pic-pinterest

Tidak ada orang yang tidak pernah bertengkar sepanjang hidupnya. Demikian juga  kehidupan berumah tangga, tidak ada pasangan suami isteri yang tidak pernah bertengkar sepanjang usia pekahwinan mereka. Perkahwinan yang tiada pertengkaran adalah perkahwinan tanpa emosi.

Ads

Pertengkaran mendatangkan kebaikan dan keburukan. Berikut adalah panduan ringkas bagaimana untuk menghadapi pertengkaran dalam rumah tangga.

Ads
Ads
  • Sedarlah bahawa pertengkaran berlaku sebagai usaha untuk menyatukan selera, tujuan dan keperluan dalam kehidupan berumah tangga. Tujuannya adalah agar sesuatu yang tidak baik itu hilang dari pasangannya dalam apa jua aspek. Oleh itu usah takut berbincang. Mengelakkan perbincangan kerana khuatir akan berlaku pertengkara hanya akan menimbulkan masalah lebih besar pada masa akan datang.
  • Berusahalah sedaya upaya agar pertengkaran kecil tidak melarat menjadi besar dengan cara menyelesaikan masalah yang timbul sebaik mungkin. Pertengkaran kecil itu akhirnya akan menjadikan suami isteri merasa lebih akrab berbanding sebelumnya.
  • Jika seorang suami berasa marah terhadap orang lain yang ditemuinya di luar rumah, janganlah sesekali membawa rasa marah itu pulang ke rumah dan dihamburkan kepada isteri. Bersabarlah kerana Islam menyuruh kita bersabar.
  • Sekiranya pertengkaran itu tidak dapat dielakkan lagi kerana salah cara menyampaikan atau sukar untuk menerima hakikat yang terjadi, usahakanlah agar pertengkaran itu tidak membawa bencana. Perhatikan keadaan persekitaran agar tiada pihak lain terlibat dalam urusan tersebut.
  • Dalam pertengkaran, usahlah ungkit kelemahan pasangan sehingga seolah-olah kita saja yang baik. Dan usahlah bertengkar hanya untuk mencari kemenangan. Tetapi usahakanlah untuk menyelesaikan masalah yang timbul.
  • Pertengkaran yang bersangkutan dengan sesuatu topik, usahlah dikaitkan dengan topik-topik lain yang tiada kena-mengena. Jika masalah-masalah lain dimasukkan juga, ia akan menjadi satu pertengkaran besar yang boleh membawa bencana.
  • Jangan menggunakan kekasaran semasa bergaduh. Misalnya memukul, melempar barang dan sebagainya. Cara ini tidak akan menyelesaikan masalah tetapi akan menimbulkan masalah yang lebih besar.
  • Gunakan bahasa yang sesuai agar kata-kata kita tidak menyakiti hati pasangan. Jika hati sakit, masalah tidak akan selesai. Sebaliknya kata-kata yang lembut akan melunakkan hati pasangan.
  • Jika bertengkar, usah biasakan membawa diri menyendiri dan menjauhi pasangan. Berusahalah cari jalan penyelesaian dan cuba cipta suasana yang boleh merapatkan kembali hubungan.
  • Jangan biarkan pihak ketiga masuk campur dalam pertengkaran. Kehadiran pihak ketiga yang hanya memihak kepada sebelah pihak akan menambah nyalaan api pertengkaran.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI