Sesebuah perkahwinan jika tidak disemarakkan dengan rasa cinta dan kasih sayang boleh membuatkan ia semakin hambar. Seolah-olah kehidupan rumah tangga terasa kosong dan hilang rasa kasih terhadap pasangan.
Jika tiba-tiba anda dan pasangan tidak semesra dahulu, bukanlah bermakna rumah tangga anda berdua harus berakhir dengan penceraian. Ustaz Ebit Lew berkongsi empat perkara yang jika suami isteri lakukannya bersama setiap hari boleh satukan hati dan hangatkan semula cinta.
Hari ini saya nak pergi Paramount Bangi Sentral, takdir Allah terjumpa seorang anak muda baru kahwin dalam 2 tahun. Terus dia tanya soalan..Alhamdulillah makbul doa saya nak jumpa ustaz… Saya datang sini dari jauh nak minta nasihat ustaz…
PERKAHWINAN HAMBAR & GADUH JER
Ustaz, perkahwinan saya terasa hambar sangat..dua-dua sibuk kerja. Belum ada anak lagi. Tapi tak tahulah semuanya terasa kosong. Tak best lah kahwin ni..asyik bergaduh jer..isteri saya pemarah. Tak pandai jaga hati saya. Kuat melawan. Membebel. Tak sokong saya. Saya solat doa. Saya pergi majlis ilmu. Saya cuba buat macam-macam. Rasa macam semua dah cuba. Dah tak tahu macam mana tapi bergaduh jer..apa lagi saya boleh buat ustaz..
NIKMAT MAKAN BERSUAP
Adik pernah suap makanan dalam mulut isteri tak? Makan satu pinggan kongsi dua orang. Pernah ke?
Takdelah ustaz. Masing-masing sibuk. Nak makan sama pun tak sempat…
Nikmatnya makan suap-suap. Cium tangan pasangan. Makan dari tangan orang kita sayangi kerana Allah. Sentuhan itulah nikmat dunia ini. Kasih sayang.. buatlah kerana Allah dan rasailah..
Itulah jawapannya. Makan berjemaah dan sekali sekala suapkan orang yang kita cintai..Itulah sunnah Nabi SAW. Ia menyatukan hati. Merapatkan hati yang jauh..
LAKUKAN 4 PERKARA BERSAMA
4 perkara semua orang lakukan setiap hari tetapi bila kita buat bersama ia menyatukan hati. Terutama suami isteri yang pasti dari latar belakang yang berbeza.
Satu makan sama-sama.
Kedua tidur sama-sama.
Ketiga mandi sama-sama.
Keempat berjalan-jalan sama-sama.
Tambah 2 asas utama.
Sama-sama solat dan hidupkan Ta’lim rumah..
Sedihkan bila sebuah keluarga tapi tak dapat nak duduk makan sama. Masing-masing sibuk pegang hp. Sibuk dengan tv dan kerja. Dulu-dulu semua bangsa melayu, cina, India makan sekeluarga. Orang jawa makan nasi ambeng. Dapat pahala suapkan isteri. Nabi saw makan dari tempat gigitan isterinya. Minum dari gelas yang ada kesan bibir isterinya..
Tidur pun dah jadi asing-asing. Ada suami tidur di ruang tamu. Isteri tidur seorang diri dalam bilik..Nabi saw tidur satu selimut dan bermesra bergurau walau isteri tengah haid. Itu semua mendatangkan rasa cinta dan sayang.
Ramai lelaki suka keluar melepak dengan kawan-kawan atau dengan aktiviti sehingga 2 pagi. Tak suka bersama isteri. Nabi saw bawa isteri makan jemputan orang bersama isteri dan berjalan-jalan sambil berbual dengan isteri pada waktu malam..
Ada orang nampak pasangan lari. Tak suka dekat-dekat. Rimas. Nabi SAW mandi sekali dengan isteri dalam satu bekas sambil bergurau. Isterinya sapukan minyak pada badannya..
SIKIT TAPI BESAR KESANNYA
Saudara tadi kata. Allah banyak lagi saya belum buat ustaz..kelemahan saya..
Sikit jer tapi besar kesannya. Semua itu kita buat setiap hari. Cuma bila bersama orang kita cinta. Disayangi Allah. Diampunkan dosa. Dekat dengan Nabi SAW. Iman bertambah. Bahagia dan rasa cinta bertambah setiap hari. Itulah sunnah..
Bila kita kenal Allah kita akan mensyukuri hidup ini. Bila ada rasa cinta hargai dan terus nikmatinya. Bawa pasangan dekat pada Allah. Solat tahajud sama-sama. Baca Al-Quran dan Hadis Nabi saw bersama-sama. Cinta dan rasa nikmat itu lebih dalam sangat dalam..Cubalah rasainya. Lalui hidup ini dengan cinta.