya. Juga setiap keinginan dan keperluan anda, tidak semua dapat dia penuhi. Tidak dinafikan bahawa dalam situasi sebegini kadang kala anda dan pasangan tidak akan boleh menyelaras semua perkara. Di sinilah perlunya komunikasi bagi memahami pasangan anda.

4. Melakukan sesuatu dengan sempurna

Tidak ada pasangan, tidak peduli seberapa peduli dan murah hatinya dia, boleh membuat segala hal dalam kehidupan anda mudah. Meski ada banyak hal indah yang dapat anda peroleh daripadanya, tidak ada yang boleh menjadi penawar terbaik untuk rasa kesepian atau kebosanan anda. Tidak ada yang dapat memberi makna hidup anda, memberi kebahagiaan atau menyembuhkan semua luka yang dahulu pernah anda alami. Suka atau tidak, pasangan anda tidak boleh melakukan segala hal yang diinginkan dengan sempurna.

5. Mengharapkan cinta tanpa syarat

Semasa suami mengucapkan lafaz nikah dan bertanggungjawab untuk mencintai satu sama lain tanpa syarat namun setelah beberapa tahun hidup bersama, pasangan menyedari bahawa sukar untuk memenuhi janji tersebut. Jika boleh jujurlah terhadap diri sendiri, saya yakin anda boleh memikirkan hal lain daripada pasangan selain cinta tanpa mengharapkan balasan apapun.

Published by
Putri Adila